PCM 80

4K 216 12
                                    

     Sampai saja mereka di depan perkarangan rumah mewah milik Rayyaz. Rayyaz terus memakirkan kereta mewahnya di tempat parking yang telah di sediakan.

Isterinya di pandang. Keluhan di lepaskan. Dia terus keluar dari perut kereta. Kaki melangkah mendekati pintu penumpang hadapan.

Baru saja ingin mendukung gadis itu. Tiba - tiba mata Mawar tercelik. Bertaut rapat kening Mawar apabila melihat tangan sang suami berada di bawah kaki dan belakang tengkuknya.

" Apa awak nak buat?" Soal Mawar pelik.

" Abang nak dukung sayang. Sayang nampak lena tadi. Abang tak nak ganggu sayang." Ujar Rayyaz lembut terus menjauhkan diri.

" Tak payahlah! Saya boleh jalan sendiri." Keras suara Mawar.

Dia terus keluar dari perut kereta. Baru saja kaki ingin memijak lantai. Tiba - tiba pula badannya ingin rebah. Pantas Rayyaz menyambut. Kalau tidak. Pasti badannya sudah menyembah bumi.

" Thanks." Ucap Mawar terus menepis tangan sang suami. Dia terus bergerak ke tepi sedikit.

Rayyaz membalas dengan senyuman. Kakinya terus melangkah ke arah bonet belakang kereta. Bag bagasi isterinya di angkat dan bag galasnya di keluarkan.

Mawar sudah menunggu di hadapan pintu. Hanya menunggu suaminya buka untuknya.

Rayyaz menolak bag bagasi isterinya hingga ke depan pintu masuk. Mawar tertunduk dan mengalihkan pandangan.

Rayyaz memandang isterinya. Sedikit pun gadis itu tidak mahu memandangnya. Haih... Apa lagi ujian yang akan menimpa mereka nanti.

Kunci di keluarkan. Tombol punti di pulas dan di kuak besar daun pintu rumah itu. Di persilakan gadis itu untuk masuk.

Kalai dulu gadis itu malu ingin berjalan di depannya. Sekarang tidak lagi. Di sebabkan status mereka yang sudah halal. Cuma masih mencari bahagia saja.

" Bilik saya mana?" Soal Mawar. Dia hanya ingin baring saja sekarang. Penat sangat.

" Jom ikut abang." Ajakkan Rayyaz menolak bag bagasi isterinya dan di angkat menaiki anak tangga. Bersusah payah dia mengangkat. Berat.

Mawar cuba menahan tawa. Haih... Sabar benar suaminya.

' Sabarlah Rayyaz... Ini baru sikit.' Desis hati kecil Mawar nakal.

Di depan sebuah bilik mereka berhenti. Rayyaz menguak pintu bilik itu. Bertapa bisingnya bunyi pintu itu. Bagaikan mahu tercabut. Sudahlah menyeramkan.

" Pintu ni memang bising sikit  sayang. Nanti abang tukar. Lagi pun rumah ni dah lama abang beli." Terang Rayyaz.

' Ni bukan sikit. Memang bising.'

Besar bilik itu dan cantik rekaan dalamannya. Pandai Rayyaz memilih rekaan dalaman.

" Ni bilik kita." Ujar Rayyaz membuatkan kepala Mawar berkalih memandangnya.

" Kita? "

" Yelah... Kita. Kenapa?" Soal Rayyaz pelik.

" Saya nak tido sorang." Ujar Mawar mengalihkan pandangan.

" Kenapa pula? Kitakan dah halal. Lagipun tak elok suami isteri tido asing - asing." Ceramah percuma suaminya membuatkan dia memutarkan bebola mata. Sedikit keluhan kecil di lepaskan.

" Okeylah... Sayang kalau nak rehat atau nak mandi ke. Pergilah... Abang nak gerak gi kerja ni." Ujar Rayyaz sambil matanya melirik ke arah jam tangan.

" Hm." Gumam Mawar.

" Okeylah... Bye assalamualaikum." Ucap Rayyaz sambil mengucup lembut kepala sanh isteri yang berbalut tudung.

Dia terus bergerak menuruni anak tangga. Sampai saja di anak tangga yang terakhir.Tiba - tiba dia teringat tentang isterinya yang masih tidak makan lagi. Risau jikalau isterinya lapar.

- PENGORBANAN CINTA - [C]Where stories live. Discover now