Karya I (Satu)

164 21 18
                                    

 
    "Temanlah aku pergi kedai buku tu sekejap! Please!" rayu Ratna Kysha pada Aleesya , bestfriendnya.

"Maleh aku, kita dah janji dengan dia orang nak kumpul kejap lagi kan? Dah nak pukul lapan ni!" Kata Aleesya risau sekiranya mereka lambat.

Ratna ni bukan boleh kalau jumpa kedai buku, mesti duduk sampai separuh hari, balik-balik satu buku pun tak dibeli, buat cuci mata katanya.

Telefon Ratna mula berdering, panggilan dari salah seorang kawannya, Zandhra.

"Ni bestfriend kesayangan kau dah call, kau pergi la dulu. Aku nak cuci mata sekejap dalam kedai ni"

Ratna mula mengeluh, takkan nak pergi tengok-tengok pun tak boleh kan? mana tahu jumpa jodoh dekat sana. Alang-alang seluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Kepala Aleesya sudah mula bergerak ke kiri ke kanan. Pening melayan perempuan ni. Ratna kalau tak masuk kedai buku, tak sah!

"Iyelah, aku gerak dulu. Bye, kalau jumpa abe kacaks bagitahu tau!" guraunya.

Ratna mula menjeling menyampah dan melambai kearah Aleesya yang sudah melangkahkan kaki. Gatal!

Panggilan Zandhra yang berdering dari tadi diangkat. Kesian member kena sidai lama

"Hello? Ya, kenapa Zandhra sayang? rindu I ke baby?"

Sengaja Ratna memanggil Zandhra dengan panggilan manja, mesti sekarang dia rasa menyampah dengan dirinya.

"Baby sayang otak kau! ni baby besar yang call, kau pergi mana? Semua dah sampai. Abang kau dah bising tahu tak? 'Mana Nana, mana Nana'. Tunggu kau dengan Aleesya je ni" suara Zandhra terlalu bingit sehingga dia terpaksa menjauhkan telefon dari telinganya.

Sambil menjawab panggilan kakinya melangkah masuk ke dalam kedai buku yang penuh dengan bau buku baru. Haruman buku dapat dihidu dari jauh. Tipulah kalau ulat buku tak suka bau buku.

"Awalnya diorang sampai? ilek la, aku nak pergi usya buku sekejap. Aleesya pun on the way tu. Nanti I pergi dekat sana, jumpa you ya baby, muah love you!" panggilan dimatikan apabila matanya tertancap pada satu buku yang menarik perhatiannya.

"Uish, ini buku baru dari author favourite aku! Nak beli lah" buku itu diselak perlahan. Matanya tertuju pada satu tandatangan yang tertulis di halaman depan, bersinar matanya. Barang rare ni! Satu dalam sejuta.

nota yang diselit di halaman depan dibaca dengan penuh teliti,

'Congratulations, you got my autograph, Enjoy the book!'

-Nrayd

"Omg! biar betul?!" jeritannya dapat didengari setiap pelosok kedai itu.

Tanpa disedari, seorang lelaki yang sedang memerhatikannya dari tepi, baru hendak menegur tetapi Ratna sudah melangkahkan kaki dan melanggarnya. Jeritan Ratna menarik perhatian semua orang yang berada didalam kedai buku itu.

"Ya Allah! I'm sorry, saya tak sengaja. Awak okey?" Ratna mula menggelabah.

"Sakit sikit, but it's fine. I'm good" ucap Raden Nazhreel sambil mengusap dada bidangnya yang mula berdenyut.

Matanya terpaku melihat dua biji bola mata gadis itu yang unik, dibahagian kiri berwarna biru pekat, dibelah kanan pula berwarna perang terang. Gadis ini memiliki mata heterochromia!

Bagai dijampi, Nazhreel terus menatap mata itu dengan penuh khusyuk. Terpaku dengan ciptaan tuhan.

'Mata Ratna' bisik hatinya.

"Betul ni? Nampak macam sakit je, saya minta maaf ya?" hati Ratna sudah dihiasi dengan perasaan risau, mana tahu lelaki yang tidak dikenalinya itu mengeluarkan surat saman, zaman sekarang bukan boleh. Sikit- sikit nak saman. Kalau boleh bernafas pun kena saman.

"No no, it's okay" dalam khusyuk dia berbicara dia terlihat sebuah buku yang kemas berada di tangan Ratna.

"Awak memang minat baca buku author ni ke?" Raden Nazhreel, menukar topiknya.

Ratna mengangguk dengan laju, riak wajahnya menunjukkan reaksi yang amat teruja.

Senyuman kecil terukir di bibirnya. "saya memang minat dengan buku Nrayd ni" dengan teruja Ratna menunjukkan buku yang bertanda tangankan author kesayangannya kepada lelaki itu.

"Tapi, muka awak ni macam familiar la, kita per-" kata-kata Ratna terhenti.

Sekali lagi telefonnya berdering, kali ini panggilan dari Qhalisy Adrienne, abangnya.

'Ratna, kau dekat mana? Ni mesti dekat kedai buku lagi kan, Cepat la! Dia orang dah nak gerak pergi tengok wayang dah tu. Dah janji kan nak tengok Minions? Abang Areel kau pun on the way tu!'

Panjang lebar dia membebel. Dasar pakcik-pakcik.

Qhalisy Adrienne, abang kepada Ratna sudah masak dengan perangai adiknya yang ulat buku. Memang tak sah kalau tak pergi cuci mata dekat kedai buku.

"Abang Areel On the way? Kata nak kumpul dulu! Kenapa tinggalkan aku? Okey-okey, tunggu sekejap, aku nak pergi bayar buku dulu, Bye!" talian dimatikan.

"Erm, awak. Saya kena pergi. Saya pergi bayar buku ni dulu ya?" sambung Ratna pamit mengundurkan diri,

Nazhreel hanya berdiri tegak. Terpaku pabila dia tercuri dengar perbualan perempuan itu tadi.

"Abang Areel?" Nazhreel terpaku.

Ratna berjalan kearah kaunter, buku yang berada ditangannya tidak dilepaskan. Terlalu teruja jumpa buku yang bertandatangan author pujaan hatinya.

"Tiga puluh dua ringgit sahaja, nak guna cash atau card?" cashier itu bertanya.

"Sekejap y-"

Hatinya mula berdebar, darah yang mengalir di dalam badan seakan mengering. Dompetnya tertinggal di dalam kereta!

"Areel bayarkan" tanpa memberi amaran Nazhreel mencelah.

"Eh jangan lah macam ni, tak apa. Saya boleh bayar" Ratna masih tidak mahu mengalah, walhal dia tahu dia tiada wang bersamanya, tetap tidak nak susahkan sesiapa.

Perkataan 'Areel' yang disebut oleh lelaki yang berada disebelahnya itu tak didengar, yang Ratna dengar ialah 'saya bayarkan'.

Sudah lah dia terlanggar lelaki itu, kali ini dia nak bayarkan pula. Perasaan serba salah mula mengepung dirinya. Tapi pada masa yang sama hati menjerit meminta tolong.

"Tak apa, Ratna kan suka dengan buku tu, Areel belanja" Nazhreel menghulur kad kreditnya kepada juruwang.

"Terima kasih" ucap Ratna perlahan.

Gadis itu sungguh berterima kasih dengan Nazhreel, tak sangka ada lelaki yang gentleman seperti lelaki yang ada dihadapan matanya sekarang ini

"No need to thanks" jejaka itu menguntumkan senyuman. Mereka beralih ke luar kedai.

"Saya kena pergi, kawan-kawan saya dah tunggu. Terima kasih sekali lagi"

Nazhreel hanya tersenyum.

"Ratna dah tak ingat Nazhreel ya?" Ujar Nazhreel perlahan, agak mustahil untuk Ratna mendengar ucapannya.

"Tadi lelaki tu ada cakap apa-apa ke? tak kut.. perasaan aku je agaknya" Ratna terus meluru mencari rakan-rakan yang menunggu dirinya.

-Xhiphs

--------------------------------------------

885 WORDS

966 words (23/1223)

980 words ( 24/0124)

Chenta Ratna | On GoingWhere stories live. Discover now