MGG : 39

3K 193 10
                                    

Bahu yang dibalut itu disentuh perlahan lalu mulut mengaduh sakit. Ni semua disebabkan Aelden yang menembak bahunya semalam. Serius betul lelaki itu.

"Sakit ke ?" soalan yang terbit daripada mulut Madiena membuatkan dirinya ingin meraung kuat.

Senyuman paksa dilemparkan. "Sikit. Nasib baik semalam terus ke hospital. Kalau tak Sam dah mati disebabkan suami princess.."

Madiena menggaru pipinya yang tidak gatal. Rasa bersalah menjerut hatinya. Walaupun bukan dia yang tembak , namun disebabkan dia Sammuel ditembak. Tetapi bukan salahnya , salah Sammuel yang mulakan dahulu.

"Madiena minta maaf.."

"Tak apa princess. No hal. Dah biasa." Sammuel bersandar di kerusi. Madiena disebelahnya dikerling.

"Kenapa tak duduk dekat Aelden ?" Aelden dan yang lain duduk sedikit jauh daripada mereka. Selang beberapa buah kerusi.

"Abang suruh duduk sini dulu. Dia nak cakap sesuatu." jarinya dimainkan sesama sendiri.

Sammuel mengangguk faham.

"Pukul berapa flight ?" tanya Aelden.

"Dalam pukul 1:00 petang. Ni dah pukul 12:30 tengah hari." jawab Felix. Dia yang menguruskan tiket pulang.

"Anak buah balik dengan kapal kan ? Dah bertolak belum ?" Aelden memandang ke arah Markuez.

"Dah. Pukul 8:00 pagi tadi dah bertolak." Markuez melabuhkan punggung di sebelah Aryan.

"Beritahu Zayn untuk jemput kau semua. Aku dan Madiena balik sendiri. Jangan lupa sediakan kereta untuk aku nanti." Madiena yang bersembang dengan Sammuel dikerling.

"Kau nak pergi mana ? Tak puas lagi honeymoon ?" sampuk Aryan.

Biji mata diputarkan. "Check up. Aku nak check kandungan dia."

Yang lain mengangguk faham.

"Uruskan luggage ni semua." Aelden bangun dari duduknya lalu berjalan menghampiri isterinya.

"Alex urus." ujar Henry.

"Kau lah. Asyik aku je. Aduhh.." keluh Alex malas.

"Kau lah. Nanti kau dah nak balik Perancis. Dah tak merasa benda ni semua." tangan dilipat ke dada.

"Sial."

"Apa benda ni mencarut je kerja. Tak baik tau. Nanti princess dengar dia marah." celah Aryan. Kepala bersandar di bahu Markuez.

"Macamlah kau suci sangat. Kau tu mencarut selalu." sembur Alex. Acah betul.

"Entahnya. Lex , jom beli air kat sana kejap. Dahaga." ajak Henry.

Alex mengangguk lalu berlalu pergi bersama Henry. Aryan yang mendengar terus berlari mengejar langkah dua jejaka itu. Alex yang perasan terus berlari laju sambil menarik lengan Henry.

"Cepat Henry ! Lari !"

Henry berpaling ke belakang. Aryan yang mengejar mereka dilihat. "Laju lagi Lex ! Laju !!"

"HENRY ! ALEX !" jeritan kuat dari Aryan hanya dibiarkan.

Markuez menggeleng kecil melihat tiga orang jejaka itu. "Fel , balik nanti terus masuk office. Ada benda yang perlu kita settle sebelum Aelden tahu." Felix dipandang.

"Apa dia ?" soal Felix.

Baru sahaja ingin membuka mulut , Aelden yang menyeru namanya itu dilihat. Badan bangun dari duduk lalu berjalan ke arah lelaki itu. Sempat bahu Felix ditepuk. "Nanti sikit."

MY GREY GUYWhere stories live. Discover now