"Assalamualaikum semua. Saya Hakimi, akan menjadi ketua fasi untuk program perkhemahan kita selama 4 hari ini. Di harap semua dapat beri kerjasama yang baik sepanjang program kita berlangsung nanti."
Nayla sedari tadi hanya berdiam diri. Tiada lagi rasa gembira dalam hatinya sekarang selepas terserempak dengan lelaki itu di pantai tadi. Kenapa dia perlu berjumpa lagi dengan lelaki yang telah melukakan hati nya?
"Nayla, kau okay tak ni?" Soal kak Mun yang melihat Nayla hanya berdiam diri.
Dia sendiri pun terkejut bila melihat Hakimi tadi. Dah la jadi ketua fasi pulak tu sepanjang program ni berlangsung. Naik risau pulak kak Mun sekarang ni. Dah la Hakimi tu dari tadi asyik menjeling kat sini je. Hisy!
"Okay je kak Mun."
"Baik lah. Sebelum tu, saya akan tunjuk satu persatu bagaimana cara untuk kita pasang khemah. Semua boleh tengok kat sini dulu. Pastikan khemah yang di pasang kukuh supaya tidak mudah roboh."
Hakimi menunjukkan satu persatu cara memasang khemah kepada semua peserta program perkhemahan petang itu.
"Semua faham ke? Kalau ada yang tak faham boleh tanya."
Semua yang berada di situ serentak menjawab faham.
"Kalau macam tu, boleh ambil khemah masing-masing dan pilih mana-mana tempat yang kamu nak." Hakimi memberi arahan lagi.
"Jom la Nayla. Kita pilih kat bawah pokok tu la. Tak la panas sangat."
"Hah yelah kak Mun. Jom lah."
Gigih kak Mun dan Nayla cuba untuk menyambungkan rangka khemah. Berkali-kali juga la rangka itu terlepas semula selepas di sambung.
"Cuba lagi la kak Mun. Dah setengah jam ni. Tengok khemah orang lain tu semua dah siap terpacak. Khemah kita je lagi belum ni kak Mun. Kang tak pasal-pasal tidur atas pokok malam nanti ha."
"Hisy kau ni. Aku tengah cuba la ni."
"Cepat la kak Mun. Naik lenguh dah tangan saya dok pegang besi ni dari tadi. Apesal tak masuk-masuk lagi kain tu kak Mun."
"Kenapa ni kak Mun?" Soal Hakimi selepas dia melihat khemah Nayla dan kak Mun saja lagi yang belum siap di pasang.
"Tak boleh pasang la ni Kimi. Fed up pulak aku nak buat ni."
"Eh takpe. Biar saya tolong."
"Ha elok la tu. Aku pun tengah tak tahan sangat dah ni nak ke tandas. Aku pergi tandas kejap eh Nayla. Kejap je."
"Eh kak Mun! Saya nak ikut."
"Awak boleh tolong pegang besi ni?"
Langkah Nayla terhenti. Dia tak suka nak berdua-duaan dengan Hakimi sekarang ini.
"Nak pasang khemah kena ada 2 orang sekurang-kurangnya. Sorang akan pegang, sorang lagi akan masukkan kain khemah."
Akhirnya Nayla terpaksa akur juga. Dia berpaling semula dan mengutip rangka besi khemah yang sudah di lepaskan nya ke tanah tadi. Hakimi dengan mudah sudah memasukkan kain khemah ke dalam rangka besi yang sudah siap di sambung.
"Awak tolong pegang bahagian sana. Saya nak pacakkan besi yang bahagian sini dulu."
Nayla angguk sebelum dia berlalu ke bahagian kaki khemah di sebelah sana. Tidak menunggu lama Hakimi sudah siap mencacak khemah itu dengan kukuh di atas tanah.
"Okay dah siap. Dah boleh bawa barang-barang awak masuk."
Hakimi menepuk-nepuk pasir yang melekat di tangannya sambil matanya sedari tadi tidak lepas dari memandang wajah bekas tunang nya itu. Semakin cantik gadis itu sekarang. Dia bernekad akan cuba untuk memiliki semula cinta gadis ini. Kali ini dia tidak akan menyerah begitu saja.

ESTÁS LEYENDO
Camelia, His Obsession(Complete)
RomanceDarel Iskandar Lee x Nayla Camelia Nayla Camelia, prinsip hidupnya, kalau nak cari teman hidup, memang dia pangkah siap-siap chinese guy! Bukan soal racist, tapi dah dia tidak minat dengan lelaki berbangsa cina nak buat macam mana? Tambahan lagi dia...