MGG : 2

3.8K 209 22
                                    

Tangan naik mengibas mukanya yang memerah. Cuaca yang agak panas itu membuatkan dirinya cepat berpeluh. Air mineral dicapai lalu diteguk beberapa kali untuk menghilangkan rasa kering di tekaknya.

"Panasnya hari ni. Hurm.." gumam Madiena.

Kepala diletakkan ke atas meja. Mata dipejam rapat. Rasa mengantuk , penat dan sakit kepala mula menguasai dirinya. Lima bungkus nasi lemak yang masih di atas meja dikerling sekilas sebelum kembali menutup matanya kembali.

"Tak ada siapa nak beli ke ? Nak balik.." ujarnya perlahan.

"Aku nak beli." suara garau seseorang menyentakkan dirinya.

Pantas kepala diangkat lalu memandang gerangan tersebut. Lelaki berkaca mata hitam itu dilihat sebelum berdiri tegak. Pipinya digaru perlahan. Deheman kecil dibunyikan.

"E-encik nak beli ?" tanya Madiena lembut.

Gerangan itu mengangguk sekilas. Matanya disebalik kaca mata hitam itu tidak lepas daripada memandang wajah Madiena. Entah kenapa pun tak tahu.

"Encik nak beli berapa ?"

Aelden melihat ke arah nasi lemak yang terbungkus itu. "Semua."

Madiena tersenyum gembira. Boleh balik ! Laju sahaja tangannya mengambil nasi lemak lalu dimasukkan ke dalam plastik. Aelden hanya memerhati. Kaca mata hitam disangkut di kolar bajunya.

Madiena menghulurkan plastik itu. "Nah e-enc—" mulutnya terkunci.

Aelden memandang pelik.

Mata Madiena terkelip-kelip memandang wajah Aelden. Aelden semakin pelik. Tangannya dilambai-lambai di hadapan muka gadis itu. Madiena terkelip sebelum menunduk malu.

"Kau kenapa ?"

Madiena mengeleng. Plastik di tangannya diletak di atas meja. "N-nasi lemak encik.."

Aelden mengintai sedikit wajah Madiena yang menunduk itu sebelum menggaru sekilas pucuk hidungnya. "Tanah tu lebih menarik dari aku ke ?"

Madiena tersentak. Wajah diangkat memandang Aelden. Kepala digeleng perlahan. Aelden memeluk tubuhnya. Kening diangkat sebelah.

"Hurm.. encik ni orang Malaysia ke ?"

Aelden diam sejenak. "Kau rasa ?"

"Bukan. Tapi encik makan nasi lemak. Cakap pun melayu.."

Aelden tersengih senget sehingga menampakkan gigi taringnya. Madiena semakin terpegun. Dah lah mata kelabu , ada gigi taring pula tu. Madiena tak kuatlah macam ni...

"Aku ada mix france."

Madiena mengangguk. "Saya suka mata encik. Cantik.." matanya tenung mata kelabu milik Aelden.

"Aku pun suka mata kau. Bulat. Hitam pekat."balas Aelden. Tiba-tiba aura dinginnya hilang bila berhadapan dengan Madiena.

Madiena tersenyum sedikit. "Terima kasih."

"You're welcome , belle.."

"Eh , nama saya bukan Belle.." dahi Madiena berkerut.

Aelden menggigit bibir bawahnya perlahan. "Abaikan."

Tangan menyeluk poket lalu mengeluarkan beberapa keping not berwarna ungu. Duit itu diberikan kepada Madiena. Madiena tidak menyambut. Dia melihat Aelden lalu menggaru pipinya yang tidak gatal.

"Banyak sangat ni encik. Semua sekali RM10 je.."

"Just keep it."

Madiena diam.

MY GREY GUYWhere stories live. Discover now