BAB 44

8K 276 17
                                    

Hari ini merupakan hari terakhir untuk Program Perkhemahan Hari Keluarga The Lee's Hotel. Pagi ini aktiviti terakhir yang akan di adakan adalah perlawanan bola tampar pantai di antara kakitangan lelaki hotel dengan kumpulan fasilitator.  Darel hanya santai mengenakan t shirt sleeveless hitam dengan seluar pendek paras lutut berwarna putih. Rambut pula hanya di biarkan messy. Awal-awal dah lao po larang jangan nak bagi bergaya sangat rambut dia tu. Haish! Kesian la kau rambut. Entah bila dapat nak segak-segak pun tak tau la. Cemburu cik lao po tu boleh tembus sampai ke langit ke 7 agaknya.

"Abang join ke bola tampar pantai tu?"

Soal Nayla yang duduk di birai katil. Kali ini tak dapat la nak sertai apa-apa aktiviti lagi dengan kaki dah berbalut macam tu. Sedari tadi matanya tidak lepas dari memandang ke arah suaminya. Tengok la otot-otot kat lengan suami nya tu...alahai berkali-kali dah jatuh cinta ni. 

"Of course sayang. Last game kan nak jugak abang ambik part.  Rugi la kalau datang sini nak duduk-duduk aje. Lagi pun abang nak lunaskan dendam hari ini....."

Ayat terakhir tu Darel menggumam perlahan je.

Selepas dia di maklumkan bahawa Hakimi juga ikut serta dalam perlawanan tu nanti, jadi dia tidak mahu melepaskan peluang ini. Memang dia nak ajar cukup-cukup jantan tu nanti.

Berkerut dahi Nayla bila mendengar kata-kata suaminya. Dendam? Dendam apa pulak yang suaminya maksudkan ni?

"Sayang nak ikut. Nak tengok abang main volleyball." 

Wajah suaminya di pandang sambil buat mata kelip-kelip.

"Tak nak rehat dalam bilik ke? Kan kaki masih sakit lagi tu."

Darel menghampiri dan duduk bertinggung di hadapan isterinya. Kaki isterinya di belek perlahan.

Nayla geleng kepala.

"Boring la nak duduk dalam bilik ni. Nak ikut jugak. Nanti boleh la sembang-sembang dengan kak Mun. Sambil-sambil tu boleh jugak bagi sokongan dengan abang."

"Kaki masih sakit lagi tak ni?"

"Tak! Dah okay sikit." 

Nayla tayang sengih.

"Yeke ni?" Darel picing mata. Pandang isterinya yang sedang tersengih.

"Ye la abang."

"Okay lah kalau macam tu. Hmm pasal kak Mun tu..."

"Kenapa dengan kak Mun?"

"Nanti abang nak potong gaji dia 2 hari.."

"Apesal pulak?"

Terkejut beruk Nayla bila dengar tuan diktator yang tiba-tiba aje nak potong gaji kak Mun ni. Kesian la kak Mun. Huhu.

"Sebab dia tinggalkan sayang dalam hutan tu berdua dengan jantan tak guna tu."

Wajah tanpa riak di pamerkan. Pewangi Bleu De Chanel di sembur ke seluruh tubuh.

"Kak Mun bukan sengaja pun. Dia tak larat dah nak teruskan hiking masa tu. Abang ni jangan la buat kak Mun macam tu. Kesian la kat dia..."

Masih lagi tak puas hati nampak nya tuan diktator ni dengan kes semalam.

"Nanti abang fikirkan.."

"Abangggggg..."

Haih! Dah kenapa dengan encik suami ni haa....

>>>>>>>>>>>>>>

Dari bilik resort sehingga ke pantai Darel mendukung isterinya dan kemudian di duduk kan di atas sebatang kayu yang terletak elok di bawah pohon kelapa di situ. Cuaca pagi ini memang nampak elok dan cerah. Memang sesuai sangat nak buat aktiviti pantai. Kak Mun sedari tadi sudah berada di situ. Sejak Tuan Darel dah balik ke sini, keseorangan je kak Mun tak berteman. Bercakap sorang-sorang je sejak semalam. Teman dia dah kena kebas dengan Tuan Darel. Sedih la hai..

Camelia, His Obsession(Complete)Where stories live. Discover now