BAB 89

9 0 0
                                    

Suasana bingit dengan muzik dan lampu berwarna warni di bar.Terlihat seorang lelaki dan perempuan sedang meminum arak.

"Bro lama tak nampak kau, busy ke dengan awek?" Kata Syafiq kepada Khairil yang bersama Hinara.

"Kau yang busy, kerja apa kau? " Kata Khairil kepada Syafiq jarang kawannya itu ke club.

"Aku busy dengan syarikat ni pun si Syabil ajak teman dia minum. "

"Ye lah dah lama tak lepak dengan kau fiq itu aku ajak kau tak sangka jumpa Khai dekat sini. " kata Syabil memesan minuman untuknya.

"Aku dengar Marsha dah kahwin laki dia kacak. " Kata Syabil sambil melihat Khairil meneguk air miliknya.

"Ya, dia anak Tuan Darwish... "

"BAM! " bunyi kuat terhasil apabila Khairil meletak gelas miliknya dengan kuat nasib baik Hinara pergi ke tandas.

"Jantan tu ambik Marsha aku. "Bengang Khairil dia mahu kan Marsha tapi Darwin mengambil Marsha darinya.

" Bro kau... "Terhenti kata Farish apabila Khairil bangun dan terus menarik Hinara untuk keluar dari club.

"Kesian betul Hinara jadi patung Khairil, apa jantan tu fikir lah. " kata Syafiq disokong Syabil.

"Abang nanti outstation dekat mana?" Tanya marsha yang melipat baju Darwin kerana Darwin terpaksa mengikuti ayah mertuanya outstation .

"Ayah kata seminggu kalau abang tak silap ." Kata Darwin melihat isterinya melipat baju untuk dibawanya.

"Sayang duduk rumah mama dan papa, tak payah balik rumah kita . "

"Tak nak lah saya, saya nak kemas rumah kita lah abang. "Kata Marsha kepada suaminya.

"Sayang yakin berani duduk rumah tu seorang-seorang. " Gurau Darwin mahu menakutkan isterinya.

"Ish abang ni nanti abang yang kena balik tahu lah. "

"Abang takpe awak tu ha kekasih halal abang ni nanti tak okay. "

"Tak okay kenapa? "

"Hantu suka abang. " kata Darwin dengan bangga apabila dapat melihat muka berkerut isterinya.

"Baik abang ambik seluar abang nak bawak sebelum saya hempuk abang. "Kata marsha yang berura-ura mahu melempar baju Darwin tapi hanya diterima gelak dari Darwin.

"Baik yang patik menurut perintah tuan puteri abang. " kata Darwin sambil bangun mengambil seluar miliknya dia di wardrobe.

"Sayang betul tak nak abang hantar balik rumah kita nak pergi sendiri? " Tanya Darwin kini mereka di hadapan pintu rumah milik Encik Adam.

"Marsha nak drive sendiri lagipun dah lama tak drive. "

"Tapi yang... " marsha mengambil tangan Darwin menghentikan percakapan suaminya itu.

"Abang jangan risau saya boleh jaga diri syarikat perlukan abang. "

"Jaga diri awak yang abang takde dengan awak seminggu nanti rindu lah. " kata darwin dengan manja sehingga Marsha tergelak.

Setelah menghantar kepergian suaminya dan ayah nya marsha terus balik ke rumah mereka untuk berehat. Petang itu Marsha ke laman belakang yang dibuat khas untuknya kata Darwin untuk dirinya semua boleh.

"Bila masa ada pokok bunga mawar dekat laman ni. " kata Marsha seorang diri yang kehairanan.Dia berlalu pergi keluar seorang jejaka berhoodie hitam sambil tersenyum senget memerhatikan Marsha masuk ke rumah.

"Kau akan jadi milik aku lagi sayang. " kata jejaka itu seorang diri sebelum pergi meniggalkan kawasan rumah Darwin.

DESTINATION LOVE: MIRZA ADRIANAWhere stories live. Discover now