Bab 46: Patahnya Sayap

4.1K 179 15
                                    

↠━━━━ღ◆ღ━━━━↞

Aida yang baru selesai solat maghrib meneruskan aktiviti rohaninya dengan alunan bacaan al-quran. Nasib baik waktu-waktu begini Adam memang akan tidur, kalau dia terjaga pun Adam tidak akan merengek dan akan bermain sendiri.

Selesai bacaan al-quran Aida melihat jam di tangan.

Dah pukul 8.30 malam, Imran tak balik lagi ke? Patutnya time macam ni dah landing. Ke flight delay?

Aida sudah tidak sedap hati. Selalunya Imran akan membuat panggilan kepada Aida sebaik sahaja dia mendarat di lapangan terbang KLIA.

Tanpa membuang masa Aida membuat panggilan kepada suaminya.

"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi..."

Hanya kedengaran suara operator sahaja di hujung talian bermakna telefon bimbit Imran masih belum diaktifkan. Aida cuba sedaya upaya untuk berfikiran positif.

Dia kemudian membuat panggilan kepada Haidar pula untuk kepastian.

Belum sempat dia mendail, telefon bimbitnya mati pula. "Aduh, macam mana boleh tak sedar bateri habis ni." Aida menggumam sendiri.

Mungkin flight delay kot. Takpe Aida, relaks. Suami kau dah janji dia akan balik malam ni.

Aida melawan dengan kata hatinya sendiri. Tiba-tiba terdengar bunyi tangisan Adam dari dalam bilik. Laju Aida menapak mendapatkan anaknya.

"Ya sayang mummy, jom kita minum susu jom. Nanti daddy balik ye sayang." Aida memujuk tetapi Adam hanya buat perangai saja. Susunya tidak mahu diminum, asyik mahu berkepit dan didodoi ibunya.

Selepas 10 minit mendodoikan anaknya, baru lah dia tidur. Perlahan Adam diletakkan di atas katil bayi. Tiba-tiba kedengaran bunyi loceng rumahnya ditekan bertalu-talu.

Aida sudah tersenyum, "ye abang, sekejap. Tak bawa kunci ke laki aku ni."

Pintu dibuka, terpampang wajah Sofea di muka pintu dengan tangisan membasahi pipinya, hidungnya memerah, matanya sudah membengkak.

"Fea! Ya Allah, kenapa ni?" Badan Sofea sudah lemah longlai terduduk di hadapan pintu.

"H-Haidar, Haidar dengan Imran, Aida..." Sofea tidak dapat mengungkap kata-katanya, hanya sedu-sedan dari tangisnya yang keluar.

Jantung Aida sudah berdegup kencang bagai nak pecah dadanya. Pantas Aida masuk ke dalam rumah memakai tudung dan menyiapkan bayinya untuk dibawa bersama.

"Fea, bangun! Jom!" Aida masih lagi beriak tenang, tapi dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Telefon bimbit yang berbaki 10% bateri itu dicapai. Berpuluh-puluh missed call diterima, Aida terkilan kerana tidak mengecas telefonnya lebih awal.

"Helo papa. What is the situation now? Sorry phone Aida habis bateri tadi." Terketar-ketar suara Aida sambil mereka menuruni lif untuk ke aras parkir.

"Aida, kamu datang ke KLIA terus, papa akan jelaskan nanti. Kamu boleh contact Sofea? Papa dah call dia tadi tapi panggilan terputus." Jelas Tan Sri Kamil.

"Ok papa, Sofea ada dengan Aida sekarang don't worry." Aida kemudian memecut laju keretanya.

'*•.¸♡ Flashback ♡¸.•*'

Hentakan bergema di seluruh pesawat apabila sekumpulan burung berlanggar dengan enjin, turbin kuasa mereka secara tiba-tiba senyap. Penggera berbunyi, lampu amaran menerangi kokpit, dan penerbangan yang sesaat tadi lancar bertukar menjadi pertempuran sengit menentang graviti.

Cinta Disebalik Awan: Seribu MaknaWhere stories live. Discover now