Lima bulan kemudian...
Gambar aku dan Ikram berdua yang ditangkap sewaktu keluar makan minggu lepas dimuat naik ke story Instagram.
Ikram tidak kisah jika orang tahu kami pasangan kekasih. Dia yang mulakan dulu dengan memuat naik gambar aku seorang di akaun Instagramnya.
Rina
-Kau dah ada boyfriend ke nyah? Wow, kawan aku dah advance!Lisa
-Fuyooo dah ada boyfriend eh kau. Sampai hati tak bagitahu.Aku tersengih saat melihat pesanan yang dikirim Rina dan Lisa. Maklumlah, aku dah berpuluh tahun hidup membujang Kalau ada boyfriend, pasti kawan-lawan yang kecoh dulu.
Rina, Lisa dan Naira adalah kawan baikku semasa di sekolah dulu. Rina merupakan suri rumah, Lisa dan Naira masing-masing bekerja sebagai doktor gigi lulusan luar negara.
You
-Baru aje lagi. Bukan saja-saja tak nak bagitahu korang.Tak adalah baru sangat pun. Kalau bagitahu dah lama nanti, merajuk pula, hehehe.
Rina
-Apa kata kita gathering this weekend? Suami aku cuti. Kau bawa la dia, kenalkan dengan kami.You
-We will see.Bagus juga idea Rina tu. Lagipun, kalau boleh aku nak juga Ikram berkenalan dengan kawan-kawan aku. Dia sendiri pun pernah kenalkan aku pada kawan dia.
_______________
"Ikram, kawan-kawan sekolah saya ajak gathering this weekend. Dorang suruh saya ajak awak sekali sebab suami kawan saya pun ada. Awak nak join?" aku bertanya pada Ikram sambil menyuap Llao Llao ke mulut. Sedapnya!
"Saya okay je. Lagipun, semua kerja saya dah settle untuk minggu ni. Tak ada la bosan sangat duduk dekat rumah," aku mengangguk.
"Okay, cun!" aku kembali menyuap Llao Llao tadi tadi. Saat merasakan diriku ditenung lama, aku memandang Ikram disebelah.
"Kenapa awak?" soalku.
"Sayang, kita dah in relay lebih lima bulan, kan?" aku mengangguk.
"Saya nak kita lebih serius,"
"Maksud awak?" aku tak serius ke dengan dia selama ni?
"Sudi tak Iffat jadi isteri abang?"
Uhuk uhuk! Abang?
Biar betul Ikram ni! Tak cepat sangat ke nak kahwin?
"Abang tak nak kita bazirkan masa lama-lama. Abang betul-betul cintakan awak. Abang nak Iffat jadi isteri dan ibu kepada anak-anak kita," ujarnya.
"Awak tak rasa macam cepat sangat?" Ikram menggeleng.
"Tak. As I said just now, I don't want to waste more time, cause i believe in us," katanya lagi.
"Saya...macam nilah, saya bagi alamat rumah saya. Awak bagitahu bila awak nak datang meminang. Saya akan bagitahu mak dan abah saya. Kalau mereka setuju, saya setuju," ujarku. Senyum lebar Ikram.
"Thank, sayang. Mak dengan abah mesti setuju sebab abang handsome," tu dia, Ikram Adri dah mula masuk bakul angkat sendiri. Terhambur tawaku.
"Yalah tu. Tak baik riak tau,"
"Dengan Iffat je,"
"Kenapa panggil abang?" soalku.
"Jarak umur kita jauh. 5 tahun. Kenapa? Tak suka?"
"Bukan tak suka. Tapi, bukan ke lebih baik kalau kita guna panggilan tu kalau betul kita dah sah nanti?"
"Okay. Kalau itu yang sayang rasa okay, abang okay je. Saya awak,"
_______________
"Hah, dah datang dah dua merpati sejoli ni! Lama tau kami tunggu," kata Rina saat aku dan Ikram berjalan mendekati mereka.
Sesi gathering hari ini diadakan di rumah Rina. Memandagkan Rina sahaja yang dah berkahwin antara kami berempat, maka dia diberi kelebihan.
Lagi pula, dia baru lepas bersalin. Tentu susah nak bawa bayi kecil keluar. Baby Ana di dalam dukungan ayahnya aku lihat. Comel! Muka sebiji macam mummy dia.
"Comelkan anak aku, macam mama dia. Kau sedut sikit aura baby ni. Aku doakan, kau kahwin je terus bunting pelamin," sakat si Rina. Tangan aku laju mengeoit lengannya.
Malulah aku bila dia cakap macam tu depan Ikram. Rina ni, sejak jadi isteri orang memang cakap tak berlapik.
"Betul apa aku cakap? Best tau kahwin-kahwin je, terus ada baby,"
"Insya Allah, doakan kami ya. Saya pun suka ada baby cepat-cepat," kata Ikram disebelah aku. Dia pun tumpang sekaki dengan minah-minah ni.
"Future husband dah bagi greenlight tu, Iffat. Tunggu apa lagi? Cepat sikit kahwin," kata Lisa pula. Aku sudah menepuk dahi.
Naira yang sedang berdiri disebelah Rina sejak tadi gelak saja. Tidak mecelah sedikit pun. Ada masalah kut.
YOU ARE READING
LELAKI TAKHTA HATI(C)
RomancePerkenalan Iffat dan keluarga Hajah Mariam atas suatu tragedi membawa kepada hubungan erat antara Iffat dan keluarga Melayu yang menetap di United Kingdom itu. Iffat menuntut ilmu di UK, Hajah Mariam dan suaminya pula menetal di situ kerana ingin ke...