EC:NN10

2.9K 94 0
                                    

               AISHLYN menarik nafas sedalam-dalamnya.

"Are you for real?" soal gadis itu masih lagi cuba mengumpulkan kesabaran di dalam hatinya.

Zaquan mengangguk laju. Matanya masih tajam merenung mata Aishlyn.

Aishlyn berjalan melepasi Zaquan sebelum mencapai sebuah file yang berada di atas meja lelaki itu. Tak cakap banyak, terus dia menghempuk file itu kuat di kepala Zaquan.

"SAKITLAH! Kau apahal hempuk kepala aku pakai file?!" jerit lelaki itu sambil memegang kepalanya.

"Kau baling bingkai dekat aku tau! Ni tangan ni berdarah tau tak?! Kau ni baran lah, haa padan muka kau. Itu baru aku hempuk, belum aku tenyeh muka kau dekat jalan tar!" bengang Aishlyn di situ.

"Salah ke kalau aku nak marah kau sebab tak keluar dengan aku?" nada lelaki itu semakin mengendur. Kepala masih lagi di usap.

Hiks sakit!

"Tak salah. Yang salah tu kau baling bingkai la bengap, nasib kena aku! Kalau kena orang lain?! Eee menyirap aku dengan kau ni. Kita tak mula kerja lagi tau, lepas kerja nanti aku lunch la dengan kau, punca siaa orang baru nak buat kawan dalam office ni!" bebel Aishlyn lagi.

"Ish aku tak sengaja la, aku ingat bingkai tu bingkai plastik hiks," balas Zaquan. Kemudian wajahnya bertukar beku.

"Lepasni kau kawan dengan aku je! Tak payah kawan dengan orang lain, aku je kawan kau dekat sini," arah Zaquan dengan muka yang masih dingin padahal mata sudah merah.

Dia hampir menangis apabila di hempuk kuat oleh Aishlyn sebentar tadi.

"What. Ever." Aishlyn terus membalikkan tubuhnya untuk keluar daripada bilik itu. Namun, lengan bajunya ditarik.

"JANGAN SENTUH AKU KAN?!" jerkah Aishlyn pula. Sebelah tangannya sudah naik ingin menampar muka Zaquan laju-laju, selang-seli, kiri kanan.

Aku pantang betul la jenis pegang-pegang yang tak halal ni!

Terus Zaquan menutup mukanya menggunakan kedua-dua belah tangan. Kemudian, dia mengintai Aishlyn melalui ruang-ruang di celah jari jemarinya itu.

Tacod aa bebeh!

"Bak tangan kau," Zaquan berdehem setelah memastikan Aishlyn sudah semakin tenang.

"Buat apa?"

"Bak jelah," ujar lelaki itu malas. Aishlyn menghulurkan kedua-dua belah tangannya.

Nak sarung cincin ke apa ni? OMG MY DELULU MIND- mohon lupakan apa yang saya bayang ni.

Zaquan mengeluarkan sehelai kain daripada poket bajunya sebelum mengikatnya di luka Aishlyn yang masih mengalirkan cecair merah itu. Bak kata Zaquan, untuk menghentikan darah gitchew.

"Nanti pergi klinik, I'm sorry," ujar lelaki itu perlahan setelah menghiasi kain itu dengan klip reben yang dijumpainya.

"Oooo... Key?" balas Aishlyn teragak-agak. Tiba-tiba bilik itu terasa seram sejuk. Terus dia mengundurkan diri dan keluar daripada bilik tersebut.

Keluar sahaja Aishlyn daripada ruangan itu, dia diserbu oleh para pekerja.

"You okey tak?!"

"You kena pecat ke?!"

"Tangan kau macam mana weh?"

"Kenapa dia baran sangat tu?"

"Tak pernah-pernah dia baling barang dekat pekerja! Selalunya dia maki hamun je!"

Beribu-ribu soalan di soalkan kepada Aishlyn. Sampai naik pening gadis itu ingin menjawab!

"Calm down, everyone," ujar Aishlyn dengan sengihan. Dia duduk di atas kerusi miliknya, yang lain pula mengerumuni tempat gadis itu.

Semua nak tahu gosip terhangat!

"Kau kena pecat ke wey? Alaa aku baru nak rapat dengan kau," rungut Amanda sambil memegang lengan Aishlyn.

"Taklah, aku tak kena pecat pun-"

"MUSTAHIL!!" jerit mereka semua. Terkejut Aishlyn dibuatnya.

"Kalau orang lain ni, dah kena tendang keluar dah! Mustahil kau tak kena pecat!" ujar seorang lagi lelaki diberi nama Adam.

"Ye, aku tak kena pecat. Tadi tu ada salah faham sikit je," balas Aishlyn santai.

"Apa bising-bising dalam bilik tu tadi? Aku dengar suara kau pun sama naik tinggi dengan boss, kau tengking dia ke apa?" soal Hafiz pula.

Aishlyn hanya tersengih.

"Fulamak hebat lah kau! Ni, kain ni dia selalu bawa. Macam mana boleh ada dekat tangan kau pulak?" soal Naddy curiga.

Kini, semua memandang kain yang berada di tangan Aishlyn. Aishlyn pula buntu.

"Err... Dia rasa bersalah, kain lain takde dekat situ. Ha dia ikat la pakai kain ni-"

"DIA TOLONG IKAT?!!"

Aishlyn memaki hamun diri sendiri.

"I think he likes you la, Aishlyn. Dia tu tak pernah woo caring dekat orang sampai macam tu sekali," celah seorang wanita berbangsa Cina pula.

"Takkan dia suka Aishlyn pulak? Girlfriend dia si Lily tu dia nak campak mana?" celah Sarah.

"Heh mustahil lah Encik Luth nak suka perempuan selekeh macam dia ni. Baik Encik Luth suka Cik Lily, sedap la sikit mata memandang, cantik pun cantik. Setakat perempuan selekeh ni, apalah sangat nak dibandingkan dengan Cik Lily tu," sampuk seorang lelaki yang sedang membaca buku itu.

"Kau ada masalah hidup apa, Qayyum? Apa yang kau nak bitter sangat ni?" soal Naddy jengkel.

"Takyah layan dia tu, Aishlyn. Dia tu syok dekat Cik Lily, tah meroyan apa tah," tambah gadis itu.

Aishlyn hanya memandang Qayyum yang sedang menjelingnya itu.






Abusive la ges mereka berdua!

🌸-arysffya-🌸

3|| EC: Lynquan's First Love ©️ [UNEDITED] Where stories live. Discover now