♥️ EPILOG (DRAW A LOVE) ♥️

16 2 0
                                    

BOMI ke hulur ke hilir menguruskan order perniagaan onlinenya. Tidak menang tangan bila seorang !

"Kau kenapa ni , Bbom ?"

Bomi menoleh memandang Eunji.

"Tolong aku boleh ? Banyak betul order masuk."
Eunji menggeleng. Ingatkan apa lah tadi.

"Kau datang sini sorang ?"
"Haah. Chanyeol pergi ambil kawan dia dekat lapangan terbang."

Bomi mengangguk faham.

3 tahun berlalu. Dia membuka perniagaannya sendiri. Sama ada offline dan online , kedua-duanya mendapat sambutan ramai.

Tetapi , dia masih kekurangan staf untuk order bahagian online. Kerana itu , tidak menang tangan dia dibuatnya.

"Tenang okay. Aku tolong. Kita buat sama-sama."
Menggeleng Eunji dibuatnya. Kelam kabut tu tak pernahlah nak hilang.

"Bbom ,"
Bomi memandang Eunji sekilas lalu menyambung kerjanya semula.

"Ada orang berkenan dengan kau."
Tangan Bomi terus terhenti.
"Kau jangan mula ya. Aku malas nak dengar."

Eunji sudah tersengih.

"Tapi dia sekarang tengah dalam perjalanan."
"Jung Eunji !"

"Ala , Bbom. Kenal-kenal je. Dah 3 tahun. Takkan selama-lamanya kau nak sendiri ? Kau tu perempuan tau , Bomi."

Bomi menghela nafas berat.
Bukan dia tidak mahu. Tetapi hatinya...

"Kau masih ingat pada Baekhyun ?"
Tidak menjawab , Bomi memekakkan telinga buat sengihan Eunji semakin melebar.

"Eh , suami aku dah sampai. Sekejap ya."

Eunji sudah keluar tanpa sempat Bomi menghalang.

Beberapa minit kemudian , bila rasa akan ada kehadiran orang lain , Bomi tersenyum nipis.

"Eunji , aku nak cepat. Tolonglah aku."
"Ya , nak saya tolong apa tu ?"

Suara garau itu menyentakkan Bomi. Terus sahaja kepalanya diangkat. Memandang gerangan di hadapannya.

Lidah kelu.
Dia kaku.
Tergamam.

"Apa khabar , Yoon Bomi ?"

Mereka saling bertatapan. Berbalas senyum.

Ah , apakah ini permulaan yang baru buat mereka ? Ini yang dia tunggu setelah sekian lama.

Baekhyun menghulur bunga pada Bomi.

"Selamat hari jadi , yang sentiasa ada di dalam hati saya."

Bomi senyum. Dia memandang Baekhyun semula.

"Terima kasih , Byun Baekhyun."

Senyuman tidak lekang di bibir masing-masing.






















-THE END-

[C] Overwrite // BaekMiNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ