HEAL LOVE - BAB 8🌹

39K 1.1K 79
                                    

VOTE PWEASEE❤️

TERBELIAK mata Nuryn apabila melihat banglo yang gah dihadapan matanya. "Wow.." ujarnya perlahan.

Faleeq senyum sahaja melihat reaksi isterinya. Dia keluar lalu membawa kain sampingnya yang sudah dicabut tadi.

"Jom masuk.. Hilmi dah ada kat dalam." Nuryn terkedip-kedip. "Buat apa dia datang sini?" Tanyanya selari berjalan mendampingi suaminya.

"Of course dia kena ada sebab dia pekerja aku.. dan juga pembantu aku. Tapi kau jangan risau la. Dia tak tidur sini pun. Dia datang kalau aku suruh je.."

Nuryn mengangguk. "Faham.." Faleeq senyum lalu menggenggam tangan Nuryn. Sekali lagi Nuryn tersentak.

"Jom. Nanti kau sesat pulak." Nuryn kulum senyum lalu mengikut langkah suaminya. Dia agak gembira apabila Faleeq menggenggam tangannya erat umpama tidak mahu lepas.

"Wooo pengantin baru dah smpai. Letih saya tunggu tuan tau? Dah berpeluh dah ni.. dahaga pula tu.."

"Awak dahaga? Kejap saya buat air.." ujar Nuryn lalu melepaskan genggaman tangan Faleeq. Tercengang Faleeq. Alah.. baru je nak sentuh lama tangan lembut tu..

Hilmi senyum sahaja melihat isteri kecil tuannya itu terkedek-kedek kearah dapur. Dia terus berpaling kearah Faleeq. Dia meneguk liur kesat apabila Faleeq menjelingnya.

"Kacau daun la kau. Aku baru je nak pegang tangan dia lama-lama.." Hilmi sengih. "Sorry tuan.. tapi sumpah saya dahaga sekarang.."

Faleeq mendengus lalu duduk diatas sofa. "Hensem tuan berbaju melayu putih harini tuan.."

Faleeq berdecit. "Diam lah kau. Ni, kau dah ckap ke pada boss Nuryn tentang Nuryn berhenti kerja?" Hilmi mengangguk laju. "Dah tuan!"

Faleeq telah mengarah Hilmi untuk memberitahu Kakpiah tentang ini. Agak sedih Kakpiah apabila pekerja yang paling dia sayang berhenti mendadak. Namun dia bahagia apabila mengetahui boss Hilmi mengahwini pekerjanya.

Dia kenal akan Faleeq tapi kenal dari Hilmi sje la hehe. Hilmi memberitahunya tentang kebaikan Faleeq. Agak teruja Kakpiah mendengarnya. Tahu la dia Faleeq adalah orang yang terbaik menjaga Nuryn.

Kerana dia tahu Nuryn tidak pernah bahagia selepas kematian ibubapanya. Dia juga tahu tentang Nekmah yang sering memukuli Nuryn. Namun dia tidak boleh melakukan apa-apa kerana ketua kampung juga hanya diam tentang perkara itu.

Konon-konon la Nuryn bukan orang kaya, ketua kampung terus menghiraukan Nuryn. Cis. Dasar tak guna betul ayah si Anis ni..

"Maaf lambat sikit.." ujar Nuryn yang sedang membawa dulang minuman. Dia meletakkan air kepada suaminya lalu memberikan kepada Hilmi. Faleeq hanya memerhatikan isterinya ketika ini.

Dia hnya menganggap gadis itu sebagai adiknya sahaja. Namun sekarang tak sangka gadis itu menjadi isterinya sah. Sangat cepat masa berlalu.

"Ermmm sedapnyaa air awak buat. Lepasni kalau saya datang, awk buat air kat saya eh? Lega rasa tekak ni.." seloroh Hilmi dengan senyuman. Nuryn senyum.

"Boleh.. saya ok je." Ujar Nuryn dengan lembut. Faleeq mengetap bibirnya. Entah mengapa namun baginya suara Nuryn amat menggoda. Kelunakam suara gadis itu telah menaikkan nafsunya ketika ini. Bau badan Nuryn juga telah membuatkan halkumnya bergerak-gerak menahan rasa.

"Balik Hilmi." Ujar Faleeq yang sedang menahan sesuatu. Hilmi terkedip-kedip. "Kenapa? Tadi tuan cakap saya kena teman tuan sebab tuan tak selesa dengan Nuryn kan?"

Damn! Terus mati senyuman Nuryn apabila Hilmi mengatakan itu. Faleeq terus mencerlung kearah Hilmi. Inilah sebab dia tidak mahu bagitau apa-apa pada PA nya itu kerana Hilmi seorang yang cakap lepas sahaja.

FALEEQ : HEAL LOVE [C]Where stories live. Discover now