PCM 7

4.3K 196 2
                                    

" Mawar?" Jerit Aryyan di tepi telinga sang isteri membuatkan Mawar terus terjaga dari lena.

" Huh? Apa- apa?" Tertoleh kanan ke kiri kepala Mawar.

Aryyan menertawakan sang isteri.Terbahak - bahak dia menertawakan wajah pucat isterinya.

Pak!

Satu hempukkan bantal tepat di wajah Aryyan membuatkan tawaan lelaki itu terhenti.

" Hehe... gelaklah lagi!" Sinis Mawar.Malas dia mahu melayan suaminya terus kembali baring.

Aryyan mencapai bantal yang di baling tadi.Dingin wajahnya.Di campak bantal itu ke sisi isterinya.

" Ada yang kena gigit karang ni!" Gumam Aryyan.

" Mawar bangun...! Cepatlah... nak habis waktu dah ni!" Geram Aryyan.

" Ish 5 minit!" Rengek Mawar menarik selimut menutup wajahnya.

" Mawar lebih baik kau bangun sebelum aku tindih kau!" Ugut Aryyan membuatkan Mawar terbangun terus.

" Ish! Orang nak tido pun susah!" Rengek Mawar.Dia terus menolak sedikit badan suaminya untuk dia berdiri.

" Wouh!" Hampir saja Mawar terjatuh.Dek kakinya yang tidak berapa kuat untuk berdiri.

"Hehe... Thanks." Ucap Mawar lembut.Senyumnya sampai ke telinga.

" Dah... ambil wuduk cepat." Arah Aryyan terus melepaskan pelukannya di pinggang isterinyanya.

Mawar hanya akur saja.Dia terus membuka langkah mendrkati bilik air.

Seusai mereka mendirikan solat dan berdoa.Mawar tidak akan pernah untuk menyalam dan mengucup lembut tangan suaminya.

Tapi suaminya masih dingin saja apabila minta di cium.Ada saja mood dia berubah - ubah.

" Aku nak pergi kerja... dah lambat dah ni.Kau jangan nak terbaring duk lepak je... tolong sikit Mak Wa tu memasak ke?" Arah Aryyan dengan tangannya bergerak membuntang baju kemejanya.

" Awak tak payahlah risau... Saya tahu apa yang saya nak buat." Jawab Mawar di birai katil.Matanya tidak berhenti memandang suaminya di pantulan cermin.

Aryyan perasan akan pandangan sang isteri.Dia perlahan - lahan menoleh ke arah isterinya.

" Mawar... sini." Panggilan Aryyan dengan isyarat tangan.

"Hmm?" Gumam Mawar dengan jongketan kening.

" Kau reti pakai tali leher?" Soal Aryyan.

" Er... " Perlahan - lahan kepala di gelengkan.Seumur hidup dia.Mana pernah dia memakai tali leher.Lainlah abangnya!

" Sini... aku ajar." Aryyan menarik lembut jari jemari sang isteri.

Aryyan meletakkan tali leher itu di koler bajunya.Kerusi meja di tarik untuk dia duduk dan merendahkan diri untuk isterinya mudah berlajar.Terpaksa dia duduk dek ketinggian mereka yang berbeza.

" Okey... tangan." Pinta Aryyan.

Mawar menyambut huluran tangan suaminya.Aryyan meletakkan huluran di tali lehernya.Di tunjukkan cari melilit.

Berkerut dahi Mawar.Dia masih berada di tengah lagi. Entah apa yang susah sangat dia nak faham.

" Okey... cuba awak buat perlahan - lahan sikit.Saya tak faham ni." Marah Mawar.Laju betul tangan suaminya.

" Okey... fakus.Pandang tali leher aku... bukan aku." Sinis Aryyan.

" Euw... perasan.Saya pandang tali leher je eh!" Geram Mawar menjeling suaminya.

- PENGORBANAN CINTA - [C]Where stories live. Discover now