chapter 32

38 7 10
                                    

Deringan telefon membingitkan suasana hening di KLIA pagi ini. Dengan malasnya dia mencari telefon pintarnya untuk menjawab panggilan. Tiga kali dah berbunyi. Cari punya cari sampai mati sudah bunyi ringtone. Rasa macam dah takde keperluan nak mengangkat dia hentikan cariannya.

"Aiman, siapa ambik kau?" Khalish menegur.

Soalan Khalish dibalas dengan segaris senyuman. Nak suruh Idlan ambik macam tak kena sebab siang hari lagi. Selalu dia minta tolong bila dia mendarat waktu malam. Jadi mestilah dia kena naik bas hari ini.

"Naik bas ah. Macam biasa,"

"Jom aku hantar," pelawa Khalish.

Senyuman lebar Khalish buat hati Aiman tak tenteram. Ragu ragu dia nak terima pelawaan Khalish. Mata dikecilkan pandang kawannya dengan riak yang curiga. Lelaki ni dah lah playboy. Mentang mentang pilot. Tukar makwe macam tukar baju. Gadis bernama Aleesha tu taktahu lah Khalish campak mana.

"Taknak aku. Nanti kau bawa aku tempat bukan bukan," laju dia menolak. Kepala dah geleng bersungguh-sungguh.

Khalish cebik. Kepala Aiman dipukul pakai topi pilotnya. Geram betul. Orang nak tolong pun ditolak mentah mentah. "Aku dah insaf lah lahanet. Aleesha nak campak mana. Dari zaman sekolah aku tunggu dia tau," penat penat je dia usaha buat Aleesha jeles selama ni kalau dia cuma mahu main main.

Aiman garu kepalanya yang tidak gatal. Mana lah dia nak tahu. Muka Khalish ni ada vibe tak baik sikit. Itu yang dia takut juga. Tak habis fikir lagi telinga dia dah kena tarik supaya mengikut langkah Khalish.

"Eh ehhh..."

"Lama sangat kau pikir. Aku nak gi Ipoh jumpa Aleesha. Dia outstation kat situ hari ini,"

Dengar alasan Khalish baru Aiman angguk mengerti. Patut beria ajak dia balik sama.

Sekali lagi telefon Aiman berbunyi. Kini tangannya cekap ambil di dalam beg galasnya. Nama Dina tertera di situ. Mulanya dia ingat taknak angkat tapi bila dapat tahu Dina yang membuat panggilan tiga kali berturut-turut tadi terus panggilan disambungkan.

+Kena—

-Raisya tak balik rumah dari malam tadi.

+Hah?

Kaki berhenti mengejut. Tak senang dengan berita yang disampaikan oleh Dina dari hujung talian.

-Semalam aku keluar dengan Ekal lepas tutup kedai. Raisya balik sendiri. Aku ingatkan dia terus balik rumah. Tapi time aku balik je tak nampak pun kereta Raisya dekat rumah.

+Dah call dia belum?

-Tak angkat.

+Pergilah cari. Aku kat KL lagi ni.

-Aku mana ada transport. Nak minta Ekal tapi dia kerja hari ini. Kalau naik grab aku taktau nak pin location kat mana. Nab harini keluar dengan pakwe dia aku taknak ganggu.

+Adik dia dah tanya?

-Aku tanya dari malam tadi tapi tak reply reply. Aiman tolong...

+Aku on the way balik.

Panggilan terus dimatikan. Matanya berlaga dengan mata Khalish.

"Kapal terbang paling awal ke Ipoh pukul berapa?" soalnya terus setelah matikan panggilan.

Khalish google mencari. "Pukul 12,"

Tak boleh. Fikir Aiman fikir.

"Kenapa?" soal Khalish. Risau lihat riak bengang Aiman terpapar di wajah lelaki itu.

Bagasi ditarik mengikut langkahnya yang semakin laju. Khalish ikut sama walaupun tidak tahu apa yang terjadi.

"Kereta kau mana?"

Khalish berhenti. Ibu jarinya tunding dekat area yang bertentangan dengan mereka tuju. Aiman malu sendiri. "Jom cepat," wajahnya yang bimbang cuba disembunyikan.

Dan ya. Aiman selamat tiba dekat depan rumah Raisya dengan pakaian seragamnya yang berwarna putih.

Kepala Raisya senget memandang Aiman bingung. Lelaki ni dah kenapa? Mental ke? Datang rumah orang dengan pakai baju uniform pilot dia tu. Nak tarik perhatian orang ke apa.

"Aiman?" muncul puan Hanis dari belakang.

Aiman pusing pandang dua kelibat orang tua Raisya yang menjinjing plastik barangan dapur. Lekas lekas dia mendapatkan beg plastik dari mak Raisya.

"Assalamualaikum makcik," salam diberi. Senyum canggung dia bila bersua dengan mak ayah Raisya buat kali kedua. Ini bukan dalam rancangannya. Ingatkan nak jumpa Raisya berdua je. Tapi dah kata pun rumah orang tua Raisya mestilah kemungkinan untuk berjumpa tu tinggi.

"Waalaikumussalam. Jemputlah masuk. Raisya buat air!" nama Raisya langsung dipetik.

Tanpa membantah Raisya menghilangkan diri pergi ke dapur.

"Apa hajat kemari? Dengan berbaju pilot ni lagi," soal puan Hanis. Pelik juga bila nampak Aiman berdiri depan rumah. Dengan luggage nya. "Eh dah bawa masuk luggage kamu belum?"

Aiman geleng.

"Pergi ambil cepat. Nanti orang bawa lari pula," arah puan Hanis segera.

Wajah Raisya pula dipandang. "Tau tak?"

Laju je Raisya angkat bahu. Mestilah dia taktau. Tadi malam telefon mati. Pagi baru dia cas lepastu dia mesej dekat Dina. Itu jelah. Taktahu pula Aiman datang sini dengan baju uniform tu.

Ergh.

"Dah bawa masuk?"

Aiman mengangguk kepala. "Dah..."

Air oren dituangkan ke dalam tiga cawan. Satu buat maknya. Lagi satu buat ayahnya dan lagi satu tu mestilah untuk Aiman. Kang kaki dia kena tendang pula dari bawah. Selesai tuang air dekat setiap cawan terus Raisya mahu mengundurkan diri.

"Eh ehh. Nak ke mana? Aiman kawan Raisya. Kami pula yang kena melayan. Dah pergi sembang kat depan sana," halau puan Hanis.

Kepala Raisya laju teleng pandang maknya. "Kenapa pula?"

"Kami ke depan dulu ye cik," lengan hoodie Raisya dicuit. Dia tarik perlahan memaksa Raisya untuk membuntutinya pergi ke ruang tamu. Mereka duduk di sofa yang berbeza. Raisya duduk di sofa single manakala Aiman duduk di sofa yang memuatkan dua orang. "Kenapa tak bagitau Dina kau balik sini?"

"Baru je mesej tadi,"

"Tadi?"

"Haah. Phone baru cas,"

Aiman terdiam. Taktahu nak kata apa lagi. Cukup nampak Raisya sihat walafiat dekat rumah ni pun dah buat dia rasa lega.

"Sihat dah?"

"Nampak muka kau tiba-tiba rasa sakit balik," balas Raisya.

Aiman pejam mata menahan rasa.

"Jom kahwin,"

Cuba teka siapa ajak?

Bukan Aiman tapi Raisya.

CRUSH  Where stories live. Discover now