23

559 15 2
                                    

'Aku terima nikahnya Iffat Atilia binti Rahman dengan mas kahwin seribu ringgit tunai,'

Terngiang lafaz akad tadi. Aku sudah bergelar isteri buat kali kedua. Rasa terkejut dan takut seperti menghantui diriku saat ini.

Aku masih lagi duduk di dapur. Umi menyuruh aku makan kerana wajah yang nampak pucat. Sudahlah kurang sihat gara-gara datang bulan, kena hadap pula masalah besar hari ini.

Aku makan bertemankan air mata. Melihat aku yang susah untuk makan, umi mencuci tangan lalu menyuap aku.

"Jangan menangis macam ni, Iffat. Umi risau kamu sakit nanti. Kalau tak kesiankan umi, kesian dengan diri sendiri," pujuk umi. Aku masih lagi menangis teresak-esak.

"Iffat takut umi. Mesti semua orang pandang serong dengan Iffat. Iffat sumpah umi, Iffat tak tahu yang akan jadi macam ni hari ni. Kalau Iffat tahu, Iffat tak akam tidur sini,"

"Ya, umi faham. Pedulikan apa orang cakap. Umi tahu Iffat budak yang baik,"

"Kenapa umi baik sangat dengan Iffat? Umi buat Iffat lagi sedih," umi ketawa perlahan.

"Sebab, kami tahu Iffat budak yang baik. Iffat tak akan buat yang bukan-bukan," sampuk walid yang baru masuk ke dapur. Tangannya didepakan menanti aku. Umi sekadar tersenyum dan mengangguk saat aku memandangnya.

Terus pelukan berpindah. Walid memeluk aku.

"Sudah, Iffat. Jangan menangis. Kalau apa-apa jadi pada Iffat, umibdan walid tak tahu nak jawab apa pada behsan kami," kata walid dengan nada bergurau.

"Kak Zeera dengan along macam mana?" soalku sambil tangan rakus mengusap air mata.

"Mereka dah tak ada jalan lain. Kak Long tu nak jadi model, tapi Hazzar tak nak. Dia dah setiap hari minta cerai. Memang dalam proses pun. Pandailah mereka selesaikan nanti," kata walid lalu merungkaikan pelukan aku agar memandangnya dan umi.

"Jangan risau pasal I, Iffat. I dan Hazzar memang dah sepakat nak bercerai. Ingatkan hujung bulan ni. Tapi, kalau dah sampai ke tahap ni, I rasa elok cepatkan. I tak salahkan you, Iffat. Jadi isteri yang baik. Satu je pesanan I, hati-hati. Ada orang dengki dengan you," datang Kak Zeera pula di belakang walid. Dia terus pergi. Katanya, driver ayahnya sudah datang menjemputnya untuk tidur di rumah keluarga mereka.

Aku, umi dan walid memandang antara satu sama lain dengan penuh tanda tanya. Apa maksud Kak Zeera?

Kelihatan susuk Dr Hazza atau mungkin...Hazzar ke ruangan dapur. Wajahnya merah. Mungkin kerana menahan marah. Dia marah dengab akubke?

"Asyik menangis je. Tak nak masuk tidur? Dah lewat ni," soalnya sinis. Tanganku ditarik sebelum sebelah tanganku lagi laju mencapai tangan umi. Mahu meminta tolong.

Umi hanya ketawa lalu melepaskan peganganku. Makin mudah Hazzar menarik tanganku ke bilik. Aku hanya memejam mata saat berjalan dihadapan tetamu yang berada di ruang tamu.

"Kau tengok, waktu kena tangkap basah, bukan main kata tak bersalah. Sekarang, dorang yang laju masuk bilik dulu,"

Hazzar tidak mengendahkan kata -kata mereka dan terus berjalan. Usai masuk ke dalam bilik, Hazzar mengunci pintu.

"Pergi cuci muka tu. Banyak sangat bekas air mata. Lepas tu, terus tidur," arahnya. Laju saja aku menurut. Sudah tentu kerana terlalu lelah dan penat.

LELAKI TAKHTA HATI(C)Where stories live. Discover now