BAB 84

5 0 0
                                    

Hari ketiga di Paris, Darwin dan Marsha sangat bersemangat untuk melawat Muzium Louvre. Mereka memakai pakaian yang selesa dan bersedia untuk meneroka galeri seni yang terkenal. Setibanya di Muzium Louvre, mereka kagum dengan keindahan dan kekayaan hasil seni yang dipamerkan di situ. Dengan penuh kekaguman, mereka memulakan pengembaraan seni mereka di muzium yang tersergam indah itu.

Ketika pertama kali memasuki Muzium Louvre, Darwin dan Marsha terus ke galeri di mana gambar Mona Lisa dipamerkan. Mereka berasa terpesona dengan keindahan lukisan klasik yang terkenal ini. Hiruk-pikuk pengunjung yang sibuk tidak dapat mengurangkan keajaiban di hadapan mereka ketika mereka berdiri di hadapan karya seni yang paling ikonik ini. Dengan hati yang penuh kagum, mereka merenung dengan teliti keindahan lukisan Mona Lisa itu.

Selain lukisan Mona Lisa yang ikonik, Muzium Louvre juga menempatkan koleksi seni yang luar biasa, termasuk patung klasik, lukisan terkenal, artifak sejarah dari seluruh dunia, dan koleksi seni halus yang sangat pelbagai. Pengunjung boleh menemui karya seni dari zaman klasik hingga moden, serta artifak sejarah daripada pelbagai budaya dan era. Muzium Louvre benar-benar tempat yang menakjubkan untuk pencinta seni dan sejarah.

Selepas sejam menikmati keindahan Muzium Louvre, mereka berdua meneruskan pengembaraan masakan dengan pergi ke restoran Assalam untuk menikmati hidangan lazat dan suasana yang menggoda.

Masuk saja di dalam Assalam,Mereka di sapa oleh seorang pelayan lelaki yang berwarga paris yang petah berbahasa melayu,dia datang ke meja Marsha dan Darwin untuk mengambil order

Wah, tempat ini sangat menawan, kami pasti akan menikmati makan malam di sini, kan abang"Ujar Marsha

Ya, betul. Saya gembira kami memutuskan untuk mencuba restoran ini. Selamat malam, kami berminat dengan menu yang anda cadangkan."Ucap Darwin

Selamat malam! Sudah tentu, saya dengan senang hati akan membantu anda memilih hidangan yang lazat. Adakah terdapat sesuatu yang anda sukai, atau boleh saya membuat cadangan?"Kata Pelayan tersebut

Saya suka makanan laut, ada apa-apa yang istimewa hari ini?"tanya Marsha

Sudah tentu, kami mempunyai kerang tumis istimewa hari ini dengan sos truffle. Sangat disyorkan untuk penggemar makanan laut seperti anda."Balas pelayan lagi

"Bunyinya luar biasa. Saya akan mencubanya juga. Dan mungkin ada Spagetti untuk dijadikan hidangan kita?"Tanya Darwin
  
"Sudah tentu, saya akan memberi anda cadangan Spagetti yang nenyelera dengan hidangan anda. Terima kasih atas pesanan anda, saya akan kembali tidak lama lagi dengan hidangan dan minuman yang anda pilih."kata Pelayan

Terima kasih, kami tidak sabar-sabar untuk merasai hidangan ini."Balas Marsha

Selesai pelayan itu mengambil pesanan mereka dia terus saja pergi kearah dapur untuk menyuruh chef menyediakan pesanan mereka.

"Abang kita pergi mana lepas ni?. " Tanya Marsha kepada suaminya itu yang sedang menghirup air yang mereka pesan sebentar tadi.

"Kesayangan abang ni hairan ke?" kata Darwin mahu mengenakan marsha yang kehairanan dengan rahsia dia.

"Ish abang ni saya tanya dia usik kita balik. " kata Marsha manakala Darwin hanya gelak kerana suka apabila isterinya cemberut.

"Ya yang abang minta maaf nanti kita sampai awak tahu apa kejutan dia. " kata Darwin sambil mengusap tudung marsha dihadiahkan gelak kecil dari marsha.

"Kenapa kena tutup mata bagai ni abang? " tanya marsha kepada suaminya yang sedang menutup matanya itu.

"Sebab dia Special untuk sayang, abang tahu abang bukan lelaki yang baik jadi terima lah hadiah ni tanda abang sayang isteri abang sampai hujung nyawa abang. "

"Apa abang cakap ni abang nak tinggalkan saya ke? "

"Eh awak ni yang kesitu pulak awak fikir, abang bukan nak tinggal awak lah .

Marsha menahan air matanya dari turun apabila Darwin membuka matanya.

" abang bila abang buat semua benda ni? "Tanya marsha yang terkejut di kaca layar terlihat momen mereka di majlis perkahwinan.

" pandang abang sayang. "Marsha yang berpaling kepada Darwin setitis air matanya keluar ia melihat Darwin melutut sambil menunjukkannya gelang tangan ia sudah lama mahukan tiada siapa tahu mengenainya selain dirinya.

" Abang tak sempat lamar kesayangan abang dengan baik, abang nak kekasih halal abang rasa lamaran juga.

"Jadi Marsha Atilia binti Mahmud Adam sudikah sayang menjadi kekasih Darwin Aakif bin Darwish Aathif selamanya? " kata Darwin melihat isterinya mengangguk kepala dan menyuruh dia bangun dan memeluk dirinya sambil menangis terharu.

"Apa abang ni buat saya terharu je."Ucap Marsha cair

"Untuk isteri abang ni semua boleh"Kata Darwin sambil tersenyum

Marsha menghadiahkan senyuman manis dan Darwin memakai Marsha gelang yang dibelinya itu. Mereka menghabiskan masa disitu akhirnya mereka pulang ke hotel kerana Marsha sudah mengantuk dan harus mengemas barang mereka untuk pulang ke negeri mereka.

-----------------------------------------------------

DESTINATION LOVE: MIRZA ADRIANAWhere stories live. Discover now