BAB 48

15 2 0
                                    

Tepat pada pukul 4 pagi Mirza terus saja bangun dari tidur dan mengambil bagasi untuk mengemas baju dan meninggalkan sepucuk surat di atas meja.

Setelah bersiap Mirza terus mengusap perutnya yang memboyot sedikit.

"Sayang,kita tinggalkan abah sekejap tau,mama masih tak boleh terima lagi apa yang telah terjadi ni"kata Mirza sambil mengusap perutnya.

Setelah berbual dengan anaknya,Mirza terus saja mendail nombor teksi untuk membawanya ke lapangan terbang kuala Lumpur.

Haziq terjaga apabila terasa di sebelahnya tak ada orang. Mana isterinya pergi? Dia bergegas bangun dan mencari isterinya.

"Sayang... Sayangg." Dia melihat ke dalam bilik air.

'Tak ada, mana isterinya pergi.' Dia kemudiannya keluar dari bilik terus berlari menuju ke dapur. Kosong. Tak ada sesiapa.

Dia naik ke bilik semula.

"SAYANG! Mana sayang ni? Jangan main dengan abang macam ni, jangan tinggalkan abang sayang.." Dia terduduk di bucu katil. Fikirannya celaru.

Sehingga dia melihat sesuatu di atas meja alat solek isterinya. Lalu dia mengambil sampul kecil itu dan membukanya.

Dia mula membaca seisi surat itu, wangian isterinya masih lagi terasa mahupun tuan punya badan tidak ada bersamanya.

Kepada suamiku

Kalau abang baca surat ni bermakna Mirza tiada samping abang lagi,Mirza mintak maaf sebab tinggalkan abang,Mirza perlukan masa untuk mencari ketenangan setelah apa yang terjadi,Mirza harap abang halalkan makan minum Mirza sepanjang Mirza jadi isteri abang,walaupun Mirza masih belum kuat lagi untuk terima kenyataan tetapi abang bolehkan bagi Mirza masa untuk tenangkan diri? Andai kita tiada lagi jodoh anak ni tetap anak kita berdua. Maafkan Mirza kalau abang baca surat ni abang akan terasa dengan kata-kata Mirza. Abang.. bila masa sesuai dan Mirza tergerak untuk jumpa abang, abang tunggu ye? Janji dengan Mirza hidup dengan bahagia itu pun dah cukup untuk Mirza. Kini akhir sudah bicara di atas kertas ini.

Salam cinta, isteri mu  Mirza Adriana.

Selesai sahaja dia membaca. Matanya mula terasa hangat, hatinya yang tadi susah hati kini menjadi panas. Otaknya mula menyalahkan dirinya sendiri.

"Sa-sayang.. apa yang sayang cakap ni?" Betul sangkaannya bahawa isterinya pergi membawanya diri yang lebih mengejutkan apabila tertulis di surat itu bahawa isterinya berbadan dua!

"Sayang... Abang cuba terangkan perkara sebenar tapi ke-kenapa sayang sanggup buat abang macam ni? Jijik sangat ke abang dekat sayang, sampai sanggup bawa diri. Sayang abang nak sayang.." Buat seketika seorang lelaki yang selalu berjuang dalam hidup dan selalu di persalahkan kini telah hilang sepenuhnya semangat yang ada dirinya tidak bermakna bagi sesiapa pun..

"Tengoklah Haziq apa kau dah buat.. semua orang tak percaya kau, isteri sendiri pun dah larikan diri. Kau memang bodoh! Kau tak layak la untuk gadis sebaik Mirza. Memang kau hidup hanya untuk menyusahkan semua orang!" Dia menghentak kepalanya dengan tangan sekuat-kuatnya. Rasa sakitnya ini tidak mampu di bayar dengan rasa sakit isterinya.

Air mata mula menitis sedikit demi sedikit akhirnya seluruh ruang bilik itu terdengar suara esakkan Haziq. Dia lemah, lemah dengan ujian ini.

-----------------------------------------------------

DESTINATION LOVE: MIRZA ADRIANAWhere stories live. Discover now