***Nota Ilmiah/Nota kaki untuk rujukan di akhir Bab ❀
↠━━━━ღ◆ღ━━━━↞
'Ding!' 'Dong!'
Loceng pintu rumahnya ditekan, Aida menjenguk sedikit, Sofea rupanya.
"Hi babe!" Sofea sedikit terjerit lalu memeluk sepupunya itu.
"Hi my lovely cousin, my bestie. Thank you sebab datang teman aku." Ceria sahaja riak muka Aida.
"No worries Aida. Anything for you. So? Isu apa pulak kali ni? Ceria je aku tengok muka kau." Tanya Sofea sambil mengeluh mengenangkan nasib Aida itu.
"Nothing lah. Not something big pun. Aku rasa better aku tunggu Imran balik dulu kot. I want to hear his explanation first. Thanks for asking babe." Jelas Aida. Sofea mengangguk.
"Ok lah tu, aku harap korang dapat selesaikan masalah korang ni cepat ya? Aku memang lah marah jugak dengan si Imran tu tapi aku nampak Imran tu betul-betul sayangkan kau. Cuma, maybe dia tak pandai nak handle situasi macam ni lagi." Sofea memberi semangat.
"Thanks Fea. Aku tahu dia sayangkan aku, tapi entah lah. Aku rasa macam ujian kitorang ni terlalu berat. Aku cuma tunggu dia balik je ni, untuk settle masalah baru ni pulak." Aida mengadu.
"Allah takkan uji hamba dia kalau hamba dia tak mampu. InsyaAllah korang boleh harungi ujian ni. Sabar eh Aida. Kau dah makan ke belum?" Tanya Sofea.
"Dah, aku makan satu periuk bubur seafood weh."
"Eh, banyak betul, kau biar betul Aida? Kau masak?"
"Tak lah. Encik suami masakkan. Aku tak tahu kenapa lately ni aku macam mengidam nak makan bubur seafood masakan dia. Padahal dia pernah masak spageti je dekat aku dulu. Pagi tadi aku macam tak sedap tekak, nasib baik dia ada tinggalkan bubur seafood tadi."
Sofea sudah memandang Aida pelik. "What? Kenapa pandang aku macam tu?" Tanya Aida bingung.
"Kau tengah period ke tak?" Aida menggeleng. "Kau bukan period sama dengan aku ke? Lebih kurang kan cycle kita? Aku tengah period sekarang ni." Tanya Sofea lagi.
Pantas Aida menyemak tarikh sepatutnya dia datang bulan. "Weh, sepatutnya aku period minggu lepas!" Jantung Aida sudah berdebar. Takkan kot? Tapi baru lewat seminggu.
↠━━━━ღ◆ღ━━━━↞
"Aida! Dah ke? Lamanya kau buat test, aku dah nervous ni."
"Sabar lah, belum keluar line lagi," jerit Aida dari dalam bilik air.
"Arghhhhhhh!" Aida terjerit.
"Aida! Kau ok ke? Kenapa?"
Tidak lama kemudian, Aida keluar dari bilik air dan menunjukkan keputusan ujian kehamilan kepada Sofea.
"Arghhhhhhh!" Kini giliran Sofea pula yang menjerit. "Babe! Congrats! You're gonna be a mummy!" Mereka sudah terlompat-lompat sambil berpelukan.
"Whoa Whoa Whoa! Aida, kau kena careful, tak boleh lompat-lompat." Seraya itu Aida berhenti melompat dan terus memegang perutnya yang masih kempis.
Tidak menyangka akhirnya dia mengandung juga. Terasa seperti dalam mimpi sahaja.
"Eh babe! Kau dah mandi ke belum?"
"Belum, kenapa?"
"Dah, tak payah mandi. Jom kita pergi hospital cepat, kita kena confirmkan dekat hospital jugak. Jom cepat." Aida mengangguk menurut perintah.
YOU ARE READING
Cinta Disebalik Awan: Seribu Makna
Romance[Completed] AIDA ARIFF, seorang wanita yang tidak mendambakan perkahwinan tetapi mengidamkan zuriat dari rahimnya sendiri. Baginya, lelaki semua sama sahaja, tidak ada yang setia, termasuk bapa dan abangnya sendiri. "Kau nak kahwin dengan aku?" - A...