Cincin emas yang tersarung kemas di jari aku lihat. Guess what? Iffat dah bertunang guys!
Alhamdulillah, ini adalah salah satu pencapaian yang aku mahukan dalam hidup. Untuk memasuki alam perkahwinan dan membina keluarga sendiri.
Mak dan abah memberi respons yang baik terhadap pinangan umi dan walid hari ini. Malah, saat umi mencadangkan agar majlis kami dilakukan dalam masa sebulan lagi, mak dan abah juga setuju.
You
-Awak, saya tak sangka we are getting married!♥️Aku meghantar pesanan melalui Whatsapp kepada Ikram. Lama aku menunggu dia untuk membalas pesanan itu. Biasanya, setiap kali aku menghantar mesej atau menghubungi dia, dia akan terus jawab serta merta.
Mungkin dia penat memandu dari majlis meminang hari ini. Tak apalah, nanti dia balaslah tu.
_______________
Ikram yang sedang leka menekan-nekan telefon pintarnya aku pandang. Rasa menyampah pula bila dia dari tadi tak berenggang dengan telefonnya. Namun, aku cuba bersabar. Pasti ada urusan kerja.
Aku yang saja mengajak dia untuk keluar makan tengah hari bersama-sama hari ini, memandangkan aku ada urusan kerja di sekitar tempat kerja dia.
Nasi dalam pinggan dia pun ibarat tak luak. Aku melihat pingganku. Dah nak habis makanan. Ikram masih sama dengan telefonnya.
Sekejap-sekejap, dia tersengih. Buat kerja sampai gembira sangat ke?
"Awak chat dengan kawan ke?" soalku.
"Ya, sayang. Kawan saya buat lawak pula," jawab Ikram. Buat lawak sampai tak makan-makan?
"Bila nak makannya ni?" Ikram segera mematikan telefon itu lalu diletakkan atas meja. Sudu dan garpu dicapai sebelum dia menyuap makanan ke mulutnya.
Aku masih lagi cuba husnuzon. Ikram ada rahsiakan apa-apa ke dari aku? Sejak kami bertunang, dia nampak acuh tak acuh saja dengan aku.
______________
Lisa
-Pergh Naira! Kau pun ikut jejak langkah Iffat, senyap-senyap ada boyfriend.Naila
-Sorry guys. Saja nak surprised.You
-Tunjuklah muka sikit. Ni tunjuk badan dia sikit-sikit aje.Rina
-Kan!!! Tunjuklah muka dia!Naira
-Nanti okay guysNailah telah memuat naik gambar dia makan bersama seorang susuk lelaki. Syukurlah kalau dia dah ada kekasih. Aku tahu, dia dah lama teringin nak ada buah hati sendiri.
Sayangnya, semua lelaki yang dia kenal hanya menganggap dia sebagai kawan. Aku doakan yang terbaik untuk dia.
Jariku laju mencari nombor Ikram. Nombornya aku hubungi.
'Maaf, nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi,'
Haih, pergi mana Ikram ni? Keluar dengan kawan-kawan dia ke?
Sejak kebelakangan ini, Ikram banyak kali tidak membalas mesej yang aku hantar. Kalau call, jarang sekali dia nak angkat.
Janganlah dia buat yang bukan-bukan di belakang aku. Walaupun aku sering berasa tidak sedap hati, tapi aku masih bersangka baik dengan dia memandangkan tarikh perkahwinan kami semakin dekat.
Aku dah beri sepenuh kepercayaan pada dia. Janganlah dia musnahkan kepercayaan yang aku bagi.
____________
"Hello, Iffat. Awak buat apa?" soal Ikram di dalam talian.
"Hello. Saya tengah makan dekat pantry ni. Kenapa?"
"Oh. Actually saya nak cakap sesuatu. Saya rasa, ada baiknya kalau kita kurangkan berjumpa sebelum tarikh akad nikah kita. Saya bukan apa, kita ni tengah berdarah manis. Macam-macam boleh jadi," katanya.
Ya juga. Darah manis. Tak elok berjumpa selalu.
"Saya tak ingat pula pasal tu. Kalau macam tu, saya okay aje,"
"Kita jumpa masa nak ambil baju pengantin nanti ya? Saya jemput awak nanti,"
"Okay, Ikram. Awak buat apa tu?" aku bertanya.
"Saya tengah lunch dengan kawan saya. Okaylah, bye!"
Tut tut...
Talian telah dimatikan. Rasa hilang selera saat Ikram mematikan talian begitu saja.
Mungkin betul kata dia, kami perlu kurangkan berjumpa. Dari situ, mana tahu boleh buat kami rindu antara satu sama lain?
YOU ARE READING
LELAKI TAKHTA HATI(C)
RomancePerkenalan Iffat dan keluarga Hajah Mariam atas suatu tragedi membawa kepada hubungan erat antara Iffat dan keluarga Melayu yang menetap di United Kingdom itu. Iffat menuntut ilmu di UK, Hajah Mariam dan suaminya pula menetal di situ kerana ingin ke...