LUCAS dan Qayyum terus meluru ke arah Aishlyn. Sorang menarik Mimi daripada pegangan Aishlyn, seorang lagi merangkul leher gadis itu.
Kini, situasi Mimi tadi beralih kepada Aishlyn. Aishlyn yang menjadi tebusan.
"Kau sini biar aku toreh muka hodoh kau tu pula!!" tempik Mimi yang sememangnya bengang itu.
Serentak itu juga, panggilan terjawab. Lucas merampas telefon itu daripada tangan Aishlyn sebelum mengangkat telefon itu bagi menampakkan dirinya dan Aishlyn.
"Apa benda kau ni?!" tempik Zaquan didalam talian.
"Kau rindu sangat ke Aishlyn sampai cari jantan tu balik?! Apa motif kau videocall kitorang?! Sengaja nak pamerkan maksiat kau tu?!" jerit Ayana pula.
Aishlyn hanya memandang mereka jengkel. Dia nampak posisi aku macam aku rindu dengan jantan ni ke?
"As you can see with your CLEAR vision, I'm being held as a hostage. So it's either you come and help me, or I have to escape these lunatics by myself. The choice is yours," ujar Aishlyn tenang.
"You heard what she said, right? In the meantime, we're gonna have a lots of fun," ujar Lucas sinis sebelum mematikan panggilan tersebut. Dia membaling telefon gadis itu ke atas sofa.
"Now where are we? Oh yes, aku nak toreh muka hodoh kau tu sampai hilang rupa," ujar Mimi dengan pisau ditangan. Ketika Lucas dan Aishlyn sedang bercakap di dalam telefon, dia bergerak ke arah dapur dan mengambil sebilah pisau.
"Apa masalah korang ni? Aku datang sini cara elok, korang bagitahu jelah aku benda sebenar. Bukan aku sumbat korang masuk penjara pun," ujar Aishlyn bosan.
"Kau ingat kitorang bodoh?! Kau akan laporkan kitorang... Kau berdendam. Laporlah! Kitorang pun akan laporkan kau atas tuduhan cubaan membunuh," ujar Qayyum.
"Baguslah macam tu. Kita masuk penjara sama-sama. Senang! Takde yang nak marah," ujar Aishlyn lagi.
"Kau masuk soranglah... Kitorang ni semua ada nama, kau tu bukan siapa-siapa. Kalau kau masuk penjara, takde sesiapa akan kisah! Kalau kitorang yang masuk, habislah reputasi kitorang," ujar Lucas lembut.
Aishlyn tersenyum.
"Kalau macamtu... Sebelum aniaya orang, fikir dulu akibatnya." Ayat itu membuatkan Lucas terdiam. Dia mencuri melihat wajah Aishlyn yang tenang itu.
"Kita bunuh jelah perempuan ni!! Lepastu kita lari jauh dari sini," putus Mimi geram.
"Bodoh ke apa?! Zaquan dah tahu la dia ada dengan kita! Kalau bunuh perempuan ni, kantoi la nanti!" bidas Qayyum pula.
"Aku jelah bunuh korang, takde sesiapa tahu." Selesai sahaja Aishlyn mengatakan hal sedemikian, terus dia menggigit tangan Lucas yang sedang merangkul lehernya.
Terlepas sahaja dia daripada rangkulan Lucas, terus Mimi meluru ke arahnya dengan menghayunkan pisau itu ke merata tempat. Ada yang mengenai Aishlyn, ada yang tersasar.
Pertarungan sengit diantara Aishlyn menentang Lucas, Mimi dan Qayyum.
ZAP !
YOU ARE READING
3|| EC: Lynquan's First Love ©️ [UNEDITED]
Random"You play the game, and I'll determine if you score." {Under 'ECEY' series × third story} ⚠️Disturbing story, taksuka jangan baca. There's a lot of abusing scene and a toxic relationship. I do not tolerate bad reviews. Thankyou! Pasangan kekasih y...