DENDAM YANG TERINDAH 1

929 18 0
                                    

Nadia tersenyum memandang Aidan yang berdiri disebelahnya sambil mengenggam tangannya dengan erat sekali..

Mereka berdua berdiri diluar bangunan mahkamah syariah Selangor..perkahwinan mereka secara rasmi telah disahkan di Malaysia...

Lima bulan yang lalu mereka bernikah di Finland ketika melanjutkan pelajaran untuk master di sana..jujur mereka tak mengenali satu sama lain ketika tiba di tanah Finland namun setelah berkenalan disana hubungan mereka menjadi rapat sehingga mengambil keputusan untuk berkahwin disana...

Kini mereka telah rasmi telah dapat pengesahan dari mahkamah syariah dan pejabat agama untuk pernikahan mereka...

"Sayang...."panggil Aidan dengan lembut..

"Ermmm?.."

"Lepas ni kita boleh kenalkan satu sama lain dekat family kita..."ujar Aidan dan Nadia tersenyum..

Sebenarnya mereka masih lagi belum mengenalkan diri kepada keluarga masing-masing..ketika mereka akad nikah di sana pun hanya ada kawan yang menemani...

Keluarga Nadia sebelumnya menentang untuk dia berkahwin disana namun dia cuba menyakinkan keluarganya dan akhirnya mereka menyerahkan keputusan itu kepada Nadia kerana mereka tak mahu lagi ambil tahu...

Ketika akad nikah berlangsung Nadia diwakil walikan hakim kerana bapanya sudah tiada dan dia mempunyai seorang abang dan abangnya mengizinkan dia berkahwin dan wakilkan wali hakim untuk Nadia...

Kerana tempoh pendaftaran perkahwinan jika bernikah diluar negara hanya 6 bulan sejak kembali ke Malaysia jadi mereka memutuskan menyelesai semua dahulu sebelum mengenalkan satu sama lain kepada keluarga dan Alhamdulillah dalam dua bulan sudah selesai...

"Abang..."Nadia meraih lengan Aidan lalu ditatap mata Aidan...

"Ermm?"

"Abang tahukan family sayang tak tahu kita dah kahwin..sayang pernah bagitahu yang family sayang mulanya menentang soal kita tapi dorang akhirnya bagi restu but tak nak ambil tahu jika jalan ini yang sayang pilih...hanya abang Firdaus je tahu kita kahwin...sayang takut kalau family tak boleh terima perkahwinan kita ni..."jelas riak risau di wajah Nadia..Aidan perlahan mengenggam tangan Nadia...

"Abang janji semuanya akan berjalan dengan lancar..abang akan pastikan keluarga sayang akan terima perkahwinan kita..dan malam ni jangan lupa untuk kita kenalkan diri kepada keluarga kita...cukuplah dua bulan kita berjauhan abang dah rindu nak tengok muka sayang hari-hari..."Aidan mencuit pipi Nadia...

Kembali mereka di Malaysia selama tiga bulan ini jarang untuk mereka bertemu kerana tinggal dirumah keluarga masing-masing..

"In sha Allah semoga semuanya jalan dengan lancar..dan keluarga abang pun akan terima sayang..."ujar Nadia tersenyum memandang Aidan...

Jauh dalam sudut Aidan dia pun risau dengan penerimaan keluarganya terhadap Nadia namun dia perlu yakinkan mereka...

........

Nadia berdebar berada di dalam perut kereta yang dipandu oleh pemandu keluarganya..Apa agaknya reaksi keluarga apabila dikenalkan Aidan kepada mereka..

"Adik..."suara Firdaus mengejutkan Nadia..Firdaus menoleh ke kerusi penumpang belakang melihat adiknya...

"Huhh?"bulat mata Nadia memandang Firdaus..

"Asal macam tak okay je ni?tadi bukan main ceria ajak kitorang dinner...kenapa?"soal Firdaus kemudian Datin Zaliha pun menoleh kearah anaknya...

"Ermm tak ada apa lah...just penat sikit tadi kerja dekat pejabat banyak.."Nadia membuat alasan..

"Betul ni Nad?kalau Nad tak sihat ke apa kita boleh balik jee.."ujar Datin Zaliha pantas Nadia geleng kepala...

"Ehh Nad okey jee...lagipun dah nak sampai restaurant kan takkan nak balik pulak..."Nadia tersenyum kecil sambil menggenggam tangannya...

Toyota Vellfire keluaran terbaru itupun berhenti di depan restaurant mewah ditengah bandar yang pesat itu..tak lama setelah itu mereka bertiga pun melangkah masuk ke dalam restaurant...

........

Aidan yang terlebih dahulu sampai di restaurant itu menunggu dengan sabar kehadiran Nadia dan keluarga Nadia...

Aidan datang bersama Tan sri Ramdan kerana dia adalah anak tunggal manakala mamanya sudah lama meninggal dunia..mama meninggal dengan kejadian yang sadis...

"Aidan..kita tunggu siapa ni?"Tan sri Ramdan bersuara memandangkan tetamu yang mereka menunggu masih belum muncul...

"Papa tunggu nanti papa tahu laa..."Aidan cuba yakinkan Tan sri Ramdan..

Nadia dari jauh sudah nampak Aidan yang sedang duduk dengan seorang lelaki berusia mungkin itulah bapa Aidan..

Namun lagi selangkah kakinya untuk sampai ke meja yang sedang Aidan dan papanya berada Datin Zaliha mengenggam tangan Nadia dan berhenti melangkah..

Aidan angkat muka apabila dia merasa ada orang didepannya..terus mata Aidan bersinar melihat Nadia yang tersenyum kearahnya..Disamping Nadia ada seorang lelaki dan seorang wanita berusia...

"Papa..."

Tan sri Ramdan angkat muka apabila terdengar suara Aidan memanggilnya..angkat saja muka terus hilang senyuman dibibir Tan sri Ramdan apabila melihat gerangan didepan matanya...

"Papa..ni..."Aidan berdiri dia mahu perkenalkan Nadia dan keluarga Nadia kepada papanya...

"Datin Zaliha?"terdengar sinis suara Tan sri Ramdan menyebut nama ibu Nadia...

"Tan sri Ramdan?"Datin Zaliha tersenyum sinis memandang lelaki yang berada didepannya...

"Papa...?kenal ke?"soal Aidan kehairanan dengan pandangan mata papanya..

"Ibu?kenapa?ibu kenal ke?"Nadia ingin tahu kerana reaksi ibunya yang terkejut itu..

"Datin Zaliha siapa je tak kenal..sampai mati pun aku ingat nama tu.."dingin dan penuh benci suara Tan sri Ramdan yang dilontarkan..

"Kenapa ni papa?"Aidan menyentuh bahu papanya..dia hairan kenapa papa memberi reaksi begitu..

"Kamu ingat tak yang arwah mama kamu meninggal sebab apa?"Tan sri menoleh kearah Aidan..

Aidan terkedu dia masih ingat kejadian malang yang menimpa arwah mamanya dan menyebabkan mamanya meninggal dunia..

"Yee papa..Aidan masih ingat..."

"Kamu pun pernah janji yang kamu akan balas dendam dekat orang yang bunuh mama kamu kan?so inilah masanya..kalau kamu nak tahu didepan kita yang berdiri ni adalah keluarga pembunuh mama kamu..."ayat yang keluar dari mulut Tan sri Ramdan bagaikan perit yang menyambar dada Aidan..

Nadia tercenggang mendengarkan itu..Datin Zaliha melangkah setapak kehadapan..

"Kalau tak ada bukti jangan menuduh..keluarga aku bukan keluarga pembunuh!!kau punca segala yang berlaku!!"

"Ibu..."Firdaus meraih lengan Datin Zaliha..

"Mana ada pembunuh yang mengaku dia pembunuh..Aidan inilah masanya kamu balas dendam..kamu dah janji dengan papa kan?"Tan sir Ramdan menoleh kearah Aidan lalu memegang bahu anaknya...

"Mereka adalah pembunuh arwah mama kamu..mereka punca segalanya yang berlaku atas arwah mama kamu.."merah mata Aidan dia teringat kembali sewaktu kejadian kebakaran yang mengorbankan arwah mamanya...

"Tolong!!!"

"Tolong!!"

"Aidan..tolong mama!!"

"Panas!!panas!!!tolong tolong mama Aidan!!"

Jatuh air mata Aidan di pipi teringat kembali kejadian yang berlaku didepan matanya ketika dia berumur 21 tahun..

Aidan menoleh kearah Nadia kemudian dia melihat wajah wanita yang berdiri disebelah Nadia kearah lelaki yang memeluk bahu wanita itu.Mata Aidan kembali menatap wajah Nadia..Dia mengetap bibir..

Tbc

DENDAM YANG TERINDAH(C)Where stories live. Discover now