BAB 27

11.5K 453 13
                                    

"You can't do this to me!"

Meluap-luap pulak rasa nak marah dengan Tuan Erick ni. Apahal pandai-pandai nak bawa lao po dia pergi Penang tak bincang dengan dia dulu. Cari pasal betul la.

"Ini soal kerja. Don't be childish!" 

Nyaring suara Tuan Erick bergema di bilik pejabat di rumah nya malam itu.

Tak menyempat-nyempat si Darel ni terus pecut pergi serang Tuan Erick kat rumah. Sudah la esok pagi pulak tu nak pergi Penang! Terkejut beruk dia tadi bila dengar lao po dia bagitau nak pergi Penang. 

No way

"I tak benarkan!" Darel membantah.

"Do I need your permission?" Soal Tuan Erick bengang.

"Yes of course. She's my wife."

Tuan Erick sandar tubuh pada kerusi. Tergendala kerja nya dengan serangan dari si anak yang tiba-tiba datang menerjah malam ini. Tangan naik memicit dahi. Pening kepala dia dengan perangai kedekut Darel sekarang ini. Kedekut bini! Dengan ayah sendiri pun nak berkira bagi pinjam sekejap bini dia tu untuk tolong uruskan kerja kat Penang tu. 

"I nak ikut."

Besar kecil besar kecil je Tuan Erick pandang Darel sekarang ni. 

"Ni you bing ma?" ("Are you crazy?")

"Kalau I tak pergi, so my wife will not allowed to go with you." Darel berkeras.

"Fine!"

Mengalah juga Tuan Erick dengan kedegilan Darel ni.

Darel tayang senyum kemenangan.

"Xie Xie." ("Thank you.")

>>>>>>>

Nayla yang baru muncul dari dapur, sedikit terkejut melihat suaminya yang nampak termengah-mengah masuk ke dalam kondo mereka. Macam kena kejar dengan hantu cina. Hehe.

"Awak ni dari mana? Saya balik lepas ambik Blacky tadi tengok awak tak de kat rumah."

"Tak ke mana-mana."

Nayla pandang tuan diktator dengan pandangan pelik.

"Nanti tolong pack pakaian abang."

Nayla garu kepala. Dia nak suruh pack pakaian, dia nak pergi mana? Malas hendak banyak tanya. Dia turutkan saja arahan tuan diktator tu.

Nayla melangkah masuk ke kamar tidur Darel. Dia masih lagi tidak bersedia untuk tidur sekatil di kamar lelaki itu. Elok juga la Tuan Darel tu tak memaksa dia lagi sekarang. Cuma kadang-kadang tu sakit hati jugak la bila bangun pagi-pagi tengok tubuh Tuan Darel tu sudah sedap tertungkup kat atas tilam di sebelah dia. Entah bila masa encik suami tu merayap masuk bilik dia pun tak tau. Padahal pintu dah kunci ketat-ketat. Nasib baik tuan diktator tu tak buat benda yang bukan-bukan setakat ini. 

Mendengar bunyi kuakan pintu bilik mandi, Nayla tidak angkat muka. Nanti tak pasal-pasal tengok wayang free macam pagi tadi. Memang tau sangat dah tuan diktator tu pakai tuala je sekarang ni.

"Nak pack baju awak untuk berapa hari ni?"

"3 hari 2 malam."

Aik! 

"Awak outstation jugak ke?" Soal Nayla lurus.

"Tak." 

Jawapan ringkas namun mengundang pelbagai persoalan dalam kepala Nayla sekarang ini.

Camelia, His Obsession(Complete)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang