BAB 9

7.3K 302 3
                                    

Darel bingkas bangun dari duduk. Menghala ke arah Nayla yang sudah terkaku di hadapan pintu. Dia berdiri di sisi Nayla. Mata beralih memandang ke arah kaki PA nya.

"Kenapa dengan kaki tu?" Tangan sudah naik bercekak pinggang. Mata masih merenung tajam ke arah buku lali Nayla yang nampak sedikit lebam dan bengkak.

"Ha err tak ada apa-apa tuan. Saya keluar dulu ye." Nayla berura-ura hendak keluar. Apasal terasa berbahang je kat dalam pejabat tuan diktator ni. Eiii apa ni nak tahan-tahan aku kat sini.

Melihat Nayla yang mahu berlalu, lengan gadis itu terus di tarik menyebabkan Nayla terjerit kecil, di tambah lagi dengan rasa sakit kaki yang menyucuk sekarang ini.

"Eh tuan nak buat apa ni???"

Nayla sudah gelabah bila Darel memaksa nya duduk di atas sofa yang berhampiran dengan pintu.

Darel tidak bersuara. Sebaliknya dia terus duduk bertinggung di hadapan Nayla. Tangan mahu menyentuh kaki Nayla, namun Nayla pantas menarik kaki nya. Tuan diktator nak buat apa ni???

Darel mendengus geram. Sakit-sakit pun masih nak tunjuk keras kepala si PA dia ni. Pandangan kemudian di dongak. Memanah tepat ke wajah Nayla. Nayla sudah gerun. Liur di telan berkali-kali.

"Jangan degil. Biar I tengok kaki you."

"Eh tak payah tuan. Mana boleh sentuh-sentuh macam ni."

Menggelabah sudah Nayla di situ. Gila ke apa boss dia ni.

Darel sekadar tayang riak tiada perasaan. Lantas kaki Nayla di tarik juga ke arahnya.

"Arghhh! Apa ni tuann!!"

Terjerit Nayla dengan tindakan drastik Tuan Darel tu yang tak di sangka.

"Just shut out your mouth. Darurat!" Selamba je kan Darel ni.

Darurat kepala otak dia! Eeiii  ada jugak yang kena penyepak ni kang!

"Hurmmm teruk sudah ni. Kenapa tak pergi klinik? You buat apa sampai kaki jadi macam ni? You buat lompat bintang ke tadi?" Soalan berbaur sindiran. Mata masih melihat ke arah kaki Nayla.

Fuh! Bukan kata-kata yang menyenangkan hati keluar dari mulut boss nya tu. Makin menyakitkan hati ada lah!

"Sikit je ni tuan. Saya dah sapu minyak tadi. Kejap lagi baik la ni. Hehe."

Melihat boss yang hanya tayang riak serius, terus mati tawa di bibir Nayla.

"Jom pergi klinik!"

Nayla terpinga-pinga bila melihat boss nya sudah bangkit berdiri.

"Eh saya tak perlu pergi klinik. Lagi pun kereta saya tak ada." Terkial-kial Nayla mahu bangun.

Sebolehnya mahu cepat lesap dari situ.

"Takde pun I suruh you drive."

"Err saya malas nak keluar. Nak kena tempah grab lagi. Saya banyak kerja ni tuan."

Darel tayang riak geram. Ada aje mulut si PA dia ni nak menjawab kan. Banyak alasan betul! Kaki dah tempang macam tu, macam mana nak bekerja?

"No excuses miss Camelia! Jom I hantar you."

Haaa??? Mahu terjatuh rahang Nayla bila mendengar kata-kata tuan diktator ni. Biar betul dia nak hantar aku pergi klinik? Dia tu normal ke tidak?

"Tercegat apa lagi tu!?" Darel sudah menunggu di muka pintu sambil bercekak pinggang.

Aduh! Nak kena pergi jugak ke? Ingat dia nak sangat ke keluar berdua dengan boss nya tu. Nanti tak pasal-pasal jadi bahan gosip pulak satu pejabat ni. Dia dah ada tunang tau!

Camelia, His Obsession(Complete)Where stories live. Discover now