chapter 29

33 5 8
                                    

Deringan telefon menyebabkan lena Raisya terganggu. Dua tiga kali juga berbunyi. Kali ini memang tak boleh dibiarkan lagi. Comfoter diselak seraya tangannya mencari dimana terletaknya telefon bimbit yang berbunyi sambil mata terpejam. Bila dapat capai objek segi empat itu panggilan terus disambungkan.

+ hello...

- bangun keluar.

Dahi Raisya berlipat apabila dengar arahan tersebut. Telefon dijauhkan dan dia lihat nama yang tertera di situ.

Eman.

Kepala diletak semula atas bantal. Mata pun pejam balik.

+ Nak apa?

- Turun sini.

+ Malas.

- Kau malas turun aku naik atas.

Laju tubuh Raisya turun dari katil. Sampai tak perasan dia terpijak comfoter sehingga mengakibatkan dirinya terpeleot sendiri.

"Aduh..."

- Raisya kenapa?

+ Salah kau. Aku tuntut ayam Recheese dekat kau nanti.

- Ye boleh. Sekarang tur—

Raisya matikan panggilan. Deringan telefon didengari buat kali kedua. Tapi Raisya biarkan saja sampai berhenti. Tudung sarung dipakai. Sweater dia sarung dekat badan memandangkan dia hanya memakai baju tidur tiada lengan hari ini. Pandang bawah nampak seluar tidur belang belang dia.

"Patut ke aku tukar? Tak yah lah," gumam Raisya sendiri. Sebelum dia keluar sempat dia capai kain hitam yang menjadi penyelamat setiap kali dia berseluar tidur. Kain disarung dan kemudian dia melangkah turun ke bawah.

Pintu dikuak dari dalam. Terpampang lah muka Aiman yang kelihatan sedang menjinjit plastik farmasi dan mangkuk tingkat. Raisya dengan muka baru bangun tidurnya menyapa.

"Nak apa?"

"Ubat dengan makanan," dua benda itu disua kepada Raisya.

Mangkuk tingkat diambil. Plastik farmasi dia biarkan dekat tangan Aiman. Baru nak tutup pintu tangan Aiman menahan.

"Kenapa?" soal Raisya bingung. Sengaja. Mesti Aiman nak bagi ubat tu.

"Ubat kau ni,"

Laju kepala Raisya menggeleng. "Kat rumah dah ada. Membazir je kau bagi,"

"By the way. Ni cef Haydar masak ke?" soal Raisya lagi. Kalau betul cef Haydar masak memang menang besar lah dia. Walaupun hakikatnya cef tu dah berpunya. Sad Raisya.

Wajah Aiman bertukar riak jengkel. "Aku masak," katanya.

Raisya buat muka terkejut. Dipandang mangkuk tingkat yang ada dekat tangannya sekarang. "Sedap ke?" soal Raisya sebelum dia menekup mulut sendiri. Tak sangka pula terkeluar soalan tu dari mulutnya. Nampak muka geram Aiman buatkan Raisya nak tutup pintu cepat cepat.

Buat kali kedua Aiman tahan pintu. Tangan dah gerak dulu sebelum sempat dia nak berfikir. Lama juga dia diam di situ sampai Raisya sendiri dah menghela nafas kuat.

"Engkau kalau nak jadi pak guard rumah aku cakap awal awal. Boleh lah dari awal aku hire kau," Raisya mula naik angin. Sudah lah tengah sakit. Orang depan dia ni pula cari pasal. Ada juga kena baling dengan mangkuk tingkat ni nanti.

Tangan diangkat dari pintu. Mangkuk tingkat diambil semula seraya dia duduk di depan pintu.

"Kau buat apa ni?"

"Buat kau makan,"

"Hah?" riak pelik mula terlakar di wajah Raisya.

Kepala menunduk pandang Aiman yang mula susun lauk pauk dan nasi di situ. Raisya cangkung memeluk kaki sendiri sambil memerhati perilaku Aiman itu.

"Makan depan aku pastu makan ubat baru naik bilik," terang Aiman tanpa diminta.

Makin panjang hah Raisya dengar arahan Aiman. Nak melawan lelaki ni pun rasa tak bermaya. Terkebil-kebil dia pandang lauk yang tersusun di situ. Sup ayam, telur dadar dan nasi putih.

Nampak sedap.

"Kau tak racun aku kan?" ragu-ragu pula Raisya nak makan.

Aiman ketap bibir. Banyak songeh betul perempuan ni. "Engkau makan lah dulu. Banyak pula mulut. Sakit buat cara sakit," ini kalau dia kata Haydar yang masak mesti laju je Raisya kaut makan.

Raisya masih diam di situ.

"Sebelum aku sumbat segumpal nasi ni dalam mulut ka—"

"Ish sabar boleh. Pinggan takde apa takde. Kau ingat aku ni kucing ke apa boleh bagi macam ni je," cepat saja Raisya memotong percakapan Aiman. Dia bangkit mahu pergi ke dapur. Ditinggalkan Aiman dekat depan pintu tu.

Dua pinggan diangkat dan juga cawan. Sempat dia tuang air sejuk dalam cawan terlebih dahulu. Dengan berhati-hati dia bawakan pinggan dan cawan itu kepada Aiman.

"Kau makan sekali. Aku takde selera nak makan. Takut tak habis," satu pinggan dihulurkan buat Aiman.

Hening suasana di antara mereka. Dengan pintu utama yang terbuka luas. Aiman dekat luar manakala Raisya di dalam. Masing-masing menikmati makanan tengah hari mereka tanpa sebarang bunyi. Habis makan Raisya tindihkan pinggannya dan Aiman. Air diminum. Dengan hanya guna tangan sebelah kiri dia susun semula manguk tingkat lalu ditolak beri kepada Aiman.

"Terima kasih daun keladi. Lepas ni jangan datang lagi," Raisya bangun hendak menutup pintu.

"Ubat," sepatah Aiman berkata.

Raisya berdecit halus. Ingatkan Aiman dah lupa tentang kewujudan ubat. Dengan muka terpaksanya Raisya ambil satu dan telan dibantu dengan air kosong. Habis telan terus wajahnya langsung bertukar kelat. Nak termuntah rasanya.

"Dah makan. Sana sana," segera dihalau Aiman supaya hilang dari pandangannya.

"Lagi satu,"

"Eeeeee!"

Tolong sesiapa heret Aiman supaya keluar dari sini. Makin berdenyut kepala dia melayan lelaki tak faham bahasa ni.

CRUSH  Where stories live. Discover now