BAB 94

22 1 0
                                    

Setelah rakan-rakan mereka meninggalkan wad milik Marsha. Darwin terus saja menghampiri isterinya lalu duduk di atas kerusi malas bagi merehatkan tubuhnya yang separuh lelah .

Semasa Darwin dibuai akan mengantuk , hendak sahaja dia mahu memejamkan mata bagi bermain dengan mimpinya , lantas gemersik suara Marsha memanggil suaminya untuk naik ke atas katil untuk baring di sisi katilnya .

"Abang , marilah tidur di sisi sayang , si kecil kita mahu juga berbual dengan bapa mereka . Sudahlah kacak , bergaya lagi ."Kata Marsha sambil mengusap perutnya dengan lembut

Mendengarkan akan permintaan bidadarinya , Darwin bingkas bangun daripada kerusi lantas menghampiri isterinya 

Darwin tertawa kecil, lalu membisikkan kata-kata lembut, " Duhai si kecil  ibu dan ayah . Ayah ada di sini, bersama dengan ibu. Tidak dapat ayah menanti akan lahirnya kalian di dunia ini ."Kata Darwin sambil mengusap dan mengucup perut Marsha dengan lembut

Perasaan hangat dan kebahagiaan menyelubungi keluarga kecil itu di saat mereka merasakan sentuhan kasih sayang dan harapan untuk masa depan yang lebih cerah.

Keesokan harinya , tepat pada jam 10 pagi , keluarga Darwin dan Marsha serta beberapa sahabat  mereka tiba di hospital untuk melawat Marsha . Mereka membawa beberapa juadah iaitu bubur ayam kegemaran Marsha,baju milik mereka berdua juga dan beberapa buah buahan seperti epal,tembikai,oren daripada sahabat mereka.

Setelah beberapa jam mereka berbual kosong di bilik rawatan  Marsha,mereka menyatakan izin untuk meminta diri kepada pasangan tersebut kerana masih ada urusan yang perlu diselesaikan. Darwin dan Marsha dengan lembut bersalaman dengan kedua - dua ibu bapa mereka . Tidak lupa untuk mereka berpeluk erat antara satu sama lain  sebelum pulang.

Setelah keluarga dan sahabat mereka  melangkah keluar dari wad tersebut , bersilih pula dengan Doktor Melissa bagi menjalani sesi rawatan untuknya

"Maafkan saya, boleh saya masuk?"Tanya Dokter Melissa mengetuk bilik wad

Marsha terus saja menjawab dengan lembut

" Silakan masuk doktor" Pelawa Marsha

" Macam mana keadaan puan Marsha hari ni ? Sudah beransur pulih berbanding sebelum ini ? " Dokter Melissa

"Dari hari ke hari , Saya semakin sembuh doktor , bila saya boleh keluar hospital? Tanya Marsha

"Andai jawapan puan sedemikian maka Puan Marsha boleh keluar hospital pada jam 4 30 petang nanti bersama Encik Darwin . Sebelum itu , puan diminta untuk mengambil ubat di kaunter 3 ya . " Doktor Melissa

Setelah pemeriksaan menyeluruh ke atas Medina , Dokter Melissa  meminta diri bagi menjalankan urusan di bilik pembedahan

-----------------------------------------------------

Marsha menyiapkan dirinya dengan hati berkobar kobar melepaskan rindu terhadap suaminya setelah dua hari satu malam berada di hospital. Sementara itu, Darwin ke kaunter 3 membayar yuran perubatan isterinya tercintanya .

Sesudah membayar , Darwin melangkah masuk ke dalam bilik dan melihat isterinya sedang mengenakan tudung  bawal hitam bercorakkan bunga melur

Sementara itu , Darwin terus mencapai segala pakaian mereka yang dibawa . Setelah mengemas bilik wad seperti sediakala , mereka berjalan berpegangan tangan dengan penuh erat sehingga ke tempat parkir kereta

Semasa mereka dalam perjalanan pulang ke rumah tiba-tiba, Marsha terus sahaja memanggil suami menyatakan hasratnya bahawa dia sedang mengidam chicken chop.Darwin terus sahaja membawa Marsha ke sebuah restoran western berdekatan dan dia terus saja memarking keretanya di tempat kereta.

"Abang sayang rasa anak abang nak makan Chicken chop, Abang boleh tolong belikan ?" Tanya Marsha

"Boleh je sayang" Kata Darwin sambil membuat U-Turn kerana ada sebuah restoran western di sebelah hospital tersebut.

Setelah sampai di hadapan restoran western. Darwin terus saja mematikan enjin keretanya lalu melangkah turun dari kereta dan membukakan pintu untuk Marsha dan mereka berdua terus saja memasuki premis tersebut.

Masuk sahaja ke restoran klasik bertema Inggeris itu, mereka disambut oleh pelayan bernama Ayuni. Tanpa berlengah, pelayan itu membawa mereka ke meja kosong di sebelah tingkap untuk duduk. Mereka berdua duduk dengan selesa di meja sambil pelayan menyediakan menu untuk mereka.

Setelah mengantarkan pelanggan ke meja kosong, pelayan dengan lembut memberikan menu kepada mereka untuk memilih hidangan yang diinginkan.

Selamat datang ke restoran bertema Inggeris klasik! Bagaimana saya boleh membantu anda hari ini? Adakah anda memerlukan sesuatu untuk diminum dahulu sebelum kita memulakan proses tempahan makanan? Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang menu atau pilihan hidangan, jangan segan silu untuk bertanya kepada saya. Saya gembira untuk membantu.

"Saya nak pesan chicken chop, tolong bagitahu saya kalau boleh tambah sos cendawan boleh?"Pesan Marsha

"Sudah tentu puan dan tuan Darwin?"Tanya Ayuni

Saya ingin memesan spaghetti carbonara, boleh saya tambahkan sedikit lada hitam? Oh, dan kami juga akan memesan teh o ais dua."Tambah Darwin lagi

"Baiklah, pesanan anda telah diterima dengan baik. Saya akan segera menghantar pesanan anda ke dapur. Terima kasih."Kata Ayuni lalu melangkah meninggalkan meja tersebut

Beberapa minit kemudian,pelayan itu terus saja menghampiri meja mereka lalu meletakkan dua teh o ais serta membawa chicken chop  dan spagetti carbonara.

"Maafkan saya kerana membuat anda menunggu. Ini adalah teh o ais yang anda order tadi. Serta, ini pula chicken chop dan spagetti carbonara yang telah disediakan khas untuk anda berdua. Selamat menjamu selera!"kata Ayuni sambil meletakkan  makanan mereka di atas meja.

Setelah meletakkan hidangan di atas meja, Ayuni menjelaskan bahawa bayaran boleh dibuat di kaunter selepas mereka selesai makan. Marsha dan Darwin mula menikmati hidangan mereka dengan penuh selera, sambil berbual santai tentang hari-hari yang lepas dan rencana masa depan yang mereka impikan bersama.

Setelah menikmati hidangan hingga titisan terakhir, Darwin bangkit dari kerusi dengan penuh kepuasan. "Mari kita bayar dan pulang, sayang. Hidangan di sini memang tiada tandingannya," ucap Darwin sambil tersenyum melihat Marsha. Mereka berdua kemudian berjalan ke kaunter pembayaran untuk menyelesaikan bil makanan mereka.

Setelah membayar, mereka berdua kembali ke kereta dan memulakan perjalanan pulang ke rumah. Sambil melintasi jalan, cahaya senja yang merah jambu menyapa mereka, menambahkan sentuhan romantis pada malam itu.

Dengan perut kenyang dan hati bahagia, Marsha dan Darwin mereka pun pulang ke rumah dan berehat kerana keesokan hari keluarga Darwin dan Marsha akan datang ke rumah mereka untuk melihat Marsha.

-----------------------------------------------------

DESTINATION LOVE: MIRZA ADRIANAWhere stories live. Discover now