Bab 47: Penawar

5.3K 185 34
                                    

↠━━━━ღ◆ღ━━━━↞

Sebulan berlalu...

Keletang keletung Aida berperang di dapur menyiapkan makan tengaharinya. Makanan untuk Adam juga sudah siap.

"Adam, anak mummy, sayang mummy. Jom mummy suap makan?" Aida menapak ke ruang tamu di mana Adam sedang bermain sendirian.

Bibir Adam mengukir senyum melihat kelibat ibunya merapati membawa mangkuk makanannya.

"Da-da..." Satu perkataan keluar dari mulut Adam.

Perkataan pertamanya. Bisik hati Aida.

Pergerakan Aida terhenti, bibir mengukir senyum kelat. Tubir matanya digenangi air mata.

"Adam rindu daddy ke?" Mangkuk diletakkan di meja sisi, tangannya memaut anaknya dan dibawa ke dalam pelukan.

"Mummy rindu daddy too. Nanti kita pergi jumpa daddy ye sayang? My strong baby." Pelukan dileraikan dan Aida menyuap Adam makan dengan air mata yang tidak mahu berhenti mengalir.

↠━━━━ღ◆ღ━━━━↞

Aida membelek-belek kotak masuk emelnya, dahinya berkerut mencari emel yang sepatutnya dia terima pagi ini daripada salah seorang pelanggannya.

"Hmm, mana emel ni, takde pun. Betul ke dia dah send?" Aida menggumam sendiri.

"Oh, dalam kotak spam kot. Check kejap lah." Aida kemudian menyemak emel yang masuk dalam kotak spam mungkin emel yang dicari ada di situ.

"Haa, Encik Khairul, Khairul, Khairul. Hah jumpa pun, dalam ni rupanya kau menyorok." Tiba-tiba tangannya berhenti menggerakkan tetikusnya.

Matanya tertancap pada satu nama yang tidak asing baginya.

Aisy Imran...

Satu...Dua...Tiga...Empat...

Lebih daripada 10 emel yang dihantar oleh Imran beberapa bulan yang lalu sewaktu Aida menghilangkan diri, tersimpan rapi dalam kotak spam tidak disentuh.

Jantung Aida berdebar-debar saat ini. Dahinya berkerut, matanya berkaca. Tidak pasti apakah isi yang terdapat di dalamnya.

Emel yang pertama dibuka dan dibaca penuh debaran.

Surat cinta buat my red rose.

Aida yang abang sayangi,

Hari-hari tanpa sayang terasa kosong dan tidak lengkap, seperti simfoni kehilangan melodi terindahnya. Abang rindu pelukan sayang, merasakan kehangatan sentuhan sayang dan kelembutan cinta sayang.

"Saya pun rindukan pelukan abang." Aida menitiskan air mata buat kesekian kalinya.

Abang nak sayang tahu bahawa abang faham pilihan sayang untuk menjauh, bagi mendapatkan ketenangan. Tetapi, ketahuilah bahawa sayang dirindui setiap hari. Ketiadaan sayang meninggalkan kekosongan dalam jiwa abang yang tidak dapat diisi oleh apa-apa atau sesiapa pun.

I'm reaching out to you through this email, bukan untuk memaksa sayang kembali ke sisi abang, tetapi untuk mengingatkan sayang tentang cinta yang masih menyala dalam diri abang.

Cinta Disebalik Awan: Seribu MaknaWhere stories live. Discover now