Byun Baekhyun. Lelaki itu hilang tanpa khabar berita selepas dia diminta bertukar kerja ke negara lain. Tahu-tahu sahaja , lelaki itu sudah mahu berkahwin. Sedangkan...mereka masih bersama.
Kecewa ? Ya. Dia kecewa. Siapa sahaja tidak kecewa bila dib...
"Jap. Minji tu...yeojachingu kau ?" Peniel sengih. "Dasar ! Kenapa tak bagitau aku ?"
"Buat apa nak bagitau kau ? Tak—" Kata-kata Peniel terhenti melihat pasangan yang baru sahaja masuk ke dalam kafe itu. Bomi turut diam. Ah , dia sudah dapat jawapan. Untuk apa lagi dia mengharap ?
"Khaja." "Pergi mana ?" "Mana-mana jelah. Ppali !" Bomi melintasi Baekhyun dengan wajah dingin.
"Yah ! Yoon Bomi !" Peniel mengejar Bomi lalu lengannya diletakkan pada leher Bomi. Saja mahu memanaskan hati Baekhyun.
"Yah... Shin Peniel !" Punggung Peniel ditendang. Habis serabut rambutnya bila Peniel menolak kepalanya.
Dari dalam , Baekhyun memerhati adegan itu dengan tangan yang dikepal.