EC:NN56

2.1K 70 0
                                    

               "AISHLYN sebenarnya nak kahwin dengan Zaquan," ujar Aishlyn sambil menutup mata. Risau sekiranya Firdaus mengamuk.

Sepi. Aishlyn kembali membuka mata.

"Kau nak kahwin?" soal Firdaus. Aishlyn teragak-agak untuk mengangguk.

"Kahwin lah. Bagitahu aku kenapa, bukan aku yang jadi pengantin," bebel Firdaus sambil bermain dengan anaknya yang sedang meniarap itu.

"Papa dah takde... Abang wali Aishlyn," ujar Aishlyn lagi.

"Kau tak mengaji agama ke? Orang yang boleh jadi wali tu kena sempurna akal fikirannya. Aku ni gila lah bengap," tambah Firdaus lagi.

Aishlyn terdiam. Betul juga kan? Dengan semudah itu sahaja Arya menipu dirinya!

"Kau guna jelah wali hakim, nak kahwin sangat kan? Aku ni jadi tetamu je," balas Firdaus lagi. Aishlyn mengangguk.

TOK ! TOK !

"Aik? Awal pulak minah tu nak ambil Ayris balik... Wey tak sampai sejam dia keluar," ujar Firdaus hairan. Dia mendukung Ayris sebelum bergerak kearah pintu.

Buka sahaja pintu, dia dipeluk erat oleh figura tersebut.

"HAI BAKAL ABANG IPARKUU!!" jerit Zaquan seraya memeluk Firdaus erat. Pipi lelaki itu dicium berkali-kali.

"Ingatkan dah mampos! Empat tahun kau tak jumpa aku, memang musibat kau ni. Mentang-mentang kau nak menikah dengan adik aku, baru sekarang kau tunjuk muka," bebel Firdaus menyampah sambil mengelap bekas ciuman Zaquan dipipinya.

"Alaaa sorry la," ujar Zaquan lagi. Ayyash pula sudah masuk kebahagian dapur memandangkan bapanya itu tidak ada keinginan untuk memberinya makan.

"Atotototo syomelnya Ayris ni," ujar Zaquan lagi sambil mendukung Ayris. Dia kemudiannya menolak Firdaus ketepi dan mengambil tempat diatas sofa.

"Oh kau pun ada dekat sini? Sibuknya," ujar Zaquan jengkel apabila menyedari kehadiran Aishlyn.

"Lily kemana? Kau dah ceraikan dia ke?" soal Firdaus. Zaquan memandang lelaki itu.

"Takdan cerai lagi member dah lari dah. Biarlah dia cari kebahagiaan dia sendiri," balas Zaquan bersahaja.

"Nak kahwin macam mana ni?" celah Aishlyn pula. Tujuan utama dia datang adalah untuk membincangkan hal perkahwinan mereka.

"Buat senyap-senyap dah la. Kawan semua pakat mati, uncle pun dah tak ada. Buat je senyap-senyap, janji sah," balas Zaquan pula.

Aishlyn diam. Dia juga ingin menjadi raja sehari yang gah! Dia inginkan majlis besar-besaran!

"Tapi... It's our wedding... Sekali seumur hidup, takkan taknak buat mewah-mewah sikit?" ujar Aishlyn dengan wajah yang monyok.

"Dulu nak buat, kau lari. Padan muka kau tak merasa, thanks to you, Lily dapat rasa majlis besar-besaran. Now you're back without any regret, kau terima jelah keputusan Zaquan yang nak buat senyap-senyap," ujar Firdaus jengkel.

"After all, ni salah kau. Kau punca. Jadi, tak payah nak berharap orang nak buat majlis mewah sangat because you don't deserve it," tambah Firdaus lagi.

Itu dia ayat yang pedas disembur oleh si abang. Si abang yang sudah lama menahan geram terhadap si adik! Aishlyn hanya bisa diam sahaja, tidak berani ingin membalas.

3|| EC: Lynquan's First Love ©️ [UNEDITED] Where stories live. Discover now