♥️ CHAPTER 14 ♥️

15 2 0
                                    

"BBOM..."

Bomi menoleh. Memandang Eunji yang berwajah gusar itu.

"Baekhyun dah ke London. Kau tahu ?"
Bomi tersenyum dan mengangguk.
"Kau dah berbaik dengan dia ?"
"Berbaik sekadar hanya berkawan. Kenapa ?"

Eunji diam.
"Kau memang dah nekad ?"
Bomi mengangguk laju.
"Kalau ditakdir aku dan dia akan bersama pada masa akan datang , aku takkan tolak. Buat masa sekarang , biarlah kami tentukan sendiri perjalanan hidup kami. Dia baru kehilangan Suah. Dan aku tak nak dia keliru dengan diri sendiri."

Eunji mengusap bahu Bomi.
"Kenapa kau ni kuat sangat ?"
"Aku tak kuat. Tapi kisah lalu yang buatkan aku sedar untuk tidak terus mengikut kehendak hati. Aku tak mahu dia terus terseksa kalau dia terikat dengan aku."

Eunji senyum.
"Ish kau ni. Sejak bila pandai buat ayat macam ni ?!"
Bahu Bomi ditepuk sedikit kuat.

"Sakitlah !"
Mereka saling berpandangan dah tergelak.













LONDON , ENGLAND.

BAEKHYUN membetulkan kot sejuknya. Senyuman terhias di bibir melihat bangunan-bangunan disitu.

Cantik.

Ingatannya sudah terbang mengingati Bomi nun jauh di Korea sana.

Dia tersenyum.

'Hati saya takkan berubah. Walaupun sedetik. Moga kita bertemu pada masa yang tepat , Yoon Bomi.'

Berharap pada masa akan datang , dia dan Bomi akan tetap bersama.

Ruang dan masa yang Bomi perlukan , dia akan beri sebanyak yang mungkin.

Hatinya tetap memilih Yoon Bomi.

Menunggu pada masa yang tepat , untuk mereka kembali bersama.

[C] Overwrite // BaekMiOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz