EC:NN41

1.9K 72 1
                                    

                             SUDAH seminggu semenjak kejadian itu berlaku. Aishlyn kini sudah berpindah kerumahnya sendiri. Rumah yang dihadiahkan kepada dirinya oleh si bapa dan abang yang tersayang.

Seminggu itu juga Aishlyn tidak masuk kerja dan tidak berhubung langsung dengan Zaquan. Buat apa nak berhubung dengan lelaki itu kan? Lagipun hatinya masih panas dengan kejadian malam itu.

"Mana barang tak sampai lagi ni?" rungut Aishlyn sambil merenung keluar jendela. Maklumlah dia baru sahaja berpindah, mestilah ingin melakukan sesi susun perabot.

Masalahnya, perabot pun tak sampai lagi!

"Ish kata nak sampai harini! Kau jangan scam aku bang," marah Aishlyn lagi. Almari yang dipesannya sepatutnya sampai pada hari ini.

PIN ! PIN !

Terus senyuman lebar terbit dibibir gadis itu. Aishlyn membuka pintu dan berlari kearah lori tersebut.

"Hehe haa mana almari saya bang?" soal Aishlyn teruja. Dia menjenguk-jenguk kedalam badan lori tersebut.

"Ada ni, sat abang tolong bawak masuk rumah," ujar abang penghantar itu dengan sopan.

"Ehh takpa bang! Saya boleh buat sendiri, abang bawak turun ja," tolak Aishlyn sambil tersengih. Abang penghantar itu hanya menurutkan kehendak Aishlyn, dia dan rakannya menurunkan barang gadis itu sebelum kembali menutup pintu lorinya.

"Byeeee!!" jerit Aishlyn riang sambil melambai kearah lori yang sudah bergerak pergi itu.

Gadis itu mengheret sebuah kotak yang mengandungi rangka almari yang dipesannya. Dia tidak meminta bantuan sesiapa walaupun pinggangnya kemungkinan besar akan patah nanti.

Bak kata Aishlyn, usaha tangga kejayaan! Setelah dia berjaya memasukkan rangka almari itu kedalam rumah, dia menutup pintu. Kotak mulai dibuka. Seorang Aishlyn sangatlah pantas dalam membuat sesuatu perkara.

DING ! DONG !

Aishlyn hairan. Dia membuka telefonnya untuk memeriksa tarikh barang lain akan sampai. Pelik! Hari ini cuma almari tersebut sahaja yang sepatutnya tiba, ada orang datang melawat dirinya kah?

Tetapi yang tahu tentang rumah ini hanyalah Dato Badrul, Firdaus, Arya, Felisha, Naufal dan juga Hariz! Mereka semua sibuk bekerja, mustahil ada yang rajin ingin melawat dirinya.

"Sia- BLAH AH!" marah Aishlyn sambil sedaya upaya cuba menutup pintu.

"Aishlyn! Aishlyn wey! Wey listen to me! Bagilah aku peluang nak explain," pujuk Zaquan sambil menyelitkan tangannya dicelah pintu bagi menghalang Aishlyn daripada menutup pintu tersebut.

"Nak apa?! Kau nak explain apa lagi?! Tak ada benda yang patut kau explain, semuanya dah terlambat dah!" bentak Aishlyn lagi. Kini pintu itu terbuka luas!

"Look! I'm sorry okey?" ujar Zaquan sambil menghulurkan sejambak bunga Daisy kepada gadis dihadapannya itu.

Dia dapat tahu bahawa bunga kesukaan Aishlyn merupakan bunga Daisy, jadi dia mengambil peluang tersebut untuk memujuk gadis itu.

"Taknak," balas Aishlyn sambil melipat tangan kedada. Dia tidak akan menerima apa-apa barang pemberian Zaquan! Itu janjinya!

"Okey fine... Kalau taknak bunga, nah?" ujar Zaquan lagi. Kali ini dia menghulurkan sekotak cookies berbentuk hati.

3|| EC: Lynquan's First Love ©️ [UNEDITED] Where stories live. Discover now