BAB 15

7.3K 326 15
                                    

"Boss!"

Nasrul melambai ke arah Darel dan Damian yang baru tiba di hadapan kopitiam. Malam minggu. Jejaka-jejaka single nak keluar melepak la sekali sekala.

"Dah lama tunggu?"

Soal Darel seraya melabuhkan duduk. Begitu juga Damian.

"Eh tak jugak boss. Saya pun baru sampai ni."

Darel angguk. Kemudian dia memesan segelas coke. Sekadar untuk membasahkan tekak. Dah lama jugak tak keluar lepak macam ni. Hidup dia sekarang ni hanya kerja, kerja sahaja.

"Boss malam-malam minggu ni tak keluar dating ke?"

Soal Nasrul mengusik. Mustahil la orang sesegak setampan Darel ni tak ada teman wanita.

Terluah gelak halus dari bibir Darel.

"Girlfriend pun tak ada, macam mana nak keluar dating."

"Eh yeke boss? Macam tak percaya je. Eh Damian betul ke tokey tak ada amoi ni?" Nasrul tersengih.

Damian sekadar angkat bahu. Dia kurang hendak masuk campur urusan peribadi abang dia.

"Dah berapa lama kakak kau bertunang?"

Aik! Tiba-tiba soalan keluar dari tajuk perbincangan.

"Kenapa boss?" Nasrul garu kepala.

"Saja tanya."

"Errr ada la dalam setahun agak nya kalau tak silap saya."

"Setahun?" Darel kerut dahi.

Kenapa perlu bertunang sampai setahun.

"Bila dia plan nak kawin?"

Nasrul pula makin gelisah mendengar soalan yang semakin lain macam saja bunyi nya.

"Entah la boss. Saya pun tak tau. Cuma setakat ni tak ada pulak la saya dengar kakak saya tu kecoh-kecoh bercakap soal kawin."

Darel angguk.

"Tunang dia betul-betul serius ke?"

"Kalau dah bertunang tu serius la agak nya boss."

"Sampai bila kakak kau nak tunggu lelaki tu ajak dia kawin?"

Nasrul angkat bahu. Dia sendiri pun tak tahu nak jawab apa. Hal kakak dia memang dia tak masuk campur. Cuma memang menjadi persoalan nya juga apa yang telah di persoalkan oleh boss nya tadi.

>>>>>>>>>>>>>>>>

"Masa ni jugak la pencuci muka ni nak habis. Adoi laaa.. "

Nayla kerling jam di dinding. Dah pukul 8 malam. Nak suruh Nasrul tolong belikan, bukan adik nya tu tahu pun barang keperluan orang perempuan ni. Dia pun tak tahu ke mana pergi Nasrul tu tadi. Asal malam minggu je lesap. Susah nak nampak batang hidung kat rumah.

Sempat lagi kalau dia keluar sekarang nak pergi supermarket kejap. Alang-alang tu nak beli kudap-kudapan la sikit. Esok hari sabtu. Tak kerja. Jadi nak spend time tengok filem bollywood lah. Lantas dia bersiap ala kadar saja. Keluar kejap je. Bukannya lama pun.

Kunci kereta terus di capai. Ruang tamu tingkat bawah masih lagi terang benderang.

"Mama, Nayla nak keluar kejap. Pencuci muka dah habis la."

Puan Faridah yang ralit menonton televisyen, menoleh.

"Ha pergi lah. Hati-hati bawak kereta tu. Dah malam ni. Jangan balik lewat sangat."

"Okay mama. Tau."

Enjin cik Blacky segera di hidupkan dan dia pantas keluar dari situ.

>>>>>>>>>>>>>>>

Camelia, His Obsession(Complete)Where stories live. Discover now