12

52 7 1
                                    

2 tahun sudah berlalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

2 tahun sudah berlalu

tak sangka pemergian jihu sudah genap 2 tahun

kehidupan orang yang mengenali jihu selama 2 tahun tidak begitu baik

dalam 2 tahun itu, Encik So hampir membunuh diri akibat menyalahkan diri sendiri atas pemergian jihu. dia fikir kalau dia balik awal sebelum jihu di bunuh, pasti jihu sudah berada disini sekarang

haruto turut menyalahkan diri sendiri, dia fikir kalau lah malam jihu dibunuh tu dia datang teman jihu dekat rumah, pasti mereka sekarang bahagia bersama kan?

chaeryoung pula kemurungan selama sebulan, tidak hadir ke sekolah. hanya mengurung diri nya di dalam bilik kerana meja nya bersebelahan dengan meja jihu

chaeri? chaeri turut berduka cita atas pemergian jihu. dia tak sangka yang jihu akan pergi sepantas itu

tak lupa juga dengan junghwan. dia di penjarakan selama 2 tahun atas kesalahan membunuh. junghwan juga hampir bunuh diri. dia melukakan tangan nya yang menikam jihu. dia rasa macam nak buang tangan dia. dia menyesal

bagaimana pula dengan heeji? pada awal nya dia tidak terkesan langsung tentang berita jihu telah pergi tetapi apabila dia dapat tahu tentang hubungan jihu dan junghwan dia menyesal kerana menyebar fitnah tentang jihu kepada junghwan. dia juga telah buat pengakuan tentang itu

mereka semua menyesal, sedih dan menyalahkan diri sendiri

warga sekolah juga turut berduka cita. ada beberapa orang pelajar mahupun guru meletakkan bunga diatas meja jihu menghormati pemergian jihu

____________________

Encik So memanggil haruto, chaeryoung, heeji dan chaeri ke rumah nya

mereka sekarang berkumpul di ruang tamu bersama junghwan yang baru sahaja bebas dari penjara. haruto memandang junghwan dengan penuh perasaan benci

Encik So pun turun ke ruang tamu bersama beberapa pucuk surat di tangan nya

" ambil lah. ini surat yang jihu tulis. Uncle tengok dari cctv dia tulis beberapa jam sebelum dia turun ke ruang tamu hari tu "

mereka mengambil surat yang ditulis dengan nama mereka

" terpulang dekat kamu semua nak baca sekarang ataupun dekat rumah. kalau rasa nak baca dalam bilik jihu pun dipersilakan. Uncle tak larang "

mereka semua mengangguk

chaeryoung orang pertama bangun dan naik ke bilik jihu dan membawa surat yang ditulis jihu itu

chaeryoung memulas tombol pintu bilik jihu. kemas dan tersusun bilik dia

dia melabuhkan punggung diatas katil jihu dan membuka surat itu

" dear, chaeryoung.

chaerr, kalau kau baca surat ni bermakna aku dah pergi untuk selama - lamanya. aku tak tahu lah kenapa aku tulis surat ni tapi aku ada bad instinct lah malam ni. so, aku tulis surat ni untuk kau. by the way, aku nak cakap terima kasih sebab terima aku untuk jadi kawan kau. aku tak lupa hari pertama aku dekat sekolah ni kau tiba - tiba je muncul, taktahu dari mana tiba - tiba ada dekat depan mata dah. aku tak tahu nak cakap terima kasih macam mana dekat kau tapi aku berterima kasih sangat - sangat.

kau jangan sedih - sedih tau lepas aku pergi ni. aku tak suka tengok kau sedih macam ni. kau kena sentiasa bergembira sebab kau masih ada dekat dunia ni. habiskan masa kau dengan benda - benda yang berfaedah tau! kejar cita - cita kau untuk jadi model. aku tahu kau boleh jadi model yang berjaya dan kaya raya suatu hari nanti. kau cuma kena tunggu je bila benda tu terjadi. aku selalu ada dengan kau di dalam hati dan juga dari atas ni. aku sentiasa sokong kau dari jauh. jaga diri okay? thank you and I love you Lee Chaeryoung my best friend!!

-sincerely, choi jihu "

chaeryoung menangis teresak - esak setelah selesai membaca surat itu. dia masih tak boleh terima kenyataan yang jihu tinggalkan dia

" jihu, aku rindu kau. aku minta maaf sebab tak dapat teman kau malam tu..... "

chaeryoung cuba mereda kan tangisan nya tetapi makin banyak air mata yang jatuh. merah mata dia

" rehat lah jihu, dunia ni terlalu jahat untuk kau "

chaeryoung mengelap air mata nya. mata nya tertumpu kepada telefon pintar jihu yang ada di atas katil. chaeryoung bertindak mengambil telefon itu dan membuka nya tapi sayang, telefon itu telah kehabisan bateri

" mana charger eh "

chaeryoung puas mencari charger untuk telefon jihu. dia terus teringat yang dia membawa charger milik nya dan power bank bersama nya. kebetulan juga telefon jihu dan chaeryoung sama jenis nya

" okay, charge! "

telefon pintar itupun terbuka apabila charger milik chaeryoung itu di cucuk ke tempat nya. chaeryoung melihat wallpaper telefon jihu

gambar mereka berdua.

senyuman terukir di bibir chaeryoung apabila melihat wallpaper itu

" aku rindu kau jihu. susah betul aku nak terima pemergian kau "

chaeryoung mencabut charger nya dan meletakkan semula telefon bimbit milik jihu diatas katil sebelum dia keluar dari bilik jihu

cukuplah. kalau duduk lama - lama nanti makin rindu dan buat dia tak redha kan pemergian jihu

dia juga ingin memberi ruang kepada yang lain untuk masuk ke dalam bilik jihu

" rest in peace, Choi Jihu "

________________________


Setia || W. Haruto Where stories live. Discover now