LEBIH kurang tiga minggu sudah berlalu semenjak perginya para sahabat, Zaquan dan juga Aishlyn.
Hari ini, mereka berempat kembali berkumpul bagi melangsaikan segala hutang yang ada. Mereka berkumpul ditempat yang terbuka iaitu di pantai.
Arya duduk disebelah Hariz manakala Naufal disebelahnya. Firdaus pula disebelah Naufal. Mereka semua merapatkan lutut ke dada. Masing-masing merenung lautan yang terbentang luas itu.
Didalam grup, mereka berjanji untuk berkumpul dan membincangkan tentang hutang. Namun, masing-masing senyap dan mengelamun. Seperti ada sesuatu yang sedang bermain-main difikiran mereka.
"Bila difikirkan balik... Kita boleh selamatkan diorang, kan?" ujar Arya membuka bicara.
"Betul. Ya Allah aku patutnya degil waktu tu... Aku patutnya ikut je diorang tu!" ujar Hariz pula.
"Enough guys... Dah ketentuan takdir," keluh Firdaus pula.
"Fir... Aku dah cakap, kalau diorang mati, aku akan benci diri sendiri. Wey Ya Allah aku boleh selamatkan diorang. Kalau aku ikut tu Ya Allah, mungkin diorang masih ada dengan kita?" ujar Hariz lagi.
Bengang dengan diri sendiri!
"Kenapa aku tak ikut waktu tu? Aku boleh selamatkan diorang kalau aku ikut, tapi tak... Aku tak ikut! Kau faham tak perasaan aku, Naufal? Kita biarkan diorang mati sedangkan kita boleh selamatkan diorang," Hariz menutup wajahnya.
Kelopak matanya terasa hangat. Cecair mulai berkumpul. Naufal menarik Hariz kedalam pelukannya sambil menepuk belakang lelaki itu. Ketika itulah, kedengaran tangisan halus daripada seorang lelaki bernama Hariz, yang selalunya tidak akan menitikkan air mata walaupun setitis.
"It's their choice... Diorang taknak kita ikut, benda dah jadi, Hariz. Ajal diorang dah tertulis, all we can do now is berdoa untuk diorang, Ayana dan Felisha," tegur Firdaus.
"Jangan salahkan diri kau. Kau tak salah, kita semua tak salah... " tambah Firdaus lagi. Nada lelaki itu sangatlah tidak berperasaan, tetapi jauh di dalam sudut hatinya... Terselit satu perasaan yang amat dia sesali.
Dia bersetuju dengan kenyataan Hariz. Benar, sekiranya mereka ikut... Pasti perkara ini tidak akan terjadi! Namun, dia menasihati Hariz dengan kenyataan yang bertentangan dengan apa yang difikirkan di otaknya. Hal ini bagi mengelakkan Hariz terus menyalahkan dirinya sendiri.
"Tapi kan, tak sangka begini ending cerita diorang. Aku ni daripada first episode tau ada dengan diorang," ujar Naufal pula.
Daripada zaman sekolah sehingga ke akhir hayat Aishlyn dan Zaquan... Mereka semua ada menyaksikan kisah percintaan mereka berdua.
"Happy ending untuk mereka, sad ending buat kita. Haihh, letihlah nak tanggung rindu yang tak berpenghujung ni... Ramai dah yang aku rindu, entah bila masa aku nak tiba," rungut Firdaus lagi.
"Wey hang nak mati awai ni banyak pahala dah ka?" marah Hariz selepas selesai mengelap air matanya.
"Hariz, aku kan gila. Tapi aku solat jelah macam biasa, baca Al-Quran macam biasa... Otak aku ni kadang-kadang je tak center, biarlah Allah yang tentukan pengakhiran hidup aku ni," balas Firdaus malas.
Umurnya sudah menginjak ke angka tiga puluhan, begitu juga dengan Naufal dan Hariz. Mereka masing-masing sudah kian menua, Arya juga sudah berumur 28 tahun.
Bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik nyawa mereka. Sedang mereka termenung melayan perasaan, Arya bangun dan berlari ke arah laut.
"Oi hang nak mandi laut ka? Jangan dok buat loqlaq! Hang pakai dress tu," tegur Naufal. Susah betul lah jaga budak buas macam ni!
Arya yang berada di dalam air paras lutut itu memanggil 'abang-abang' nya kemari. Firdaus, Naufal dan Hariz berpandangan diantara satu sama lain sebelum mengeluh. Namun mereka bangun juga dan perlahan-lahan menuju kearah laut.
"Apahal? Ombak kuat ni," rungut Hariz yang sudah melipat kaki seluarnya.
"Jom jerit, nak?" ajak Arya sambil menjongketkan kedua belah keningnya.
"Taknaklah aku-"
"Aku mula! CHINGU-YAAAA!! NEOMU BOGOSHIPEOYOO!!!" jerit Arya kuat dalam bahasa Korea. Dia mengeluarkan seluruh tenaga yang berada di dalam tubuhnya.
Kemudian dia tersenyum, dia memandang sahabat-sahabat lelakinya. Mata Arya mengisyaratkan agar mereka meneruskan aktivitinya sebentar tadi.
Naufal ketawa.
"Eee kau ni buat malu orang- FELISHAAAA!! AKU MINTAA MAAF!!" jerit Naufal kuat. Arya ketawa terbahak-bahak manakala Hariz dan Firdaus memandang lelaki itu jengkel.
Ceh tadi beria kata jerit-jerit ni menjatuhkan air muka!
"AKU SAYANG KORANG SEMUAAAA!! TERIMAKASIHH UNTUK 13 TAHUN PERSAHABATAN NI!!" jerit Hariz kuat. Mereka semua mengangguk tanda bersetuju dengan ayat Hariz.
"Tepi, tengok abang macho ni buat! SAYANGGG!!! ABANG RINDUUU! MASUKLAH MIMPI ABANG!" Giliran Firdaus meluahkan isi hatinya.
"Eee geli doh."
"Dia masuk mimpi lepastu cekik kau baru kau tahu."
"Cringe gila jantan ni."
BUK !
DUSH !
SPLASH !
"Mamposlah korang bertiga dalam ni," ujar Firdaus setelah menolak Hariz, Arya dan Naufal jatuh ke dalam air. Masing-masing menayangkan muka cemberut apabila baju mereka basah lencun.
"Atleast aku boleh berenang," ujar Naufal sinis sambil berenang gaya dugong bagi menyakitkan lagi hati Firdaus.
"Lantak kau lah, aku saja nak bagitahu. Tadi aku nampak sirip ikan jaws dekat tepi tu, tak jauh dari tempat korang berenang. Semoga hidup," ujar Firdaus yang semakin menjauh.
Terdiam Arya, Naufal dan Hariz dibuatnya.
"NAURRR FIRDAUS!!!"
"ARGHHH KAKI AKU KENA GIGITT!!"
"TU RUMPAI LAUT LA BANGANG!"
×T A M A T×
YOU ARE READING
3|| EC: Lynquan's First Love ©️ [UNEDITED]
Random"You play the game, and I'll determine if you score." {Under 'ECEY' series × third story} ⚠️Disturbing story, taksuka jangan baca. There's a lot of abusing scene and a toxic relationship. I do not tolerate bad reviews. Thankyou! Pasangan kekasih y...