BOMI merenung dirinya di dalam cermin saat itu.
Dia benci.
Dia sungguh benci bila Baekhyun memandangnya dengan pandangan...pandangan yang dahulu.Kenapa Baekhyun perlu seksa dirinya seperti ini ? Ditinggalkan begitu sahaja !
Air mata yang menitik jatuh , di biarkan sahaja.
Sungguh , dia rasa berbelah berbahagi dengan hatinya sendiri. Dia tidak pasti jika dia masih cintakan Baekhyun.
•••••||•••••
CORETAN di pokok kayu itu , diusap perlahan.
BBH
❤️
YBMDia masih ingat lagi bagaimana susahnya Baekhyun mahu mencoret itu.
Dan sekarang , nampaknya usahanya itu sia sia kerana mereka tidak bersama.
"Baekhyun..."
"Jujur saya cakap. Saya kecewa. Sangat kecewa. Awak buat saya macam langsung tak ada makna dalam hidup awak."
"Tapi saya sedar. Saya memang tak penting."
"Mungkin...saya nampak kuat , tapi hakikatnya , ianya terlalu sakit untuk terima."Terhinjut-hinjut bahunya saat itu.
"Sakitnya mungkin akan hilang satu hari nanti , dan parutnya tetap akan berbekas. Disini. Di hati saya."
Bomi diam sekejap.
"Semoga awak bahagia dengan pilihan awak , Byun Baekhyun."Perlahan , dia meninggalkan tempat itu. Dan mungkin , ianya akan menjadi kali terakhir dia jejak kaki disitu.
BAEKHYUN merenung langkah Bomi yang semakin jauh. Bersama dada yang sesak melihat langkah Bomi. Seakan...gadis itu akan benar-benar jauh darinya.
"Mian."
"Jinja mianhae."
"Mianhae..."Dia juga teresak-esak saat itu. Coretan nama itu , ditenung.
"Mian , Yoon Bomi..."
YOU ARE READING
[C] Overwrite // BaekMi
FanfictionByun Baekhyun. Lelaki itu hilang tanpa khabar berita selepas dia diminta bertukar kerja ke negara lain. Tahu-tahu sahaja , lelaki itu sudah mahu berkahwin. Sedangkan...mereka masih bersama. Kecewa ? Ya. Dia kecewa. Siapa sahaja tidak kecewa bila dib...