HEAL LOVE - BAB 50🌹

30.9K 951 42
                                    



TERSENGIH Faleeq membaca mesej yang dihantar oleh Hilmi. Dia sedang berbaring diatas katil ketika ini sementara menunggu isterinya mandi. Faleeq terkekeh ketawa membaca setiap perkataan yang dilontarkan oleh Hilmi.

FROM : Hilmi Pondan.
-Tuan!
-Kenapa ada nombor yang tak dikenali ngorat saya ni?!
-Dah berkali-kali saya bagitau yang saya bukan tuan! Tapi dia ingat saya bergurau!
-Tuan jual nombor saya ke?!
-Saya tengah tahan marah tau. Berkali-kali dia cakap saya tipu.

Faleeq ketawa lalu menggeleng kepala. Aih la dia yakin pasti gerangan itu adalah Iera. Nasib baik dia bagi nmbor Hilmi. Kalau dia bagi nmbornya pasti Nuryn akan salah faham nanti.

"Grrr sejukkkk.." Faleeq berpaling kearah suara itu. Dia senyum sahaja melihat Nuryn yang keluar dari bilik air dengan memakai bathrobe berwarna pink.

Faleeq meletakkan telefon diatas meja lalu mendepa tangannya kearah Nuryn. "Come." Ujarnya dengan suara macho.

Nuryn senyum lalu melangkah merapati suaminya. Dia naik keatas katil lalu memeluk tubuh hangat suaminya yang tidak berbaju. Faleeq merangkul bahu Nuryn lalu menutup badan Nuryn dengan selimut.

"Nuryn sejuk.." adu Nuryn selari mendongak kearah suaminya. Faleeq senyum lalu mencium skilas hidung Nuryn. "Tahu.. kau la gatal sangat nak mandi malam dekat Cameron kan? Aku dah bagitau kat sini sejuk.. mandi malam lagi la sejuk.. tapi kau degil.."

Nuryn sengih. "Nuryn tetap juga kena mandi malam.. sebab Nuryn nak wangi bila dekat dengan abang.. Nuryn nak wangi masa kita tidur bersama.. Nuryn nak abang selesa dengan Nuryn.."

Faleeq senyum lalu menyedut pipi isterinya. Nuryn hanya senyum sahaja apabila kumis suaminya menyentuh pipinya saat ini.

"Thanks.. kau selalu fikir aku setiap masa. Kau utamakan aku dalam semua perkara. Aku hargai sangat Nuryn.." bisik Faleeq dengan suara serak basahnya.

Nuryn mengusap tangan kekar suaminya. "Mestilah.. abang memang keutamaan Nuryn dari dulu sehingga sekarang.." ujar Nuryn dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya. Dibiarkan sahaja suaminya menikmati pipinya ketika ini.

Faleeq memejam mata erat lalu menarik dagu isterinya agar berpaling kearahnya. Dia terus menyambar bibir Nuryn dengan tiba-tiba. Terpejam mata Nuryn apabila bibir suaminya mula mengurut lembut bibirnya.

Nuryn membuka sedikit bibirnya lalu membalas ciuman hangat suaminya. Tangan Faleeq pula makin menarik badan Nuryn merapatinya agar Nuryn dapat merasakan haba badannya. Faleeq membaringkan Nuryn diatas katil lalu menindih badan isterinya.

Nuryn hanya membenarkan sambil mengalung tangan ke leher suaminya. Faleeq melepaskan ciuman lalu melekapkan dahi mereka berdua. Mereka berdua bernafas tercungap-cungap ketika ini.

Masing-masing dapat merasakan hembusan hangat nafas yang menerpa ke wajah mereka. Nuryn mencelik mata lalu menarik kepala suaminya mendekatinya lalu mencium Faleeq dengan sensual.

Faleeq senyum dalam ciuman apabila isterinya yang memulakan langkah. Nuryn jarang sekali memulakan ini kerana wanita itu sedikit malu dengannya. Namun sekarang dia lega sedikit apabila Nuryn mula selesa dengannya.

Nuryn melepaskan ciuman dengan senyuman lebar. Diperhatikan sahaja mata Faleeq yang sedang merenung kearahnya. Nuryn agak terkesima.

Kerana panahan mata Faleeq pada malam ini agak berlainan dari sebelum ini. Jika sebelum ini Faleeq merenungnya dengan nafsu, namun kali ini agak lain.. mata Faleeq merenungnya dengan maksud yang berlainan namun Nuryn tidak tahu apakah maksud itu..

"Te amo mi amor.." Bisik Faleeq perlahan. Berkerut dahi Nuryn apabila tidak memahami maksud Faleeq. "Abang cakap apa? Abang carut Nuryn eh?" Bisik Nuryn dihadapan wajah suaminya.

Faleeq tergelak perlahan. Nuryn ni random tau. Bleh pula dia bergurau masa kita dalam mood romantik macam ni..

Faleeq menggeleng. "Entah. Aku rasa nak cakap mcm tu, aku cakap la.. kenapa? Salah ke?" Tanya Faleeq lalu menjungkit kening. Nuryn mengemam bibir apabila kelihatan wajah Faleeq sedikit garang dari tadi.

Nuryn menunduk lalu menggeleng. Walaupun Faleeq tidak memarahinya, namun dia tetap terasa jika Faleeq menayangkan riak tegang kearahnya. Nuryn mudah terasa sekarang.. Faleeq tak layan dia bercakap pun dia terasa juga..

Tah la.. Nuryn pun tak faham dengan diri Nuryn..

Berkerut dahi Faleeq melihat wajah mendung isterinya. Apakah? Tadi elok sahaja Nuryn menggodanya. Sekarang dah kenapa merajuk pula? Padahal Faleeq tak marah Nuryn pun..

"Kenapa ni?" Bisik Faleeq seraya menarik dagu isterinya untuk mendongak kearahnya. Terbeliak mata Faleeq melihat mata berkaca Nuryn. Nuryn tersebik dihadapan suaminya ketika ini.

"Hey.. kau kenapa? Kenapa menangis pula ni?" Tanya Faleeq dengan riak berkerut. "Nuryn tak tahu.. tapi Nuryn terasa bila tsk tsk abang marah Nuryn tadi.."

Berkerut dahi Faleeq. Apakah? Bila masa aku marah si Nuryn ni?

"Bila masa aku marah ni?" Bisik Faleeq perlahan. Nuryn menggeleng dengan linangan air mata. "Abang marah Nuryn tadi tsk tsk.." ujarnya dengan esakan.

Faleeq mengeluh perlahan. Otaknya masih ligat untuk mengingati peristiwa tadi. Tapi seingatnya tiada pula dia memarahi atau menjerkah Nuryn.

"Ok.. aku minta maaf kalau aku termarah kau.. salah aku.." bisik Faleeq perlahan.

Nuryn panggung kepala dengan riak sebik. Dia menggeleng perlahan. "Bukan salah abang.. semua ni tsk tsk salah Nuryn. Nuryn minta maaf.. tsk tsk. Sebab Nuryn terasa tsk tsk." Ujar Nuryn dengan esakan.

"Ok salah kau.. dah dah.." bisik Faleeq perlahan. Nuryn tersebik. "Sampai hati abang tsk tsk salahkan Nuryn.. Nuryn tak salah pun tsk tsk."

Faleeq mengeluh perlahan lalu turun dari menindih isterinya lalu merangkul bahu isterinya dari tepi. Nuryn terus menangis teresak-esak lalu menyembamkan muka ke dada Faleeq.

"Ok ok.. bukan salah sesiapa.." pujuk Faleeq perlahan. Nuryn menggeleng. "Abang nak cakap tsk tsk yang Nuryn menangis tanpa sebab la ni kan?"

Faleeq terkedip-kedip. Tolong! Faleeq tak faham dengan si Nuryn ni! Tolong Faleeq please! SOS!

"Shh tidur la.. kau penat sangat ni Nuryn.." bisik Faleeq perlahan seraya mencium kepala Nuryn. Nuryn makin tersebik. "Abang mesti penat tsk tsk layan Nuryn kan? Sebab tu tsk tsk abang paksa Nuryn tidur.."

Gogoi Nuryn seraya mengalirkan air mata laju ketika ini. Faleeq menyimpan keluh mendengarkan itu.

"Bukan.. aku sedang utamakan kau.. esok kita nak pergi ladang strawberi kan? Aku taknak la kau penat esok.. kalau kau tidur awal, takde la kau lesu esok.."

Pujuk Faleeq perlahan seraya mengucup ubun-ubun Nuryn. Tidak pernah lagi Faleeq memujuk orang dengan suara yang lembut seperti ini. Dia hanya memujuk begini pada Nuryn sahaja..

Nuryn panggung kepala dengan mata terkedip-kedip. Dia terus senyum lebar mendengarkan itu. Faleeq senyum buat-buat. Fuhh nasib baik dah terpujuk.. berpeluh si Faleeq ni nak pujuk Nuryn dari tadi..

"Abang utamakan Nuryn? Maksudnya abang sayangkan Nuryn la kan? Yeayy terima kasih abang.. Nuryn saayangg abangg.." ujar Nuryn dengan teruja.

Faleeq tergelak perlahan lalu mengesat air mata dipipi Nuryn. Habis comot isterinya itu dek menangis tadi.

"Shh tidurlah.. aku dodoi kau malam ni.." bisik Faleeq seraya menarik badan isterinya merapat ke badannya. Nuryn memeluk erat badan kekar suaminya dengan mata dipejam erat. Dia senyum sahaja ketika ini.

Dia amat sukakan bauan badan suaminya. Badan Faleeq pula dapat menghangatkan badannya ketika ini.

Faleeq senyum seraya mengusap membelai rambut isterinya dan menepuk punggung isterinya. Bibir pula setia mencium pusar kepala Nuryn dengan mata terpejam.

Sungguh dia sayang akan wanita ini. Kalau bleh dia ingin memeluk Nuryn sehingga Nuryn hanya ada dalam dakapannya sahaja. Dia ingin melindungi Nuryn sehingga hujung nafasnya..

TBC🤍
Nasib baik abe tak jerkah.. kalau tak kempunan la be.

VOTE AND COMMENT❤️

FALEEQ : HEAL LOVE [C]Where stories live. Discover now