♥️ CHAPTER 13 ♥️

7 2 0
                                    

BAEKHYUN merenung pantai yang berombak tenang itu dengan perasaan yang sesak.

Bagaimana kalau...?

Perlahan , langkahnya mula mendekati gigi air. Saat kakinya menyentuh air laut itu , dia tersenyum nipis.

Sejuk dan...tenang rasanya.

Dia semakin melangkah kearah air. Sudah tenggelam sehingga paras pinggang.

SPLASH !

Baekhyun tersentak. Dia menoleh. Renungan tajam itu buatkan Baekhyun menelan air liur perit.

"AWAK MEMANG DAH TAK NAK HIDUP KE BYUN BAEKHYUN ?!"

Baekhyun terpempan saat wajah cantik Bomi menyapa retina matanya.

Pipi Bomi ditekup dengan senyuman.

"Bomi... Awak datang ?"
Senyumannya mati. Tangannya terlepas.
"Tak. Tak mungkin. Awak benci saya. Mana mungkin awak nak jumpa saya. Bayangan saya..."

Bomi mengetap bibirnya.
"Tapi tengok awak sekarang saya dah gembira sangat. Walaupun ianya sekadar khalayan saya."

Bomi menggeleng.
"Jangan merepek. Mari , naik."
Tangan Baekhyun cuba ditarik tetapi lelaki itu mengeraskan tubuhnya.

"Baek..."
"Saya tak nak bebankan awak lagi."
Bomi menggeleng lagi. Kali ini , bersama air mata yang mengalir di wajah.

"Tak. Awak tak bebankan saya. Salah saya. Salah saya tak percayakan awak."
Badan sudah menggeletar dek kerana air laut yang sejuk itu.

"Mari naik , Baekhyun. Saya sejuk."

Baekhyun memandang Bomi dengan matanya yang berair.

"Bukan khalayan saya ?"
Bomi menggeleng laju.
"Tak. Bukan. Mari naik."







MEREKA sama-sama hanya duduk menghadap lautan itu. Merenung kesilapan masing-masing sebelum ini.

"Saya minta maaf."

Baekhyun membuka suara. Tepi wajah Bomi dipandang.

"Saya tak sepatutnya buat awak macam tu kan ?"
Matanya sudah berair semula.

Bomi tersenyum nipis.
"Kita sama-sama salah. Saya yang terlalu ikutkan perasaan tanpa dengar penjelasan awak."

Sekali lagi , suasana senyap.

"Boleh kita mula semula , Bomi ?"
Bomi diam.

Sejujurnya , ya. Dia memang tidak mampu melupakan Bomi. Memandangkan Baekhyun sentiasa ada disisinya dahulu.

Tetapi untuk memulakan semula...dia sudah selesa hidup bersendirian.

Setelah lama berdiam diri , Bomi menarik nafas dalam.

"Kita masih boleh berkawan. Kalau awak nak. Untuk macam dulu , saya tak mampu , Baekhyun. Sayang yang saya ada sekarang hanyalah sayang terhadap seorang sahabat."

Baekhyun mengemam bibirnya. Menahan diri dari tangisannya terlepas.

Ianya sakit...

"Saya minta maaf , Baekhyun... Saya dah tak mampu."
Tangisan Bomi pecah disitu. Baekhyun menepuk belakang tubuh Bomi lembut.

"Tak. Bukan salah awak. Tak apa. Saya faham."

Hati Yoon Bomi sudah mati. Entah bagaimana ia terjadi , dia sendiri tidak tahu. Cintanya pada Baekhyun sudah memudar. Bukan kerana ada orang lain di hati tetapi hati yang dikhianati kepercayaannya buatkan dia begitu.

[C] Overwrite // BaekMiOù les histoires vivent. Découvrez maintenant