BAB 77

14 0 0
                                    

Setelah apa yang jadi seminggu lalu, Darwin sudah memutuskan untuk membawa Marsha berjumpa dengan mama,papanya.

Telefon yang berada di dalam poket diambil, nombor Marsha di cari. Tak sampai beberapa minit Marsha mengangkat telefonnya.

"Assalamualaikum. Marsha boleh kita jumpa?" Ujar Darwin usai memberi salam.

Marsha menjawab salam Darwin.

"Ye boleh, nak jumpa dekat mana?" Soal Marsha. Tangannya mula mengemas meja yang di penuhi oleh kertas-kertas kerjanya.

"Saya ambik awak, kita pergi rumah mama dengan papa saya." Darwin tersenyum. Dia sudah memberitahu mamanya yang dia akan balik rumah bersama calon isterinya.

Kertas yang di pegang Marsha jatuh mencuim lantai. Dia terkelu, biar betul?!

"Awak, biar betul. Mama awak terima ke saya? Tak ke rasa terlalu awal?" Tanya Marsha. Dia menunduk dan mengambil kertas-kertas yang jatuh tadi. Haih baru susun dah jatuh bersepah.

"Tak ada apa pun, mama saya cuma nak kenal awak. Boleh ye?" Balas Darwin. Dia mahu wanita itu benar-benar tahu bahawa dia bukannya gelojoh hanya ingin mama dan papa mengenal menantu mereka.

"Ye saya pergi, awak ambik saya dekat rumah ye."

"Baik, thanks my lady. 5 minit lagi saya sampai." Talian mereka terputus. Darwin tersenyum manis. Akhirnya dia nak tunjuk dekat mama dia pun ada calon lebih baik daripada calon mamanya.

Setelah 5 minit kereta Audi 8R tepat parking di hadapan rumah sewa Marsha.

Mata Marsha terbeliak luas. Kereta siapa yang Darwin pinjam ni?

"Hai sayang, eh tak.. haii Marsha." Darwin terasa ingin menampar bibirnya yang dah derhaka dengan tuannya sendiri. Ada ke pulak tersasul memangil gadis itu sayang.

Marsha tersenyum.

"Haii jugak, saya nak tanya. Kereta audi siapa awak pinjam ni?" Dahi Marsha berkerut sedikit.

"Kereta siapa? Kereta saya la.., saya memang tak bawak keluar kereta ni. Ada je tersadai dekat belakang rumah. Ini saya bawak sebab rugi la beli mahal saya pulak tak guna. Balas Darwin. Benar dia hanya membeli tapi tidak guna, biasanya dia membawa Myvi kesayangannya itu.

Marsha hanya meng 'O' kan sahaja. Dan mereka berdua masuk dalam perut kereta.

Darwin menoleh ke arah Marsha yang terlena. Eyy comell! Pipi mulus gadis itu gebu. Membuatkan Darwin yang melihatnya geram.. tunggu la lepas kahwin memang dia gomoll pipi gebu gadis itu.

Dia melihat kearah luar, mereka sudah tiba di rumah mama dan papanya. Sayang pulak hendak membangunkan gadis itu yang nyenyak di bual mimpi.

Tanpa membuang masa. Darwin mencuit kecil bahu gadis itu.

Marsha yang berasa tidurnya di ganggu. Pelahan-lahan membuka matanya. Terlihat wajah kacak Darwin menyambut renungannya. Mata Marsha meluas.

'Eh sejak bila dia terlelap?' dengan kalut dia membetulkan kedudukan. Malunyaaa, ini kalau ada air liur yang meleleh ketika dia tidur tadi macam mana?!

Macam tahu-tahu apa yang di fikir Marsha. Darwin bersuara.

"Awak dah cantik, tidur pun cantik. Kita dah sampai. Mari kita turun. Btw tak ada pun air liur dekat mulut awak. Awak tidur macam sleeping beauty." Ujar Darwin. Dia terkekeh-kekeh ketawa melihat riaksi comel Marsha.

'Ish geram tengok pipi dia!'

Marsha tersengih malu.

"Baik mari kita keluar ye, mama papa dah tunggu. Katanya tak sabar nak jumpa awak." Marsha mengangguk. Dia sedikit gugup pada awalnya tetapi melihat Darwin ketawa dia berasa selamat dan baik. Senyuman manis dia hadiahkan kepada Darwin.

----------------------------------------------------

Setelah mereka berdua tiba di rumah orang tua Darwin di Month Star,Mereka melangkah turun dari kereta lalu mengetuk pintu rumah

"Asalamulaikum mak ayah Darwin dah balik"Ujar Darwin sambil menolak daun pintu ruang tamu.

" walaikumusalam... Eh bakal menantu mak! "Jerit Puan Adira sambil memeluk Marsha.

"Mak Terkejut Marsha tu mak. " Ujar Darwin

"Biar lah menantu mak, kamu apa tahu. " Kata Puan Adira

"Marilah kita semua makan malam, korang semua laparkan. " Ujar Puan Adira sambil menarik bahu Marsha.

Selesai mereka semua duduk ditempat masing-masing, puan Adira memulakan bicara.

"Alhamdulilah dapat juga calon menantu pilihan. " Ujar Puan Adira sambil melihat Tuan Darwish.

"Alhamdulilah kenapa mak? "Tanya Darwin kehairanan dengan ucapan Puan Adira.

"Kalau kamu nak tahu Marsha ni lah calon yang mak nak kenalkan dekat kamu Darwin." Kata Puan Adira dengan teruja.

Darwin tergelak mendengar penjelesan Puan Adira manakala Marsha menudukkan kepala kerana menahan malu.

"Alang-alang kamu dah dekat sini Marsha mak ingat nak bincang dengan mama kamu tentang perkahwinan ni."

"Maksud aunty mama kenal lah Darwin" Tanya Marsha dengan hairan

"Aunty dengan mama kamu tu kawan baik masa di universiti dulu"kata Puan Adira

"Marsha dah balik mama" Ujar Marsha dengan senyuman di bibirnya sambil melihat Puan Masyitah.

"Eh anak mama dah balik, Darwin pun ada ye masuk-masuk kita minum tea dulu." Ujar Puan Masyitah kepada Marsha dan Darwin di depan pintu rumah.

"Terima kasih aunty jemput darwin. " Kata Darwin bersopan santun dengan Puan Masyitah.

"Tak ada lah bakal menantu mama kan." Ujar Puan Masyitah kepada bakal menantunya

"Lupa anak eh mentang-mentang jumpa menantu." Kata Marsha kepada Puan Masyitah

Setelah beberapa jam mereka berborak,Darwin meminta diri untuk balik kerana jam menunjukkan pukul 11 malam.

"Aunty Darwin mintak diri dulu ya sebab dah pukul 11 malam"Kata Darwin sambil menyalam tangan Encik Thariq

"Terima kasih tau Darwin sebab hantar Marsha balik rumah"Ujar Puan Masyitah

"Sama-sama aunty"Ucap Darwin

Darwin terus saja menghidupkan enjin kereta audinya lalu meluncur ke atas jalan raya untuk pulang ke rumahnya.

----------------------------------------------------

DESTINATION LOVE: MIRZA ADRIANAWhere stories live. Discover now