Karya II (Dua)

86 17 0
                                    


Kaki Ratna mula berlari laju. Nafasnya mula tercungap-cungap. Letih berlari mencari kawan-kawannya yang hilang entah kemana.

"Boo!" Ratna cuba mengejutkan mereka, riak wajah mereka jelas menunujukkan yang mereka langsung tidak terkejut.

"Welk, tak terkejut pun"

Zandhra mula menjelir lidah, begitu juga dengan Aleesya yang berada disamping Zandhra. Hanya tergelak kecil.

Ratna hanya mampu mengeluh kecil, kecewa apabila reaksi mereka tidak seperti mana yang diharapkan.

"Mana Adrienne? Tadi bukan main dia call aku suruh cepat, hujung-hujung dia yang hilang"

Seperti tahu namanya disebut-sebut, Adrienne muncul dari belakang. Kali ini giliran Ratna disergah.

"Cak! Rindu aku ke?" kata Adrienne sambil mengusap perlahan kepala adik kesayangannya.

Malang sekali Ratna langsung tidak terkejut dengan sergahan kecil itu.

"Rindu kau nak buat apa? Dah la tiba-tiba hilang. Pergi mana tadi?" Ratna membetulkan tudungnya yang sudah senget. Abang tak guna!

Penat-penat dia setrika tudung ni, boleh pula Adrienne rosakkan? kalau kena maki, buat tambah dosa je!

"Aku pergi tandas, aku minta diaorang tunggu aku sekejap, dah la jom gerak. Syafieq dah tunggu kita lama. Areel kesayangan kau pun sekejap lagi sampai. Nak tengok Minions juga katanya" Adrienne berjalan dihadapan mereka bertiga.

Sekali tengok tak kalah seperti seorang ayah bawa anak-anak daranya berjalan-jalan. Maklumlah, Adrienne tua enam tahun dari Ratna. Pernahlah juga Adrienne dipanggil pakcik oleh anak-anak jirannya.

Sementara menunggu kawan-kawannya tiba, Syafieq Hykile, beratur membeli bertih jagung dan minuman soda sebagai kudap-kudapan. Banyak juga yang dia perlu angkat seorang diri.

"Assalamualaikum, hai Syafieq, need help?" suara garau mengejutkan dia. Nasib baik air yang dibawanya tidak tertumpah.

Kepalanya menoleh kearah belakang, mencari empunya suara yang memanggilnya.

"Waalaikumusalam, Nazhreel! wah, Abang Russia kita dah balik Malaysia la!"

Nazhreel hanya mengukirkan senyuman, melangkahkan kakinya kehadapan.

"Banyaknya beli, meh la aku tolong."

Nazhreel cuba untuk menolong namun ditolak oleh Syafieq.

"Tak apa lah Nazhreel, sikit je ni" niatnya baik tak mahu menyusahkan lelaki itu.

"Banyak macam ni kau kata sikit? Sini lah aku bawakkan separuh"

Nazhreel merampas minuman soda dan bertih jagung yang berada ditangan Syafieq. Makanan yang dibeli diletakkan diatas meja sebelum masuk ke pawagam.

"Thanks bro" ucap Syafieq.

"Lek la, benda kecil je. Dah lama ke tunggu? Mana yang lain?"

Belum sempat Syafieq menjawab, suara yang agak dia kenal menyeru namanya.

"Raden Nazhreel !" jerit Adrienne sambil melambaikan tangan kearahnya.

Adrienne dan 'trio andartu (anak dara tua)' mula menuju kearah mereka.

"Wei, dah lama tak jumpa, rindu kau!"

Adrienne datang mendekat. Tangan didepakan, nak peluk! Wajah Nazhreel berkerut, geli bila Adrienne mula berindu-rindu dengannya.

"Geli la wey, apa benda rindu-rindu ni" tangannya menghalang Adrienne yang semakin mendekat.

Ratna mula mengerutkan wajah, inilah Abang Areel yang disebut-sebut tu? Lelaki yang baru dia jumpa tadi?

Chenta Ratna | On GoingWhere stories live. Discover now