6

45 6 0
                                    

" jihu, kenapa tak tidur lagi? " tanya Encik So kepada jihu yang sedang menonton television di ruang tamu

Encik So baru sahaja pulang dari kerja

jihu melihat jam dinding nya. ia menunjukkan pada jam 12 tengah malam

" jihu tak mengantuk lagi la papa. susah nak tidur "

" haish, esok kamu kan sekolah. ha mana junghwan? "

" abang? dia pergi lepak dengan kawan dia. kenapa pa? "

" jihu tanya kenapa? sekarang dah pukul 12, dah lewat. kenapa dia tak balik lagi? "

jihu mengangkat bahu nya tanda tidak tahu alasan kenapa junghwan balik lambat

biasa nya pukul 11 dia dah balik rumah

" takpelah. jihu pergi tidur lah. dah lewat ni. esok papa hantar jihu pergi sekolah "

" papa nak hantar? "

" ye jihu. papa nak hantar kamu esok. ha pergi lah tidur okay "

" okay papa! jihu pergi masuk bilik dulu tau " kata jihu lalu memeluk Encik So sebelum pergi naik ke bilik nya

Encik So membalas pelukan jihu. dia sangat sayang kan anak angkat nya ini dan menganggap jihu darah daging nya sendiri

masalah sekarang ni kenapa junghwan tak balik lagi?

Junghwan POV

" korang, aku balik dulu " kata junghwan

" ha balik lah. kitorang lepak lagi ni " balas hyunsuk

" esok sekolah weh. korang sure tak nak balik lagi? dah pukul 12.30 tengah malam dah ni "

" kitorang 100% sure. kau balik lah dulu. aku faham kau jenis banyak tidur "

" okay, jumpa besok "

junghwan pun berangkat pulang kerumah nya

apabila junghwan tiba di depan rumah nya, dia nampak sosok ayah nya yang menunggu ketibaan junghwan

" baru balik? sekarang dah pukul 1 pagi, so junghwan "

" junghwan lepak dengan member je. bukan apa pun "

" so junghwan! jangan sampai papa sita motor kamu sampai hujung tahun "

" ck, main ugut "

Encik So mengeluh

" berubah lah junghwan. kamu tu dah besar, 18 tahun dan tahun depan kamu dah 19 tahun. cuba sedar sikit, lepak malam - malam, keluar malam dan balik lewat ke rumah tu tak elok. cuba jadi macam jihu adik angkat kamu tu "

junghwan menggengam tangan nya apa bila nama jihu disebut

itulah salah satu sebab junghwan benci kepada jihu, ayah nya suka buat perbandingan antara mereka berdua ini

" jihu pun keluar malam juga, papa tak marah pun "

" dia tak kerap keluar. kalau dia keluar malam pun balik awal. kamu ni, kerap keluar lepak lepas tu balik lambat. menghabiskan duit papa untuk benda tak patut je kamu ni "

junghwan melepaskan keluhan dengan kuat lalu masuk ke dalam rumah dan pergi ke bilik nya. dia tidak mahu dengar ayah nya membuat perbandingan lagi. dia benci.

junghwan mengunci pintu bilik nya dan menghempaskan badan ke atas katil. tanpa junghwan sedari, dia mengalirkan air mata

" kenapa selalu jihu? aku anak kandung dia bukan jihu tapi kenapa jihu yang selalu disebut? " kata junghwan sambil menangis. " aku nak kasih sayang ayah juga. kenapa jihu sorang je dapat? "

junghwan menghela nafas

" jihu, aku rasa aku takkan berbaik dengan kau sampai bila - bila "

______________________________

Setia || W. Haruto Where stories live. Discover now