HEAL LOVE - BAB 27🌹

36K 966 30
                                    



NURYN tersenyum lebar apabila tangannya digenggam erat oleh suaminya. Mereka sedang berjalan berpimpin tangan didalam mall ketika ini.

Dikerling sekilas suaminya yang lebih tinggi darinya. Nuryn kulum senyum. Tak sabar nak mesej dengan Kak Niza untuk bertanyakan cara goda suami.

Nama pekerja tadi adalah Kak Niza. Mereka sudah memberikan nombor telefon masing-masing. Sekarang Nuryn hanya mengikuti langkah suaminya.

Entah kemana Faleeq ingin membawanya sekarang. "Pilih." Ujar Faleeq lalu menolak perlahan badan isterinya ke Habib Jewels. Terbeliak mata Nuryn apabila melihat kedai emas dihadapannya sekarang.

"Haa? Apa maksud abang?" Tanya Nuryn dengan riak bingung. Faleeq senyum lalu merangkul bahu isterinya dan melangkah kearah kedai itu.

"Hye Mr and Mrs.." ujar pekerja itu lalu menunduk kearah mereka. Nuryn senyum lalu mengangguk. Agak malu juga bila dilayan begini..

Faleeq mengangguk. "Pilih kau nak yang mana.. beli satu set pun bleh. Ambik la cincin, rantai, gelang tangan dan gelang kaki yang kau nak.."

Nuryn mengerdip mata lambat kearah suaminya yang sedang merenungnya. "Abang.. mahal lah.. lagipun Nuryn dah ada cincin kahwin kita.. dan yang lain tu Nuryn taknak pun.." ujar Nuryn lalu menunjukkan jarinya ke arah Faleeq.

Faleeq mencabutkan cincin itu dari jemari isterinya. Terbeliak mata Nuryn. "Abang.. jangan la. Tu cincin kahwin la. Nuryn sayang cincin tu.." ujar Nuryn lalu ingin mengambil cincinnya semula.

Faleeq tergelak. "Bagi la dekat aku kejap. Aku lupa saiz kau berapa." Ujar Faleeq lalu memberikan cincin itu kepada pekerja.

"Bagi saya cincin saiz tu yang exclusive dan nampak menyerlah." Pekerja itu menyambut huluran tersebut lalu tersenyum.

"Boleh. Saya bagi yang limited ya?" Faleeq mengangguk. "Ok. Yang penting isteri saya suka."

Nuryn kemam bibir lalu menarik-narik baju suaminya. Faleeq terus menunduk kearah isterinya. Dia menjungkit kening.

"Terima kasih abang.. abang baik sangat la dengan Nuryn. Tapi cukup la abang beli cincin je.. gelang dan rantai tu takpayah la.."

Faleeq mengangguk lalu berpaling kearah pekerja itu. "Bagi saya gelang tangan, rantai dan gelang kaki yang limited. Ambil satu set dengan cincin."

"Baik Tuan. Sekejap." Para pekerja agak tergesa-gesa untuk mencari kesemua aset itu. Ia kerana jarang sekali orang membeli banyak seperti ini sekaligus. Kerana itulah mereka melakukan kerja secepat mungkin sekarang ni. Kang diorang cancel naya je..

"Abang.." panggil Nuryn dengan dahi berkerut. Dia tidak mahu menyusahkan suaminya. Baginya, Faleeq menjaganya pun sudah cukup. Dia tidak memerlukan barangan kemas seperti ini..

"Yes?" Jawab Faleeq main-main. Nuryn berdecit. "Nuryn rasa bersalah la.. dahlah harga dia mahal.. abang pula borong mcm ni.."

Faleeq menjungkit bahu. "Takde istilah mahal dalam hidup aku. Setakat barangan kemas untuk kau ni, tak berganjak pun harta aku. Aku ada banyak lagi harta. Setakat belanja isteri, aku takkan miskin la.."

Nuryn senyum. Mungkin suaminya kedengaran agak berlagak namun dia agak terharu apabila Faleeq melebihkan dia dari segalanya.

Betul apa yang dikatakan Faleeq. Suami tidak akan miskin jika berkongsi rezeki dengan isteri. Malah rezeki makin melimpah ruah apabila sang suami membahagiakan isterinya.

Nuryn terus memeluk badan suaminya. "Thank you abang.." ujarnya lalu mencium sekilas dada suaminya. Terjungkit kening Faleeq. "Aik? Dah tak segan dengan aku dah?"

FALEEQ : HEAL LOVE [C]Where stories live. Discover now