MGG : 38

3.9K 177 11
                                    

Gadis yang tertidur lena dilihat lalu tersenyum kecil. Kaki berjalan menghampiri gadis itu. Sampai sahaja di hotel pulau Pukhet , terus gadisnya menerpa ke arah katil. Jam dikerling sekilas. Sudah menunjukkan pukul 8:00 pagi , namun masih tiada tanda-tanda untuk bangun.

"Mon amour.." bahu gadis itu dicuit. Punggung dilabuhkan di sisi katil.

Diam. Tidak bergerak. Aelden tertawa kecil. Bibir yang terbuka sedikit itu dicuit lalu dikucup beberapa saat. Madiena yang terasa seperti ada sesuatu di bibirnya itu merengek kecil. Mata dibuka perlahan-lahan. Aelden ynag melihat terus menjauhkan sedikitwajahnya.

"Good morning , my sexy wife.." pipi gebu itu dikucup.

Madiena tersenyum. Suka mendengar ucapan itu daripada mulut suaminya. Leher Aelden dipeluk. Automatik badan lelaki itu terkedepan.

"Why , mon amour..? Nak apa-apa ke ?" tangan ditongkat di sisi kepala Madiena.

Geleng. "Nak tengok muka Abang. Nanti Madiena nak baby muka macam Abang. Kalau Abang pergi kerja nanti , Madiena tengok baby je kalau rindu Abang. Hehe.." gigi yang tersusun rapi dipamerkan.

Jejaka itu menggigit bibir bawahnya. "Yakin ke lelaki ? Kalau perempuan ?"

"Tapi , Madiena nak lelaki."

"Kenapa ?" ternaik keningnya.

"Nanti Abang asyik layan anak perempuan. Abang dah tak sayang Madiena lagi.." bibir dimuncungkan.

Tawa Aelden terletus kuat. Boleh pula macam tu. "Tak ada maknanya. Dengan anak pun cemburu ke , Sayang ?"

"Mana ada cemburu. Madiena cuma cakap je. Tapi , kalau dapat anak perempuan pun Madiena okay je. Yang penting baby sihat."

"Good , mon amour. Itu paling penting." hidung yang terletak elok dicuit.

"Dah , bangun. Nanti nak sarapan dekat bawah. Pergi mandi. Abang sediakan baju.." badan Madiena ditarik supaya bersandar di kepala katil.

"Abang dah mandi ?" tanya Madiena. Pemakaian suaminya ditilik. Kacak seperti selalu. Seluar panjang berwarna putih dan tshirt berkolar hitam. Seksi betul , lagi-lagi bila dada bidang itu terbentuk elok di baju.

Kepala dingguk. "Nak pakai colour apa ? Abang ada bawa dress untuk mon amour."

"Hitam ! Sama macam baju Abang." bibir mengoyak sengihan.

Aelden tersenyum nipis. "Boleh , Sayang." lelaki iu bangun dari duduknya sebelum ke arah almari pakaian. Tuala , baju dan barang keperluan isterinya diambil.

"Come here.." tandas dituju.

Madiena perlahan-lahan berjalan ke arah suaminya. Aelden menyangkut tuala di penyakut. Madiena memandang belakang badan suaminya. Matanya terkelip-kelip. Kalau dulu , dia yang lakukan semua ini. Sekarang suminya pula. Rasa bersalah terjah di hati.

Aelden membuka air di tab mandi.

"Abang.."

Aelden berpaling. Madiena yang duduk di hadapan pintu tandas dikerling. "Kenapa ? Nak buang air ke ?"

Geleng. Kaki berjalan ke arah suaminya laju lalu memeluk tubuh itu erat. Wajah disembamkan ke dada bidang pujaannya itu. Badan Aelden terkebelakang sedikit akibat diterpa secara tiba-tiba.

"Kenapa ni ? Sakit perut ? Sakit kepala ?"

"Tak.. Madiena minta maaf."

"Kenapa tiba-tiba..?" bahu isterinya dielus lembut. Rambut gadis itu dikucup lama.

MY GREY GUYWhere stories live. Discover now