Dato' Akim membuka langkah memasuki biliknya.Daun pintu di tolak kasar sehingga membuatkan penghuninya tersentak.
" Hei, apa abang ni!" Terkejut Datin Viera apabila suaminya main jerkah saja masuk.
" I nak bincang dengan you!" Tegas Dato' Akim.
" Haih... Why?" Datin Viera memutarkan bebola matanya.Malasnyalah dia.
" Kenapa you hantar pinangan ke rumah Arissa?" Soal Dato ' Akim tegas.
" Why? Apa yang salahnya? Memang tak lama lagi anak kita akan ceraikan perempuan miskin tu.Apa masalah you ni?" Datin Viera bangun dari kedudukan.
" Viera, you sedar tak anak kita tu masih ada isteri?" Tegas Dato' Akim.
" So? Why? I letak tarikh hanya untuk sebulan je! Apa yang you nak lebihkan sangat perempuan kolot tu?" Mawar Datin Viera.
" You ni memang tak ada hati dengan perasaan ke Viera? Padalah you pun perempuan! Dan you seorang isreri! You suka ke kalau I madukan you?" Tegas Dato' Akim.
" Oh my god? You kenapa ni? Kenapa? You nak madukan I ke? Hey! You sedar sikit eh, you tu dah tua! Tak perlu nak menggatal!" Marah Datin Viera.
" Why? I mampu. Kalau anak I boleh buat? Kenapa I tak boleh?" Sinis Dato' Akim.
" Huh! Okey fine! You nak kahwin? Kahwinlah! Tapi ingat! Ceraikan I! I tak nak di madukan! I boleh hiduplah tanpa lelaki!" Marah Datin Viera.Tidak dapat lagi dia mengawal kemarahannya.
Dato' Akim menutup kedua belah matanya.Helaan nafas di lepaskan.
Di kuatkan hatinya untuk terus bersabar dengan perangai isterinya.Dia tidak akan persiakan 40 tahun yang telah mereka lalui bersama.
Kalau tidak sayang.Mungkin sudah lama mereka berpisah.Tapi di sebabkan Dato' Akim terlalu mencintai dan menyayangi isterinya.Dia terima saja baik buruk isterinya.
Tidak kira beruntung ke Datin Viera itu? Telah mendapat seorang suami yang menjaga dirinya dengan elok.Sayangkan dirinya.Bertanggungjawab. Nikmat apa lagi yang kau dustakan Datin Viera?
Dato' Akim terus membuka langkah meninggalkan isterinya.Lagi dia layan isterinya, makin teruk nanti jadinya.
Dia tidak mahu di sebabkan mood tidak baik isterinya mereka berpisah.Dia tidak mahu perkara buruk itu berlaku.
_________
Mawar mendekati sekutur tubuh yang tidak bernyawa.Tubuh yang sudah membiru dan ditutupi dengan selimut.
" Kenapa Abang tinggalkan Mawar? Mawar tak kuat Abang." Rintih Mawar.
Tangan yang membiru itu di genggam erat.Di labuhkan wajahnya ke wajah lelaki itu.
" Dengan siapa lagi adik nak bergantung kalau bukan dengan abang? Abang bangunlah..." Rintih Mawar.
Mesti Aryyan ceraikan adik...
Mana adik nak berharap lagi abang...
Abang bangunlah...Ya allah... kenapa kau perlu ambil abang aku? Kenapa berat sangat ujian yang di timpa ku?
" Mawar..."
" Diam!" Tengking Mawar.
" Kenapa kau tak bagitahu aku, Aufa? Kenapa kau rahsiakan semuanya dari aku! " Jerkah Mawar.
" Mawar sabar." Aryyan menarik isterinya ke dalam pelukan.
Luluhnya hati Mawar apabila mendengar penjelasan Aufa sebentar tadi.
" Mawar aku minta maaf. Abang kau sendiri yang minta untuk aku rahsiakan semuanya." Air mata Aufa mula mengalir membasahi pipinya.
" Tak... Semuanya salah aku... Dyzwar tinggalkan aku sebab dia malu dengan aku.Dia malu ada adik macam aku... Aku tak ada niat untuk malukan dia... aku tak kuat." Rintih Mawar.Air mata yang masih galak mengalir membasahi pipinya di serka oleh Aryyan.
Kakinya bagaikan hilang keseimbangan.Aryyan yang masih berada di sisi sang isteri.Cuba untuk memapah isterinya.
" Saya tak kuat Aryyan." Lemah suara Mawar.
Aryyan hanya diam saja.Dia tidak mahu menuturkan kata lebih - lebih.Dia takut dirinya memberi harapan kepada gadis itu.
Darren, Lee dan Rayyaz hanya diam saja.Tidak berani mereka untuk bersuara.Mereka turut merasa simpati akan apa yang di lalui oleh isteri rakan baiknya.
__________
Arissa memeluk rakannya cuba untuk memberi sedikit kekuatan untuk Mawar yang dari tadi tidak berhenti menangis.
"Mawar... Aku minta sangat kau kuat." Ujar Arissa lembut.Jari jemari rakannya di genggam.
" Siapa lagi aku nak berharap kalau bukan abang aku, Arissa?" Lemah Mawar.Bergetar suaranya.
" Aku ada Mawar... aku selalu ada untuk kau." Di peluk erat badan rakannya.Mata memandang ke arah Aryyan yang berdiri di belakang rakannya.Kuyu saja matanya.
Mawar duduk di atas tikar yang di bentang oleh suaminya tadi.Tanah yang masih merah itu di pandang.
Dia tidak sangka dia akan kehilangan orang paling bermakna di dalam hidupnya lagi.Awalnya pemergian ibu dan ayahnya.Dan sekarang?
Sumpah dirinya tidak kuat.Batu nisan yang masih bersih itu di usap lembut.
" Adik minta maaf." Rintih Mawar.
" Adik tak ada niat nak malukan abang.Maafkan abanh adik..." Rayu Mawar.
Arissa berkerut dahi.Dia tidak faham apa yang ingin di sampaikan oleh rakannya.Tapi dia hormat rakannya.Mungkin masalah keluarga mereka.Tidak mahu dia masuk campur.
" Kenapa abang tinggalkan adik seorang diri dekat dunia ni? Kenapa abang buat adik macam ni... Kenapa allah tak tarik nyawa adik juga? Kenapa?"
" Mawar..." Arissa memeluk rakannya dari samping.
" Aku tak kuat Arissa." Lemah Mawar.
" Aku ada Mawar... Tolonglah jangan cakap macam tu.Kau fikir aku kuat ke nak hilang kau?" Ujar Arissa lemah.Di usap wajah rakannya yang sudah lembab dek air mata.
Mawar memeluk rakannya.Di peluk erat bagaikan tidak mahu lepas saja.
" Aku sayangkan engkau Arissa.Aku sanggup korban apa je untuk kau... Sumpah aku tak nak hilang kawan macam kau... " Rintih Mawar.
Aryyan mengalihkan pandangan.Hatinya rapuh melihat isterinya menangis dan merintih.
Giginya di ketap rapat.Air mata cuba di tahan.Dia mengaku.Ujian yang menimpa isterinya itu memang berat.
Aku terpaksa Mawar...
Maafkan aku...Bisik hati kecil Aryyan menuturkan itu.Apa yang di maksudkan lelaki itu?
PENGORBANAN
CINTA MAWAR
YOU ARE READING
- PENGORBANAN CINTA - [C]
RomanceAMARAN ⚠️ Cerita ini di ambil dari kisah benar. Kisah seseorang yang pernah menjalani kisah pahit di dalam hidup mudanya. ________ ✨🦋✨ ________ Cinta? Cinta mengajarkan kita tentang pengorbanan.Cinta mengajarkan kita cara untuk mengikhlaskan.Cinta...