↠━━━━ღ◆ღ━━━━↞
Imran memicit-micit kepalanya yang semakin berdenyut. 30 minit lagi dia akan memulakan penerbangan ke Jakarta, Indonesia.
Semoga empat hari berjauhan ini dapat menenangkan fikiran masing-masing yang sudah bercelaru dek hasutan orang ketiga.
'*•.¸♡ Flashback ♡¸.•*'
"Sayang, apa yang awak cakap ni?" Imran menyoal bingung. Takkan lah disebabkan soalannya semalam terus isterinya nak minta cerai pula?
"Perlu ke saya ulang lagi? Okay, saya ulang lagi sekali, ceraikan saya."
"Sa-sayang, please calm down, okay? Abang minta maaf pasal hal semalam. Abang tak ada niat nak cakap macam tu. Please? Please jangan minta cerai dengan abang macam ni." Imran sudah mendekati, kedua belah tangannya digenggam erat.
"Ini bukan pasal hal semalam je. Ini pasal hati dan perasaan. Saya tak rasa saya dapat teruskan hubungan ni dengan awak lagi. We both have trust issues. Saya tak percayakan awak, dan awak tak percayakan saya. Hubungan kita ni takkan ke mana."
"Sayang, apa yang sayang merepek ni? I'm so sorry abang terlepas cakap semalam. Abang percayakan sayang, I trust you. Please don't say that again."
"Takpe lah, awak pergi kerja dulu. Selama kita berjauhan ni saya harap awak dapat buat keputusan. Halalkan makan minum saya. Terima kasih selama ni awak dah jadi suami yang baik untuk saya."
Aida kemudian menolak perlahan bahu suaminya yang masih tergamam itu keluar ke muka pintu.
'*•.¸♡ End of Flashback ♡¸.•*'
'So, macam mana? Kau dah buat keputusan?' - MARIA
Aida membaca sekilas pesanan mesej daripada Maria, kemudian perlahan meletakkan telefon bimbitnya di tepi.
Fikirannya bercelaru, 'bersediakah aku untuk diceraikan?' Air mata jatuh satu per satu.
Sudah tamat waktu bekerja. Mujur lah projek reka bentuk lapangan terbang di Tawau sudah sampai ke penghujungnya.
Mereka tidak lagi sibuk dengan kertas kerja. Hanya Kerja-kerja penambahbaikan sahaja diperlukan dan itu semua boleh diuruskan oleh Lisa dan Tahir.
Seawal enam petang Aida sudah sampai di depan pintu rumahnya. Kelihatan sepasang kasut kerja milik suaminya tersusun rapi di rak kasut bererti suaminya sudah pun pulang dari bertugas. Hatinya berat melangkah masuk ke rumah.
Tiba-tiba langkahnya terhenti, begitu juga suaminya yang sedang berjalan menuju ke pintu rumah mereka dengan bagasi di tangan.
Pandangan matanya sayu memandang bagasi suaminya itu. 'Tak sampai empat hari pun, dia dah buat keputusan untuk ceraikan aku. Hmmph, cintanya tak lah setinggi mana.'
"Sayang..." Perlahan suaminya memanggil. Aida masih lagi kaku. Imran mendekati, tangannya diangkat perlahan menyentuh pipi si isteri.
"Abang tak akan ceraikan sayang. Tapi, abang rasa lebih baik kalau abang berikan sayang waktu untuk bertenang dulu. Abang yakin, ini semua ujian daripada Allah. Mustahil Allah izinkan kita pergi sejauh ini hanya untuk gagal. I'll be waiting for you until you can ease your mind and talk to me truthfully. Abang akan tunggu sayang, jangan risau. Lepas seminggu abang balik ya sayang." Imran kemudian menghadiahkan kucupun di dahi isterinya, lama, sebelum dia menyambung langkahnya keluar.
Aida sudah menitiskan air mata. Dia berpaling, "Saya tak perlukan waktu! Saya cuma nak awak lepaskan saya, itu saja. Dah alang-alang awak nak keluar dari rumah ni, awak ceraikan saya terus."
YOU ARE READING
Cinta Disebalik Awan: Seribu Makna
Romance[Completed] AIDA ARIFF, seorang wanita yang tidak mendambakan perkahwinan tetapi mengidamkan zuriat dari rahimnya sendiri. Baginya, lelaki semua sama sahaja, tidak ada yang setia, termasuk bapa dan abangnya sendiri. "Kau nak kahwin dengan aku?" - A...