"ALHAMDULILLAH kita dah kahwin kan," ujar Zaquan seraya memegang tangan Ayyash. Aishlyn juga turut memegang tangan anak kecil itu. Seperti satu keluarga yang bahagia, mereka keluar makan bertiga.
Sekarang ini, anak beranak itu berada di parking lot memandangkan mereka baru sahaja tiba di pusat membeli belah itu.
"Itulahh... Tak sangka kita nak kahwin. Aku ingat lepas aku tinggal kau tu, aku tak jumpa kau dah," balas Aishlyn sambil ketawa.
"Tu orang kata, kalau dah jodoh tak kemana," tambah Zaquan.
"Zaquan? Ayyash? Who is this?" soal seorang wanita. Mukanya memang menjelaskan dia sedang bengang dan hampir meletup!
Aishlyn dan Zaquan berpandangan diantara satu sama lain sebelum kembali memandang wanita itu.
"This is my wife... Macam mana kau kenal aku ni? Pakej sekali dengan anak aku kau kenal... Kau siapa?" soal Zaquan hairan.
Bengang wanita itu apabila mendengar perkataan isteri keluar daripada mulut Zaquan. Oh isteri kau, ya?
"Aku Hana Khairina. Adik kepada Lily! Eh jantan takguna, mentang-mentang kakak aku dah mampos... Kau kahwin baru?! Benda apa kau ni?!" jerkah Hana bengang.
Zaquan mengerutkan dahinya. Hah? Kemudian baru dia faham, gadis dihadapannya ini merupakan adik kepada isteri pertamanya, Lily!
"W-Wait... Kakak kau mati? Lily mati?" soal Zaquan sambil ternganga. Terkejut, sangat-sangat terkejut! Dia ingatkan Lily hanya melarikan diri!
Hana ketawa sinis. Tangan naik disilangkan didada.
"Kau tak payah nak buat-buat tak tahulah! Kau punca kakak aku mati!" bidas Hana lagi. Zaquan menggelengkan kepalanya.
"Ya Allah, sumpah Hana aku taktahu Lily dah tak ada... Dia lari rumah, Hana," ujar Zaquan lagi.
"Oh yes... She mentioned that... She's your freaking wife, Zaquan! Kenapa kau tak cari dia?! Kenapa kau tak pujuk dia?! Kakak aku kemurungan lah tak guna!" bentak Hana lagi.
Air matanya turun. Kakaknya pulang mengadu hal rumah tangga kepadanya. Dia sebagai adik ingin berbincang dengan Zaquan tentang perihal itu namun ditahan oleh Lily.
"Tapi aku tak buat dia, Hana... " ujar Zaquan lagi.
"Memanglah. Bagi kau, perkataan 'buat' tu merujuk kepada serangan fizikal sahaja kan? Ni emosi la jantan! Kau faham tak emosi tu apa?! Mental dia hancur sebab kau!!" tengking Hana lagi.
Naik turun dadanya akibat menahan amarah!
"Kau tengking dia... Waktu dia lahirkan Ayyash... Ada kau tolong dia? Ada tak kau tolong dia?! Dia yang bagi mandi Ayyash, waktu tengah pantang pula tu! Apa guna kau jadi suami?! Kau ingat kakak aku tu tempat kau lepaskan nafsu ke?! Anak nak, tanggungjawab kau taknak!" luah Hana lagi sambil menunjal bahu Zaquan dengan jari telunjuknya.
Aishlyn pula membawa Ayyash kebelakangnya apabila mengesan bahawa kanak-kanak itu takut dengan situasi yang tegang itu.
"Dia kemurungan, Zaquan... Dia rindu Ayyash, rindu kau. Tapi kau jantan ego, langsung tak cari dia... At the end of the day, she overdosed. And she died inside her room while hugging your picture and Ayyash's," tangis Hana lagi.
YOU ARE READING
3|| EC: Lynquan's First Love ©️ [UNEDITED]
Random"You play the game, and I'll determine if you score." {Under 'ECEY' series × third story} ⚠️Disturbing story, taksuka jangan baca. There's a lot of abusing scene and a toxic relationship. I do not tolerate bad reviews. Thankyou! Pasangan kekasih y...