Aidan menggenggam tangan Nadia yang masih belum sedar..wajah polos Nadia ditatapnya dengan penuh rasa cinta..
Mata Nadia bergerak-gerak sebelum dia membuka matanya dengan perlahan..
"Sayang?alhamdulillah sayang dah sedar.."Aidan mengelus kepala Nadia dengan perlahan..
"Abang?"Nadia melihat sekeliling bilik yang tak dia kenal..
"Sayang kat mana ni?"Nadia bangun dari baringnya di bantu Aidan..
"Sayang dekat hospital..tadi sayang pengsan dekat rumah.."Aidan kembali mengenggam jari jemari Nadia..
"Pengsan?mana ibu..?abang Fir?"soal Nadia..
"Dorang dah balik..sayang kena tidur satu malam dengan hospital.."Aidan menatap lembut kearah Nadia..
"Kenapa?sayang sakit ke?sakit apa?cuma rasa penat lain macam sikit lately ni.."Nadia ingin tahu keadaan kesihatannya..
"Sayang ada lagi 9 bulan.."
"9 bulan?untuk apa abang..?"Nadia gusar..
"9 bulan untuk jadi seorang ibu.."Aidan mengelus pipi Nadia ketika bagitahu kehamilan isterinya..
"Huhhh?ibu?sayang jadi ibu?"Nadia rasa sebak ketika menerima khabar bahagia itu..
"Yee sayang.."Aidan menarik Nadia kedalam pelukannya..
"Alhamdulillah..."Nadia membalas pelukan Aidan dengan erat..
"Terima kasih baby girl..terima kasih sebab menjadikan abang seorang suami dan lelaki yang paling bertuah di dunia ini.."ucap Aidan sebak juga dia ketika mendengar tangisan dari Nadia..
"Ibu macam mana?dia cakap apa?"
"Alhamdulillah sayang..ibu akan terima abang.."ungkap Aidan dan Nadia mengucap syukur..
Mereka berpelukan sambil menangis bahagia kerana semuanya hampir selesai..kekuatan cinta melebihi segalanya..
"Baby girl.."
"Ermm?"Nadia merungkai pelukan apabila Aidan memanggilnya..
"I have something for you.."
Aidan mengambil sesuatu dari poket seluarnya..sebentuk cincin dipegang Aidan..
Nadia menekup mulut apabila sebentuk cincin yang sebelum ini Aidan lempar kini berada di tangan Aidan..
"Kultaseni(sayang),abang nak sayang sarungkan semula cincin yang pernah abang buang dulu.."Aidan meletakkan cincinnya di tapak tangan Nadia..
Nadia tersenyum mendengar permintaan dari Aidan..perlahan dia mengambil cincin itu dan menyarung ke jari manis Aidan..
"Sayang ingatkan abang tak pedulikan cincin perkahwinan kita.."tutur Nadia..
"Lepas je sayang pergi haritu..abang terus turun dalam kolam tu ambil cincin ni..nasiblah air tu tak dalam dan jernih jee senang cari.."
"Lain kali jangan buat macam ni lagi yaa.."Nadia mengelus pipi Aidan..
"Yee abang janji.."Aidan mengenggam tangan Nadia di pipinya..
"I love you.."ucap Nadia..
"I love you more.."balas Aidan seraya itu mencium lembut dahi Nadia..
Aidan menyentuh perut Nadia yang masih kecil itu..diusap beberapa kali dengan menyertakan doa..
....
Aidan dan Nadia kini berada di rumah keluarga Aidan..mereka bermalam disini niat Aidan untuk merapatkan hubungan Nadia dengan papanya..
"Nadia..papa minta maaf kalau ada sikap dan perlakuan papa menguriskan hati Nadia.."mereka sedang menjamah buah-buahan di ruang tamu sambil berbual kosong..
"Papa..jujur apa yang papa buat dekat keluarga Nadia tu sedikit kejam..tapi Nadia juga faham kalau berada di tempat papa..dan Nadia juga faham keadaan ibu Nadia..jadi berikan keluarga kami masa..Nadia akan maafkan disaat ibu maafkan papa..maaf kalau bunyi sedikit kejam.."ujar Nadia tersenyum kecil lalu menoleh kearah Aidan..
Aidan angguk perlahan menandakan dia tidak apa dengan pilihan Nadia seperti itu lalu dia menggenggam tangan Nadia..
"Papa faham.."Tan Sri Ramdan tersenyum pahit dia sendiri tahu apa yang dia lakukan itu kejam..
"Uncle!Aidan!"
Suara Ayla bergema di ruang tamu..matanya tepat kearah Nadia..
"Kau..!kau rampas Aidan dari aku!!"Ayla meluru laju kearah Nadia namun pantas Aidan menghalang..
"Ayla?!"Aidan menolak Ayla yang cuba memukul Nadia..
"Apa?!uncle dan you sama je mainkan I!!"marah Ayla melihat Aidan memihak kepada Nadia..
"Kenapa ni Ayla?"soal Tan Sri Ramdan terkejut melihat Ayla tiba-tiba mengamuk..
"Uncle tanya lagi kenapa?Ayla jumpa papa tadi di jail dia cakap Aidan dah kahwin dengan Nadia dan Nadia punca papa masuk jail!!"jerkah Ayla..
"Ayla..I dengan you tak ada apa-apa pun...kenapa you rasa kami mainkan you?!"bidas Aidan sementara Nadia berada dibelakangnya..
"Kau tak guna laa perempuan!sebelum kau muncul kami bahagia jee..sekarang bukan setakat kau rampas Aidan tapi kau buat papa aku masuk jail!"Ayla memandang kearah Nadia..
Nadia tak duduk diam dia mendekati Ayla..Aidan cuba menghalang namun dia tetap mendekati Ayla..
"Bahagia?bahagia lepas fitnah orang lain atas apa yang papa kau buat?Rusdi tu memang tak guna!!dia punca segalanya tapi dia fitnah arwah bapa aku!!sampai hari dia meninggal pun nama dia tercalar sebab papa kau!!"tempelak Nadia didepan Ayla..
"Kalau arwah bapa kau dengar cakap papa aku semua ni tak jadi laa perempuan.."
"What?dengar cakap papa kau yang nak kenakan arwah Puan Sri Faridah?!hebat kau ehh fitnah orang lain demi tutup kesalahan diri!orang berhati bangkai je sanggup buat macam tu!"kata Nadia sekali dia meletup haa baru tahu siapa Nadia Qalisha..
"Kau!!"tangan Ayla naik tinggi ingin menampar Nadia...
Tapi pantas saja tangan Nadia menghalang tangan Ayla dari menamparnya..lalu dia menolak Ayla hingga terjatuh..
Aidan dan Tan Sri Ramdan terkejut tak pernah mereka Nadia seperti itu..
"Jangan berani nak tampar aku!!aku akan layan orang macam mana dia layan aku!kau layan aku dengan teruk aku akan layan kau lebih teruk!kau layan dengan baik aku akan layan kau lebih baik.."ujar Nadia sebelum Aidan menarik Nadia kembali..
"Sayang..are you okay?"soal Aidan melihat Nadia memegang perutnya..
"Okey..just sakit sikit perut ni.."ujar Nadia lalu duduk diatas sofa..
"Ayla better you balik i meluat tengok you..kalau jadi apa-apa dengan isteri i siap you!"amaran diberikan Aidan..
"Ayla..kalau Ayla datang dengan cara baik in sha Allah uncle tolong..uncle hanya bermasalah dengan papa kamu bukan dengan kamu Ayla.."ujar Tan Sri Ramdan dia serik dengan semua yang berlaku disekelilingnya..
Ayla merengus kuat dan bangun berdiri semula..tak banyak cakap Ayla pun berlalu dari situ..
Aidan duduk disebelah Nadia..dia menyentuh perut isterinya..
"Nadia okey ke?nak pergi klinik atau hospital tak?"soal Tan Sri Ramdan kepada menantunya..
"Sayang okey?"soal Aidan pula..
"Nadia okey..biasa laa awal pregnancy memang macam ni..sorry kalau Nadia tadi terkasar dengan Ayla..terbawa emosi pulaa biasa laa ibu mengandung kan.."Nadia memandang Aidan dan papa mentuanya..mereka geleng kepala saja..
Sempat tergendala kerana kehadiran Ayla mereka pun sambung menjamah buah-buah segar yang di potong sambil menonton filem..
Tbc
YOU ARE READING
DENDAM YANG TERINDAH(C)
רומנטיקהAku percaya bahwa cinta itu adalah kebahagiaan namun bila ku mencintaimu itu menyiksakan.. ~~~~~~~~~~~~~ "Siang hariku bagaikan malam..pelangi pun berwarnakan gelap inikah yang dinamakan patah hati?..tak pernah aku bayangkan bila insan patah hati t...