EC:LL14

1.3K 61 0
                                    

"JOM Lily, you nak I drop you dekat mana? I dengan Aishlyn ada tempat nak pergi lepasni," soal Khaizul.

"You drop I dekat shopping mall lah, I nak shopping dekat situ," balas Lily. Tangannya masih memeluk lengan Khaizul erat.

Aishlyn seperti biasa, ikut langkah pasangan di hadapannya ini. Maklumlah, mereka sudah habis makan ehek.

"Tuan... Saya pening la duduk belakang. Rasa nak muntah, apa kata biar saya yang bawak kereta?" rungut Aishlyn sambil memicit kepalanya.

Lily memandang Aishlyn dengan pandangan jengkel manakala Khaizul dengan pandangan risau.

"Takyahlah. Kau dengan pening-pening ni, nak bawak kereta pulak. Kalau kau sorang mati, takpelah... Ini ada aku dengan Lily tau," balas Khaizul.

"Tapi Tuan... Saya pening! Mabuk tahu tak mabuk! Minyak angin pun tak bawak ni," keluh Aishlyn lagi. Badannya agak terhuyung-hayang.

"Duduklah dekat passanger seat tu, Lily you duduk belakang boleh? I taknak risiko kan kereta I kena muntah dia ni," pujuk Khaizul.

"Alaaa I nak duduk depan, suruh la perempuan ni naik grab ke apa," marah Lily sambil menghentakkan kakinya.

"Uwerk-" Aishlyn membuat gaya ingin termuntah di hadapan Lily.

"Makkk!" terjerit gadis itu dibuatnya.

"Eee yelah I duduk belakang! Susah betul la bawak orang sakit macam ni," marah Lily lagi. Terus gadis itu membuka pintu bahagian belakang.

Lily sebenarnya takut sekiranya Aishlyn muntah di atas kepalanya ke apa nanti!

Khaizul ke bahagian pemandu manakala Aishlyn ke bahagian sebelah pemandu. Wajahnya masih pucat.

"Ishh you ni macam dah nak mati je," rungut Lily di belakang.

"Kau okey tak, Aishlyn? Macam dah nazak je tu? Nak aku pimpin syahadah?" soal Khaizul risau. Aishlyn menggelengkan kepalanya.

Aishlyn menutup muka menggunakan sapu tangan yang selalu berada di dalam beg tangannya.

"Babyyy... Bosan lah belakang ni! I nak duduk depan," rengek Lily.

"Next time eh baby... Lepasni you duduk je depan, nak duduk atas enjin pun takpe. Lepasni I taknak bawak dah si budak Aishlyn ni. Menyusahkan betul," ujar Khaizul sambil sebelah tangannya mencapai pemukul lalat.

Pemukul lalat itu di ambil lalu dia mengetuk kepala Aishlyn kuat. Namun gadis itu langsung tidak memberikan respon.

"Baby... Dia tak bergerak la, dia dah mati ke?" soal Lily risau. Dia bahagia melihat Aishlyn dipukul oleh Khaizul sekuat hati, namun dia juga risau apabila gadis itu tidak bergerak.

"Ha sudah tak bernyawa ke apa dia ni?" soal Khaizul pula. Matanya masih fokus pada pemanduannya manakala sebelah tangan lagi memukul-mukul Aishlyn dengan pemukul lalat itu dengan kadar sederhana.

"I rasa dia pengsan la, babyy. Takpelah, you drop I dekat bus stop tu... Nanti I suruh kawan I ambil, you bawak la perempuan ni gi klinik ke gi hospital ke gi kubur ke apa," ujar Lily panik.

"You sure ke, baby?" soal Khaizul risau.

"I taknak terlibat ya kalau dia disahkan mati ke apa! I taknak perempuan tak guna ni rosakkan reputasi I, so yeah, drop me at the bus stop," arah Lily lagi.

Khaizul hanya menurutkan arahan gadis itu sebelum menghentikan kereta di stesen perhentian bas.

"I tunggu kawan you sampai eh?" tawar Khaizul apabila Lily sudah turun daripada keretanya.

"Takpayahh! I boleh tunggu sini sorang-sorang, you pergilah," ujar Lily lagi. Khaizul menganggukkan kepalanya sebelum kembali memandu.

Perjalanan senyap sunyi.

PAK !

"Bangun. Pandai kau berlakon eh," ujar Khaizul selepas dia menepuk kepala Aishlyn menggunakan pemukul lalat itu. Ya, sekali lagi.

Suka betul si Khaizul ni dengan pemukul lalat kan? Jadi lalat sungguh satgi haa.

Aishlyn terus mencelikkan matanya dengan senyuman di bibir. Dia kembali duduk tegak sebelum melihat mukanya di cermin bahagian penumpang.

"Melampau kau ni, apahal buat macam tu? Kesian dekat Lily tau," tegur Khaizul lagi.

"I do what I want to do, aku tak kesian dekat dia. Haa kenapa kau tak hancurkan plan aku padahal kau dah tahu? Yang jahat tu kau sebenarnya," ejek Aishlyn lagi.

Khaizul hanya tersenyum.

"Senyum apa kau? Kau dah tahu kan, kenapa tak hancurkan plan aku? Kata dia girlfriend kau, you supposed to support her you know," soal Aishlyn lagi.

Mula nak membebel ni.

"Aishlyn, Aishlyn, Aishlyn. Do you know what we have in common? We both love drama," balas Khaizul sinis.

"But she's your girlfriend kan? Takkan tak ada pengecualian kot? Hello, girlfriend kot a.k.a soon to be the love of your life. Ke kau suka dekat aku?" soal Aishlyn selamba sambil menongkat dagunya. Memandang Khaizul.

"Ye ke? Bukan kau ke yang suka aku? Sampai berlakon sakit semata-mata nak duduk depan ni? Siapa suka siapa, Aishlynku?" bidas Khaizul kembali.

Aishlyn membuang mukanya. Menyampah!

"Meeting kita dekat mana?" soal Khaizul yang masih fokus pada jalan.

"K-Kita ada meeting?" soal Aishlyn kembali. Khaizul ketawa sebelum dia brek mengejut.

Kepala Aishlyn terhentak di dashboard kereta itu. Hentakkan yang kuat itu membuatkan dia pening-pening lalat. Aishlyn memegang kepalanya yang terasa berpinar itu.

"Kau tak check jadual aku? PA jenis apa kau ni? Hah? Baru first day kerja dah buat silap? Kau ni boleh guna otak kau ke tidak?" soal Khaizul bengang.

"BENDA SENANG PUN TAK BOLEH BUAT KE, AISHLYN?!" Tengking lelaki itu sambil menghentak stereng kereta miliknya.

Aishlyn hanya menundukkan kepalanya. Kali ini dia tidak boleh melawan, kerana memang benar salahnya.

PAK !

Tangan Aishlyn sekali lagi naik memegang kepala apabila Khaizul memukul kepalanya menggunakan pemukul lalat.

"Nah. Tu makannya, kalini aku masih berlembut dengan kau. Kau buat salah yang sama lagi, aku kepit kepala kau dekat tingkap, jangan ingat aku tak berani," ugut Khaizul.

Aishlyn menganggukkan kepalanya. Hiks sakit!

"Sorry, tuan," ujar Aishlyn perlahan sebelum mengalihkan pandangannya keluar tingkap.

Khaizul mengerling gadis itu sebelum senyuman senget terukir dibibirnya. Dia suka apabila Aishlyn tidak melawan, jika tidak... Ada sahaja yang nak digaduhkan oleh gadis itu.





Cuba kira berapa kali dia kena pukul dengan pemukul lalat tu? Cuba teka, adakah otak Aishlyn masih okey setelah dipukul bertubi-tubi? Shian Aishlyn tau💔

🌸-natarysss-🌸

3|| Lynzul's First LoveWhere stories live. Discover now