2

679 21 1
                                    

Pejam celik pejam celik, tinggal lagi seminggu sebelum aku menamatkan pelajaran di University of Bristol. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam aku menangis dekat emak sebab abah tak bagi sambung belajar di UK.

Tapi, kalau dah nama rezeki, tak ke mana. Abah akhirnya bersetuju untuk aku pergi ke UK. Malah, aku sangat senang hati sebab sikit pun tak susahkan mak dan abah terutamanya dari segi kewangan. Aku antara pelajar yang mendapat pinjaman pendidikan. Wang elaun yang aku terima juga sentiasa berlebih dan boleh buat savings juga.

Aku melihat telefonku saat ia berdering. Umi call.

"Hello umi, kenapa call Iffat"? tanya aku.

"Saja aje umi call. Umi dengan walid nak ajak kamu lunch dekat rumah umi. Walid kamu ni, rindu kamu katanya," kata umi lalu ketawa.

"Okay, boleh je umi. Iffat baru nak keluar. Ingat nak beli makanan luar je. Tapi umi dah ajak, Iffat pun on je la,"

Tak pelik kalau umi dengan walid rindu aku. Kata umi, walid sentiasa menginginkan anak perempuan sejak dari dulu lagi. Tapi tiada rezeki. Mereka dikurniakan 3 orang anak lelaki.

Kata walid pula, aku ini aje tempat untuk mereka melepaskan rindu pada anak-anak. Anak mereka semuanya di Malaysia. Sibuk bekerja dan ada yang bakal menamatkan pelajaran juga.

Kadang-kadang, segan juga aku dibuatnya. Umi dan walid banyak menghadiahkan aku baju, kasut, make up dan handbag. Aku sikit pun tak minta. Tapi umi dan walid berkeras agar aku menerima pemberian mereka. Alasannya, teringin nak manjakan anak perempuan.

Turun sahaja dari teksi, aku memberi salam lalu menekan loceng rumah umi. Salamku dijawab lalu umi membuka pintu.

Tiba-tiba aje tubuhku dirangkul erat oleh umi. Pipiku juga dicium.

"Jom kita masuk, umi dah siap masak. Tunggu kamu aje," pelawa umi.

Habis makan, aku menolong umi mengemas apa yang patut. Banyak umi dan walid bercerita hari ni. Tentang anak mereka yang kedua. Sudah menimang cahaya mata sulung kelmarin.

"Anak umi yang sulung tu, umur dah 30 tahun. Tapi tak kahwin lagi. Calon pun tak ada. Angah tu dah kahwin, ada anak lagi. Achik tak apa la, dia muda lagi. Risau umi dengan si along tu," kata umi.

Aku hanya mendengar saja umi dan walid. Ada juga sesekali mencelah.

Apa nak pelik sangat kalau lelaki masih membujang walaupun umur sudah 3 series? Malah, aku rasa lelaki semakin hot apabila semakin berusia.

___________

Kaki aku bergoyang laju. Lagi seminit sebelum tamat masa menjawab last paper. Cepatlah.

"Time is up. Please stop writing,"arah lecturer di hadapan examination hall ini.

Yeay, aku dah habis degree! Lepas ni boleh la aku qada' tidur aku yang tak cukup tu.

Aku menyerahkan kertas jawapan aku kepada pegawai yang bertugas. Keluar saja dari dewan itu, aku terus menempah teksi untuk menuju ke Bristol Shopping Quarter. Umi kata, dia tunggu aku dekat situ. Mahu menghabiskan masa bersama-sama sebelum aku pulang ke Malaysia lagi dua hari.

___________

"Dah habis degree dah Iffat. Lepas ni nak balik Malaysia. Umi dengan walid tak tahu lagi bila nak balik ke sana. Tak puas merantau lagi kat sini," kata umi.

"Tak apa umi, jalan-jalan dulu kat sini sampai habis tempat dah nak pergi. Nanti baru balik Malaysia," kata aku pada umi.

"Nanti umi dengan walid hantar kamu ke airport ye?"

"Eh, tak payah la umi. Susah je nanti. Iffat boleh pergi sendiri,"

"Tak apa, umi dengan walid hantar. Tak tahu lagi lepas ni boleh jumpa lagi atau tidak," kata umi.

"Kenapa cakap macam tu umi? Nanti kan umi dan walid balik ke Malaysia. Nanti kita jumpa la. Umi pun ada nombor Iffat. Boleh je video call dengan Iffat,"ujarku.

"Balik tak balik, umi tetap nak hantar kamu ke airport nanti. Umi ada hadiah nak bagi,"

"Hadiah lagi umi? Seganlah Iffat kalau asyik dapat hadiah je. Lagipun, Iffat bukannya sesiapa dengan umi dan walid. Kadang-kadang umi dah bagi, walid pun bagi hadiah lagi sampai Iffat malu nak terima," keluh aku mengenangkan terlalu banyak hadiah umi dan walid.

Kadang-kadang rasa tak adil pun ada juga. Aku tertanya-tanya, umi dengan walid layan anak-anak mereka macam aku juga ke?

Aku risau kalau ada orang bercakap tentang hal ni esok lusa. Anak orang sibuk nak jaga, diberi hadiah bagai.

"Jangan risau, Iffat. Umi dengan walid ikhlas dengan pemberian kami pada kamu. Umi tak anggap kamu orang luar pun. Kami anggap kamu macam anak kandung kami sendiri,"

"Sebenarnya, lepas melahirkan anak ketiga umi, umi mengandung sekali lagi. Kami gembira sangat waktu tu sebab pada usia kandungan yang dah mencecah 7 bulan, doktor kata umi mengandung anak perempuan. Siapa yang tak gembira lagi-lagi kami sekeluarga memang menunggu cahaya mata perempuan. Tapi bukan rezeki kami. Umi jatuh tersentak pinggul dalam bilik air sampai keguguran. Rahim umi dibuang sebab kompikasi dan umi tak boleh mengandung lagi selepas dari tu, Iffat," cerita umi lalu mengusap air matanya yang sudah jatuh.

Aku pula tercengang dengan cerita umi sebentar tadi. Umi tak pernah cerita tentang hal ni selama kami berkenalan. Patutlah umi dan walid teringin sangat nak ada anak perempuan, dan aku yang mereka iktiraf sebagai anak mereka.

LELAKI TAKHTA HATI(C)Where stories live. Discover now