MGG : 31

1.8K 113 6
                                    

Pintu bilik yang diketuk itu dikerling sebelum bersandar di kepala katil. "Come in !" jeritnya.

Seorang anak buahnya yang tiba di muka pintu dilihat. Kening dijongket. "Apa ?"

"Kla Aat telah lari dari sini."

Mendengar sahaja ayat yang ditutur oleh anak buahnya , mata yang kantuk menjadi segar. Comforter diselak sebelum bangun mendekati anak buahnya yang berada di mula pintu. Badannya yang separuh bogel dibiarkan terdedah.

"Keluar." arah Willson lalu menapak keluar. Anak buahnya hanya mengikut dari belakang.

"Kenapa tiba-tiba nak lari ? Dia tahu kewujudan aku ke ?" Willson memandang anak buahnya.

Lelaki itu menggeleng. "Aku tak pasti. Tapi.. Kla Aat seperti lari daripada seseorang."

"Kau tahu siapa yang kejar dia ?"

"Tak."

Willson mencengkam rambutnya. "Madiena sekali ?"

Angguk.

"Fuck !!! Call Ena !"

Anak buahnya menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Actually , Ena pun lari sama."

"What ?!!" Mata Willson membulat. Tangannya dikepal membentuk penumbuk.

"Ya. Dia diculik oleh Kla Aat. Kla Aat yang bawa dia pergi."

Pakk !!

Kerusi yang berdekatan dengannya disepak kuat. Rasa geram dan marah bercampur ketika ini. Bukan setakat Ena sahaja yang dia marah , namun Kla Aat juga sama. Dua-dua menyusahkan hidup orang.

"Dah kenapa bangsat tu culik betina tu ?"

"Kla Aat tahu yang Ena mengandung."

"Shit ! Kau tahu kat mana dia akan lari ?"

Anak buahnya menggeleng.

"Tunggu apa lagi ?! Pergi cari bangsat tu sampai jumpa !! Jangan sampai kita yang terbunuh nanti !!" jerkah Willson.

Pantas anak buahnya berlari pergi.

"Celaka punya orang tua." Bam ! Tangan dihempas ke meja yang berada di situ. Dadanya turun naik menahan amarah daripada terus meletus. Segala urat di badan dibetulkan.

Kaki melangkah ke dalam bilik untuk mengambil laptop sebelum keluar daripada bilik kembali. Kerusi di luar rumah itu dituju lalu melabuhkan punggung di situ. Laptop dibuka.

"Bangsat." semua notifications yang masuk ke dalam laptop itu dibaca.

"Tak boleh harap betina ni. Menyusahkan ! Patutlah bodoh cintakan orang tua kerepot tu !" bebelnya. Pantas jari jemari menekan papan kekunci.

Sesekali jantungnya berdegup kencang tanda sesuatu yang buruk bakal terjadi pada dirinya. Dadanya ditepuk kasar untuk menghilangkan rasa debaran. Rengusan dibunyi kuat.

"I want my drink !!" laungnya.

Beberapa saat kemudian , muncul seorang anak buahnya yang berjalan mendekatinya dengan dulang di tangan. Air dan makanan diletakkan di atas meja. Willson tidak menghiraukan , mata masih tertumpu pada skrin laptop.

"Silakan." ujar anak buahnya sebelum beredar.

Willson terus mencapai gelas lalu diteguk rakus air yang dihidangkan. Gelas yang sudah licin tanpa air diletakkan di atas meja kembali.

"Tak hilang lagi ke rasa berdebar ni ! Aishh !!" rungutnya geram.

Kepalanya yang sedikit pusing itu diurut perlahan sebelum matanya terbutang. Laptopnya yang mengesan keberadaan seseorang itu dilihat. Kepala digeleng perlahan apabila melihat seseorang itu semakin hampir dengan lokasinya.

MY GREY GUYWhere stories live. Discover now