Karya VIII (Lapan)

55 10 0
                                    

Haruman kopi mula menghiasi setiap sudut kafe. Alunan lagu jazz mendayu-dayu mengiringi irama. Terlihat susuk tubuh lelaki mengelap cawan-cawan yang baru sahaja lepas dicuci.

Pintu kaca itu dibuka perlahan. Adrienne dan Syafieq yang baru sahaja tiba sedang bertikam lidah. "Aku dah cakap aiskrim coklat lagi sedap" tegas Syafieq sambil tangannya menolak pintu kaca "Ew, mana ada. Aiskrim mint coklat lagi sedap" ujar Adrienne tak mahu mengalah.

Bagi Erdiff Ziqry, perkara ini sudah biasa sejak dia mula bekerja disini. Beberapa pelanggan mula memandang kearah perdebatan hangat antara mereka berdua.

"Ey, aiskrim tu rasa ubat gigi. Tak sedap" Syafieq mula menjelir lidah tanda loya. "Eh kau, pernah telan ubat gigi ke? Dari aiskrim coklat kau tu, overrated. Macam orang tua" ejek Adrienne lagi.

Masing-masing tak ingin kalah. Erdiff yang melihat keadaan itu sudah mula memicit kepala, pening melihat tingkah laku mereka. Sekali pandang tak ubah seperti kanak-kanak.

Adrienne yang berada di belakang Syafieq, terus berlari menuju kearah Erdiff yang sedang mengurut kepalanya sendiri. "Erd, kau rasa mana lagi sedap? Choc mint atau Chocolate?" Adrienne menyoal.

"erm.. vanilla?" jawab Erdiff dengan polos.

Syafieq dan Adrienne mengeluh hampa mendengar jawapan itu.

"Orang bagi option lain, lain yang dia cakap. Debik kau kang. By the way, thanks sebab jagakan kedai, kau pergi la rehat. Biar aku dengan Syafieq pula take over dapur" kata Adrienne sambil mengenakan apron hitam.

Lengan bajunya yang berwarna putih dilipat ke atas. Bermulalah ligatnya membancuh kopi-kopi permintaan pelanggan. Sementara itu Syafieq mula mengemas dan mengelap meja-meja. Hari itu begitu sibuk, terlalu ramai pelanggan yang datang ke kedai mereka pada hari itu.

Tak menang tangan melayan pelbagai karenah pelanggan, ada yang gembira dengan kopi mereka, ada yang menangis teresak-esak disebabkan ditinggalkan kekasih, ada yang tidak mahu membayar minuman yang dipesan. Ada juga secawan kaca yang pecah disebabkan kecuaian beberapa orang pelanggan. Banyak betul ujian harini.

Terlalu penat. Edith pulang ke rumahnya dahulu memandang dia ada perkara emergency. Syafieq yang berada didapur mula menguli tepung untuk pastri esok. Memakan masa yang lama untuk dua hidangan dalam kuantiti yang besar. Adrienne mula pamit rehat diluar memandangkan pelanggan sudah kian surut, pada malam nanti mungkin akan mula ramai.

"aku lepak luar kejap lah, penat" rintihnya. Perlahan-lahan kaki nya bergerak ke arah bangku yang tersedia di luar kedai mereka. Sekotak rokok dikeluarkan dari poket, diikuti dengan lighter yang berwarna unggu. Seputung rokok dikeluarkan dan disumbat ke dalam mulutnya. Lighter tadi mula dihidupkan api dan dihala ke hujung rokok. Kotak rokok yang berada di tangan dilempar ke tepi. Matanya mula dipejamkan, mencari ketenangan.

-----

Mata Ratna mula meliar. Rambang matanya melihat kedai alat tulis yang penuh dengan pelbagai jenis pen dan pensel. Buku-buku nota yang tersusun rapi di rak juga dibelek. "kalau Nana nak apa-apa, ambik je. Areel bayar" ucap Nazhreel selamba sambil membelek-belek buku nota yang ada di depan mata. "erm.. okay" dah orang nak belanja. Apa salahnya gunakan peluang yang ada?

Satu demi satu barang dibelek. Semua yang benda yang ada didepan mata langsung tak menarik perhatiannya. Nafasnya menghelah lembut. "tak ada apa yang bestlahdekat sini"

Matanya mula tertumpu pada satu pelekat kucing hitam dan satu nota kecil berwarna merah muda. Ratna terfikirkan satu idea yang bernas. Dengan laju, dia mengambil pelekat dan buku nota kecil itu lalu berlari mendapatkan Nazhreel yang berada di kaunter.

Chenta Ratna | On GoingWo Geschichten leben. Entdecke jetzt