9

43 6 0
                                    

jihu membuka kelopak mata nya dengan perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

jihu membuka kelopak mata nya dengan perlahan. gadis ini berada di dalam sebuah bilik

" aku kat mana ni...... "

memang itu bilik tapi bukan bilik dia. dia pun tak tahu dia dekat bilik siapa

" dah bangun? " kata seorang jejaka tampan itu

siapa dia?

" h-haruto? kenapa awak dekat sini? kejap, saya dekat mana? " tanya jihu

" tanya satu - satu la. anyway, kau ada dalam bilik aku " jawab haruto

dekat dalam bilik haruto? macam mana pulak aku boleh ada dalam bilik haruto ni. kenapa aku dengan haruto? apa yang terjadi semalam?

" lain kali hati - hati "

jihu memandang haruto dan memberikan wajah keliru

apa maksud dia?

" memang tak ingat apa yang jadi semalam ke? " tanya haruto ketika melihat riak wajah nya begitu. jihu langsung menggeleng

haruto tertawa kecil

" haish, comel je. oh ya, semalam kau hampir kena pukul dengan geng chaeri, nasib baik aku sempat datang "

jihu masih blur. tak ingat langsung apa yang jadi semalam sampai ke pagi dia duduk bilik haruto ni

" and why saya dekat sini, why tak hantar saya balik rumah saya? "

haruto mengeluh

" kau nak ke abang angkat kau kena marah dengan papa kau sebab tak jaga kau baik - baik? "

jihu menggeleng " mestilah tak nak. tapi, saya tak balik rumah ni? habis lah papa marah abang saya jugak "

" I already told your dad about it, don't worry sweetie pie "

" sweetie what? "

haruto menggeleng " takde apa lah. pergi mandi dulu, aku buat kan sarapan. baju untuk kau ada dekat dalam almari aku, dalam paper bag " pesan haruto. jihu hanya menurut arahan daripada haruto

haruto pun turun ke bawah meninggalkan jihu yang masih blur dengan apa yang jadi

" jihu bengap! kenapa lah kau pergi cari pasal dengan geng chaeri tu, tengok apa jadi. kau terperangkap dekat rumah besar ni dengan mamat haruto tu. dah lah dia flirt tadi " kata jihu kepada diri sendiri

" biasa je dia dengan aku. datang mana nya chaer kata haruto tak suka perempuan " tambah nya lagi

jihu menggelengkan kepala. dia teringat yang haruto suruh dia mandi tadi, boleh pulak dia pergi mengelamun

" sweetie pie? nickname baru ke ni? "

-----------------------------------

" sorang je pa? jihu mana? " tanya junghwan

" hm? oh, jihu tidur rumah kawan dia. ada sleepover kata nya " junghwan hanya mengangguk

Encik So mengeluh

" hwan, papa nak cakap sikit boleh? "

" apa dia? "

" kalau papa dah takde tolong jaga jihu boleh? jaga dia baik - baik. boleh tak? " tanya Encik So. junghwan terdiam dengan soalan papa nya itu

" papa nak hwan dengan jihu berbaik. boleh tak? " tambah Encik So lagi

junghwan mendiamkan diri. dia tak tau nak balas macam mana. nak cakap boleh ke? atau cakap tak boleh?

" hwan, papa tau sebenarnya hwan sayang dekat jihu sebenarnya kan? " junghwan menggeleng

" hwan tak pernah sayang jihu. sedikit pun tak pernah. sampai mati pun takkan "

" kenapa? "

" kenapa papa tanya? kenapa? semenjak papa kutip dia, hwan tak pernah dapat perhatian dari papa. mendiang mama je yang beri perhatian dekat hwan. papa pula? sibuk dengan jihu tu, sikit - sikit jihu. kalau tak pasal jihu, pasal kerja papa. junghwan ni anak kandung papa tapi dah macam anak angkat " kata junghwan

kali ini Encik So pula yang terdiam

" lepas mama pergi, hwan ingat papa akan berubah. papa akan beri perhatian dekat hwan, tapi tak. semua tu cuma tekaan yang tak jadi nyata. papa tetap beri perhatian dekat jihu je. lepas tu kalau papa busy dengan kerja papa suruh hwan jaga jihu, setiap jam tanya jihu macam mana. papa ingat junghwan tak terasa ke? papa tak faham ke apa junghwan rasa? ke sebenarnya junghwan anak angkat? "

Encik So menghembus kan nafas

" hwan, papa minta maaf sangat. papa tak pernah fikir pasal perasaan hwan. papa memang tak sengaja. papa sedar papa tak beri perhatian dekat hwan dan papa tak pernah fahami perasaan junghwan. papa minta maaf sangat - sangat. papa ni penjaga yang teruk kan? mesti junghwan iri dengan budak - budak lain yang dapat kasih sayang daripada penjaga diorang. papa minta maaf junghwan, minta maaf sangat - sangat "

" andai maaf boleh gantikan dengan hati yang dah hancur disebabkan keluarga sendiri, papa "

junghwan pergi dari meja makan. dia mengambil kunci motor dan pergi meninggalkan sahaja Encik So sendirian

Encik So memandang junghwan dengan sayu

" papa minta maaf, junghwan. papa tak sengaja "

_____________________

Setia || W. Haruto Where stories live. Discover now